Kes demam denggi di Kelantan menunjukkan peningkatan membimbangkan apabila 2,030 kes direkodkan dalam tempoh 1 Januari hingga 13 Julai tahun ini berbanding 518 kes dalam tempoh sama tahun lepas.
Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Dr Zaini Hussin berkata, Kota Bharu merekodkan kes tertinggi demam denggi dengan 730 kes direkodkan diikuti Tumpat (273 kes) dan Bachok (156) dan bakinya di jajahan-jajahan lain.
"Tiga kematian turut direkodkan dalam tempoh sama membabitkan dua kes di Kota Bharu dan satu kes di Bachok," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kayuhan Sihat Kelantan-Terengganu di Hospital Tengku Anis di sini, pada Sabtu
Seramai 300 peserta mengambil bahagian dalam program berkenaan membabitkan kayuhan sejauh 40 kilometer yang berakhir di Kampung Beting Lentang, Besut, Terengganu.
Mengulas lanjut, Dr Zaini berkata, peningkatan kes demam denggi berikutan keadaan cuaca tidak menentu selain amalan kebersihan di kawasan persekitaran rumah yang tidak dititikberatkan penduduk di lokaliti yang terjejas dengan penularan demam tersebut.
Beliau berkata, keadaan dijangka bertambah buruk antara dua hingga tiga kali ganda pada sambutan Aidiladha bulan depan apabila perantau mula pulang ke kampung halaman masing-masing.
"Ini kerana Kelantan merupakan negeri tertinggi mencatatkan kes demam denggi dan dikhuatiri perantau akan membawa demam berkenaan pulang ke tempat mereka mencari rezeki selepas cuti perayaan tamat.
"Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di Kota Bharu juga kini tidak boleh menampung jumlah pesakit demam denggi kerana wad khas yang dibuka bagi menangani kes berkenaan sudah pun penuh dan hanya menerima pesakit-pesakit kritikal sahaja," katanya.
Bagaimanapun, tambahnya lagi, Jabatan Kesihatan Kelantan akan memastikan pesakit tidak kritikal untuk menerima rawatan sebaiknya dan ditempatkan di hospital-hospital kerajaan yang berdekatan.
Dalam pada itu, Dr Zaini berkata, pihaknya akan menggiatkan kempen menjaga kebersihan di kawasan sekitar rumah selain mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang menyebabkan nyamuk aedes membiak.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 20 2019

Kes demam denggi di Kelantan menunjukkan peningkatan membimbangkan apabila 2,030 kes direkodkan dalam tempoh 1 Januari hingga 13 Julai. - Gambar Fail

UiTM tempatkan mahasiswa terjejas tanah runtuh di kolej kediaman
Langkah itu bagi memastikan keselamatan pelajar terlibat kerana kawasan tersebut masih berbahaya, kata Rektor UiTM Cawangan Kelantan.

Bubur lambuk 'air tangan' Tunku Azizah detik paling dinanti penghuni penjara
Menjelang Ramadan, 'air tangan' Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam menyediakan juadah istimewa resipi asli bubur lambuk Istana Pahang pastinya menjadi tumpuan.

Vietnam, Indonesia sambut 70 tahun hubungan diplomatik dengan persembahan orkestra
Vietnam dan Indonesia meraikan ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik dengan persembahan orkestra khas di Jakarta pada Ahad malam.

BN tiada masalah cari calon sesuai untuk PRK DUN Ayer Kuning
BN mempunyai calon yang layak dan telah menyenarai pendek calon yang berpotensi untuk bertanding, kata Zambry.

Itali rancang tambah 40,000 anggota tentera menjelang 2033 - Laporan
Kerajaan Itali rancang tingkatkan jumlah tentera profesionalnya sebanyak 40,000 anggota, menjadikan jumlah keseluruhan sekitar 135,000 menjelang 2033.

KPM larang jualan gula-gula berbentuk vape di sekolah - Fadhlina
Fadhlina berkata, KPM akan bertindak tegas jika ada pihak yang menjual makanan yang berbahaya kepada keselamatan murid.

MAIK perkukuh keberkesanan sistem e-Agihan zakat
MAIK membuktikan keberkesanan sistem e-Agihan zakat dalam memudahkan penyaluran bantuan kepada asnaf, sekali gus meningkatkan keyakinan pembayar zakat untuk menginfakkan harta mereka.

Bubur lambuk, ejen perpaduan pelbagai kaum - Wan Rosdy
Hidangan makanan tradisional seperti bubur lambuk yang menjadi juadah setiap kali menjelang Ramadan, berupaya menjadi ejen perpaduan pelbagai kaum di negara ini.

Kepengerusian ASEAN: Malaysia mahu tetapkan standard baharu dalam tadbir urus global
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia beraspirasi untuk menetapkan standard baharu dalam tadbir urus global.

Lebih 12,000 wanita jadi korban keganasan Israel di Gaza - Kementerian
Konflik di Gaza menyebabkan 12,298 wanita terkorban akibat serangan udara dan serangan tentera Israel.

Kes demam denggi meningkat pada ME 45, dua kematian dilaporkan
Kes demam denggi dilaporkan meningkat kepada 1,583 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) 45 bagi tempoh 3 hingga 9 Nov lepas berbanding 1,346 kes pada minggu sebelumnya.

Kes demam denggi menurun pada ME 44, satu kematian dilaporkan
Kes demam denggi dilaporkan menurun kepada 1,346 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) 44 bagi tempoh 27 Okt hingga 2 Nov lepas berbanding 1,521 kes pada minggu sebelumnya.

Kes demam denggi menurun pada ME17, tiada kematian - KP Kesihatan
Orang awam dinasihati supaya mengelak daripada berada di luar rumah pada waktu puncak gigitan nyamuk aedes.

Kes denggi meningkat pada minggu kelima 2024, tiada kematian direkodkan
Jumlah kes demam denggi kumulatif yang dilaporkan hingga ME05 ialah sebanyak 18,427 kes berbanding 11,127 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Halang pegawai kesihatan buat pemeriksaan Aedes di rumah boleh diambil tindakan
Individu yang gagal patuhi arahan itu boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Lebih RM18 juta kompaun dikeluar cegah demam denggi
Sebanyak 4,264 kes juga telah didaftar untuk tindakan mahkamah dengan 911 kes telah disabitkan kesalahan dengan jumlah denda RM2,349,950.

Kes denggi turun sedikit, tiga kematian dilaporkan pada ME49 - KP Kesihatan
Kumulatif kes denggi tahun ini sehingga ME49, sebanyak 114,365 kes berbanding 60,110 kes bagi tempoh sama tahun 2022.

Kes demam denggi di Ipoh meningkat 265.9 peratus
Rumaizi berkata, peningkatan itu adalah sebanyak 265.9 peratus berbanding dengan 129 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

1,877 kes demam denggi direkodkan pada Minggu Epidemiologi 16
Sebanyak 1,877 kes demam denggi dilaporkan bagi Minggu Epidemiologi (ME) 16 iaitu dari 16 hingga 22 April, penurunan 522 kes atau 21.8 peratus berbanding 2,399 kes pada minggu sebelumnya.

Selangor catat 31,822 kes demam denggi sejak Januari - Pengarah Kesihatan
Berlaku peningkatan kes sebanyak 131.5% melibatkan 18,077 kes berbanding minggu epidemiologi (ME) sama tahun lepas iaitu sebanyak 13,745 kes.