Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan bekas majikan Nirmala Bonat membayar ganti rugi RM129,147.20 kepada pembantu rumah warga Indonesia itu kerana mendera dan mencederakannya, 10 tahun lepas.
Pesuruhjaya Kehakiman Siti Khadijah S.Hassan Badjenid membenarkan saman Nirmala serta memerintahkan Yim Pek Ha dan suaminya Hii Ik Ting selaku defendan membayar kos RM10,000 kepada wanita yang berasal dari Desa Tuapakas di Kota Kupang, Indonesia itu.
Siti Khadijah membuat keputusan itu selepas mendapati Nirmala berjaya membuktikan kesnya terhadap kedua-dua defendan.
Jumlah ganti rugi yang diterima Nirmala meliputi kecederaan di bahagian kedua-dua payudaranya, bahagian belakang, kecederaan di parut, lengan, kepala, muka, mulut, hidung dan tekanan emosi yang dialaminya.
Bagaimanapun mahkamah menolak permohonan Nirmala bagi mendapatkan ganti rugi berhubung perbelanjaan perubatan, kehilangan kebolehan mencari pendapatan dan perbelanjaan pengangkutan kerana tidak dibuktikan oleh plaintif (Nirmala).
Dalam penghakiman bertulis yang diedar kepada media, Siti Khadijah berkata Nirmala mengalami kecederaan fizikal dan ia jelas berdasarkan keterangan dan kecederaan teruk serta kesengsaraan yang ditanggung secara semula jadi, menyebabkan wanita itu mengalami tekanan emosi pada masa kejadian.
"Sebagai manusia sesiapa sahaja dapat membayangkan kesakitan yang ditanggung apabila seterika panas diletak pada kedua-dua belah payudaranya dan bahagian belakang.
"Nirmala juga menanggung kesakitan setiap kali memakai baju dan colinya dan beliau sakit apabila luka itu terkena air semasa mandi dan tidak mendapat rawatan selain memakan panadol sahaja," katanya.
Pesuruhjaya kehakiman itu berkata Nirmala bukan sahaja menanggung kesakitan tetapi menanggung malu apabila bahagian sulitnya terpaksa dipaparkan kepada umum termasuk kepada jurugambar, mahkamah dan sebagainya.
Turut hadir pada prosiding hari ini Yim yang kini sedang menjalani hukuman penjara selama 12 tahun di penjara Kajang dan suaminya. Kedua-dua mereka diwakili peguam Chan Vy Sing dan peguam Lam Cheng Wun.
Bagaimanapun Nirmala yang diwakili peguam M. Kavimani tidak hadir.
Pada 28 Jan 2010, Nirmala, 29, memfailkan saman terhadap Yim, 46, dan Hii, 48, selepas mendakwa didera dan dicederakan beberapa kali oleh Yim, antaranya dengan menggunakan seterika panas yang dilekapkan pada badannya pada Jan 2004.
Wanita itu, yang diambil bekerja sebagai pembantu rumah kepada pasangan terbabit yang tinggal di Villa Putera, Jalan Tun Dr Ismail di sini pada Sept 2003, mendakwa Hii pula telah gagal menghalang isterinya daripada mencederakannya serta gagal memberikannya rawatan perubatan sewajarnya.
Nirmala menuntut ganti rugi am bagi kesakitan dan penderitaan yang dialaminya serta ganti rugi khas lebih RM40,000 bagi kehilangan pendapatan, perbelanjaan perubatan dan perbelanjaan lain yang akan ditaksirkan oleh mahkamah.
Pada 1 Okt 2012, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun terhadap Yim, yang didapati bersalah atas tiga pertuduhan mencederakan Nirmala.
Bernama
Sat Nov 01 2014
![Dera Nirmala Bonat, bekas majikan diperintah bayar ganti rugi Dera Nirmala Bonat, bekas majikan diperintah bayar ganti rugi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-11/41414800529_295x200.jpg)
Pada 28 Jan 2010, Nirmala, 29, memfailkan saman terhadap Yim, 46, dan Hii, 48, selepas mendakwa didera dan dicederakan beberapa kali oleh Yim, antaranya dengan menggunakan seterika panas yang dilekapkan pada badannya. - Foto Bernama
![Sarawak komited utamakan tenaga bersih bagi tangani ketidakkonsistenan tenaga boleh baharu Sarawak komited utamakan tenaga bersih bagi tangani ketidakkonsistenan tenaga boleh baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721251255_MIDA.jpg)
Sarawak komited utamakan tenaga bersih bagi tangani ketidakkonsistenan tenaga boleh baharu
Abang Johari berkata terdapat peluang besar bagi pelabur untuk bekerjasama dengan Sarawak dan mengembangkan sektor penjanaan tenaga bersih kerana semua aktiviti ekonomi akan bergantung kepada tenaga.
![Gangguan kualiti air di Pasir Puteh bersifat sementara - AKSB Gangguan kualiti air di Pasir Puteh bersifat sementara - AKSB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714212749_TBMASALAHAIRGEN.jpg)
Gangguan kualiti air di Pasir Puteh bersifat sementara - AKSB
AKSB Pasir Puteh akan melakukan aktiviti flushing di kawasan terlibat dan sekitar Selising agar bekalan kualiti air pulih untuk jangka masa segera.
![Suspek kes keropok beracun dibebaskan dengan jaminan polis Suspek kes keropok beracun dibebaskan dengan jaminan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721107133_keropokberacunrem.jpg)
Suspek kes keropok beracun dibebaskan dengan jaminan polis
Suspek yang juga pekebun itu akan dilepaskan dengan jaminan polis sementara menunggu keputusan Timbalan Pendakwa Raya.
![ADB semak semula unjuran pertumbuhan 2024 bagi negara membangun Asia kepada 5 peratus ADB semak semula unjuran pertumbuhan 2024 bagi negara membangun Asia kepada 5 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71649228054_TBADBBOX.jpg)
ADB semak semula unjuran pertumbuhan 2024 bagi negara membangun Asia kepada 5 peratus
ADB berkata permintaan domestik berdaya tahan, dengan eksport dan pembuatan yang meningkat, akan menyokong pertumbuhan tahun ini.
![Bank buku diwujudkan di perpustakaan awam negeri - Saraswathy Bank buku diwujudkan di perpustakaan awam negeri - Saraswathy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721222006_SaraswathyKandasami.jpg)
Bank buku diwujudkan di perpustakaan awam negeri - Saraswathy
Setiap bahan bacaan itu akan ditapis terlebih dahulu bagi memastikan kandungannya bersesuaian untuk pelajar.
![Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705870474_WanAhmadFayhsalP.jpg)
Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan
Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal berkemungkinan bakal digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan.
Chelsea siasat laungan perkauman Enzo terhadap Perancis
Kelab bola sepak Chelase pada Rabu mengumumkan prosedur tatatertib ke atas pemain tengah mereka, Enzo Fernandez, susulan dakwaan telah mengeluarkan laungan bersifat perkauman terhadap Colombia, selepas memenangi Piala Copa America 2024 bersama skuad Argentina.
Lebih daripada 60 kanak-kanak ditahan, dipukul, diseksa di El Salvador
Lebih 60 kanak-kanak di El Salvador ditahan, diseksa dan dipukul secara rambang semenjak kerajaan mengisytiharkan darurat lebih dua tahun lalu untuk membanteras amalan gangsterime.
Datuk Bandar Paris berenang, yakin sungai Seine bersih
Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo berenang di Sungai Seine menjelang acara olimpik sebagai usaha menyakinkan orang ramai bahawa kualiti sungai tersebut cukup bersih dan bersedia untuk digunakan.
Biden akan tarik diri jika doktor dedahkan ada masalah kesihatan
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden berkata beliau akan menarik diri daripada Pilihan Raya Presiden jika doktor mendedahkan beliau mempunyai masalah kesihatan.
![Suami isteri disyaki dera anak direman enam hari Suami isteri disyaki dera anak direman enam hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720607642_Handcuffedwomen.jpg)
Suami isteri disyaki dera anak direman enam hari
Reman dimohon bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.
![Suami isteri ditahan dipercayai dera dua anak Suami isteri ditahan dipercayai dera dua anak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720919932_dera.jpg)
Suami isteri ditahan dipercayai dera dua anak
Kedua-dua suspek ditahan di kediaman mereka di Jalan Jabor Kubur di sini kira-kira 8 malam selepas aduan oleh orang awam.
![Menantu dari 'neraka' rakam suami aniaya ibu kandung Menantu dari 'neraka' rakam suami aniaya ibu kandung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61717118433_menantuneraka.jpg)
Menantu dari 'neraka' rakam suami aniaya ibu kandung
Warga emas itu tidak berdaya mempertahankan diri ketika ditampar pipinya dan diseret oleh anak lelaki sulungnya itu.
![Bapa ditahan dera anak usia 2 tahun Bapa ditahan dera anak usia 2 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41706785286_HandcuffGari.jpg)
Bapa ditahan dera anak usia 2 tahun
Seorang lelaki diberkas dipercayai mendera anak perempuannya yang berumur dua tahun dalam kejadian di sebuah rumah dekat Taman Pinggiran Cheras.
![Brad Pitt didakwa sudah lama dera Angelina Jolie Brad Pitt didakwa sudah lama dera Angelina Jolie](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712380633_tbdera.jpg)
Brad Pitt didakwa sudah lama dera Angelina Jolie
Jolie menerusi peguamnya mendakwa Pitt sudah lama melakukan penderaan terhadap aktres tersebut sebelum perbuatan itu terdedah.
![AADK pantau PPDP agar tiada unsur dera, aniaya atau buli pelanggan AADK pantau PPDP agar tiada unsur dera, aniaya atau buli pelanggan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711583761_SuteknoAhmadBelon.jpg)
AADK pantau PPDP agar tiada unsur dera, aniaya atau buli pelanggan
Katanya, meskipun PPDP menggunakan kaedah tersendiri dalam silibus pemulihan mereka, tidak bermakna pengusaha boleh melanggar peraturan.
![Malaysia perlu wujudkan akta anti buli di sekolah - ASWA Malaysia perlu wujudkan akta anti buli di sekolah - ASWA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81636022398_buli.jpg)
Malaysia perlu wujudkan akta anti buli di sekolah - ASWA
Malaysia perlu wujudkan akta anti buli, bagi mendepani peningkatan kes buli melibatkan fizikal, mental dan seksual.
![Bayi maut disyaki didera rakan lelaki ibu Bayi maut disyaki didera rakan lelaki ibu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-07/41437020865_PolisLogo.jpg)
Bayi maut disyaki didera rakan lelaki ibu
Siasatan awal mendapati bayi berkenaan diserahkan ibunya yang berusia 27 tahun kepada suspek, pada petang Selasa lepas, untuk dijaga.
![Dera anak: Reman bapa kandung, ibu tiri disambung tujuh hari Dera anak: Reman bapa kandung, ibu tiri disambung tujuh hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61679908099_kidsabuse.jpg)
Dera anak: Reman bapa kandung, ibu tiri disambung tujuh hari
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, permohonan sambung reman terhadap pasangan suami isteri berumur 27 dan 31 tahun itu dibuat selepas tempoh reman tu
![Dera kanak-kanak 6 tahun, bekas teman lelaki ibu ditahan Dera kanak-kanak 6 tahun, bekas teman lelaki ibu ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71691589645_HandcuffGari.jpg)
Dera kanak-kanak 6 tahun, bekas teman lelaki ibu ditahan
Mangsa mengalami kecederaan fizikal iaitu dibahagian bibir dan muka dan telah dirujuk ke HSA bagi mendapat rawatan lanjut.