KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 yang diluluskan Dewan Negara hari ini tidak akan memberi kesan kepada peningkatan kes-kes jenayah berat.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh berkata kadar jenayah tidak hanya bergantung kepada hukuman berat semata-mata, malah tiada kajian menunjukkan hukuman mati sebagai langkah pencegahan jenayah yang terbaik.
"Malah sebelum ini satu jawatankuasa yang diketuai bekas Ketua Hakim Negara sudah pun membuat kajian mengenai perkara ini dan mendapati kesan pencegahan tidak seperti yang dikatakan. Terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi kadar berlakunya jenayah seperti aspek ekonomi, sosial dan psikologi.
Kadar jenayah juga adalah bergantung pada keberkesanan penguatkuasaan undang-undang, kefahaman orang ramai mengenai kesan jenayah dan juga peluang untuk melakukan sesuatu jenayah itu," katanya ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu di Dewan Negara di sini hari ini.
Rang Undang-undang Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 diluluskan tanpa pindaan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahaskan 17 Senator.
Ramkarpal berkata Rang Undang-undang itu adalah suatu akta omnibus kerana merangkumi pindaan kepada Kanun Keseksaan, Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, Akta Senjata 1960, Akta Penculikan 1961, Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Perdagangan Strategik 2010 dan Kanun Tatacara Jenayah.
Dewan Negara hari ini turut meluluskan Rang Undang-undang Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 denga lebih suara bersetuju selepas ia dibahaskan 12 Senator.
Rang undang-undang itu bertujuan mengadakan peruntukan bagi bidang kuasa penyemakan sementara Mahkamah Persekutuan untuk mengkaji semula hukuman mati dan pemenjaraan sepanjang hayat yang dijatuhkan terhadap orang yang disabitkan berikutan pemansuhan hukuman mati mandatori.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 11 2023

Ramkarpal berkata kadar jenayah tidak hanya bergantung kepada hukuman berat semata-mata, malah tiada kajian menunjukkan hukuman mati sebagai langkah pencegahan jenayah yang terbaik. -Gambar fail/Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Hukuman gantung bekas mekanik, pasangan bersalah edar dadah diganti penjara
Seorang bekas mekanik dan seorang bekas jurusolek yang didapati bersalah atas dua pertuduhan mengedar dadah, terlepas daripada hukuman gantung hari ini.

Hukuman baharu perlu ambil kira implikasi masa depan - Pakar
Hukuman alternatif baharu yang akan menggantikan penjara sepanjang hayat bagi kesalahan tertentu perlu dikaji semula dengan mengambil kira implikasi bakal dihadapi.

Dasar baharu dalam usaha mansuh hukuman mati mandatori - Azalina
Hukuman alternatif baharu adalah hukuman pemenjaraan tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali.