KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Perlindungan Data Peribadi (Pindaan) 2024 yang antaranya bertujuan menaikkan kadar denda daripada RM300,000 kepada RM1 juta bagi kesalahan dilakukan pengawal data atau pemproses data yang melanggar prinsip perlindungan data peribadi, dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Menteri Digital Gobind Singh Deo ketika membentangkan RUU itu turut memaklumkan ia akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua pada sesi mesyuarat Dewan Rakyat yang sama.
Menurut naskhah biru disiarkan di laman sesawang Parlimen, RUU berkenaan antara lain bertujuan meminda Seksyen 5 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) seperti pada perenggan 5(a) untuk memperuntukkan bahawa seseorang pemproses data hendaklah mematuhi Prinsip Keselamatan di bawah Seksyen 9 Akta 709.
"Perenggan 5(b) pula bertujuan menaikkan kadar denda bagi kesalahan yang dilakukan oleh pengawal data atau pemproses data yang melanggar Prinsip Perlindungan Data Peribadi masing-masing di bawah subseksyen 5(1) dan (1a) Akta 709," menurut naskhah biru itu.
RUU itu juga bagi menambah baik peruntukan yang berhubung dengan pemprosesan data peribadi supaya selaras dengan standard dan amalan antarabangsa.
Selain itu, ia juga bertujuan memasukkan seksyen baharu 43A ke dalam akta tersebut untuk mengadakan peruntukan bagi hak kemudahalihan data kepada subjek data tertakluk kepada kebolehlaksanaan teknikal dan keserasian format data.
RUU berkenaan juga untuk meminda Seksyen 67 di bawah akta itu bagi memperuntukkan bahawa tatacara membuka dan menyenggara mana-mana akaun bank hendaklah dikendalikan mengikut cara yang dibenarkan oleh pesuruhjaya.
Sementara itu, dalam sidang media di Parlimen hari ini, Gobind berkata pindaan terhadap Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 menunjukkan kerajaan memandang serius keperluan melindungi data yang memainkan peranan penting dalam teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (Al).
"Pindaan ini berniat memastikan tiada data digunakan tanpa persetujuan pemilik data tersebut dan untuk mengelakkan berlakunya penyalahgunaan data semasa penggunaan platform digital sedia ada dan yang bakal diwujudkan pada masa hadapan," katanya.
Beliau yang berharap mendapat sokongan Ahli Parlimen supaya RUU itu diluluskan dalam sesi mesyuarat Dewan Rakyat kali ini, turut berkata segala pendapat atau cadangan dikemukakan semasa perbahasan akan disambut baik pihaknya bagi memperkasa akta itu.
Mengenai jumlah aduan penyalahgunaan dan pelanggaran data peribadi, Gobind berkata Pejabat Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi (PDP) menerima 288 aduan setakat Jun lepas berbanding 779 aduan sepanjang tahun lepas.
"Walaupun secara purata terdapat sedikit penurunan atas usaha penguatkuasaan berterusan oleh Pejabat Pesuruhjaya PDP, angka statistik ini masih membimbangkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 10 2024

Gobind Singh Deo ketika membentangkan RUU itu turut memaklumkan ia akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua pada sesi mesyuarat Dewan Rakyat yang sama.
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Denda RM1 juta: RUU Perlindungan Data Peribadi dibentang di Dewan Rakyat
RUU Perlindungan Data Peribadi (Pindaan) 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.