Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengumumkan kelulusan itu selepas Perdana Menteri, yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai menggulung perbahasannya, setelah lebih 100 Ahli Parlimen membahaskan belanjawan itu, dengan 85 dari mereka menyentuh hal berkaitan Kementerian Kewangan.
Bertemakan “Reformasi Ekonomi, Memperkasakan Rakyat”, belanjawan itu memperuntukkan RM393.8 bilion, dengan pecahan RM90 bilion untuk perbelanjaan pembangunan, manakala RM388 bilion untuk perbelanjaan mengurus.
BERITA LANJUT MENYUSUL