PUTRAJAYA:Perubahan definisi umur warga emas daripada 60 kepada 65 tahun hanyalah cadangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan tidak dipersetujui, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun.
Justeru, beliau meminta agar semua pihak tidak menimbulkan kekeliruan atau mempolitikkan isu itu serta fokus kepada usaha memantapkan lagi kesejahteraan dan kehidupan masyarakat khususnya keluarga.
"Saya yang mempengerusikan mesyuarat tetapi saya tak putuskan setuju pun. Ia merupakan cadangan yang kita bincangkan sebab kita melihat peningkatan kadar kesihatan yang lebih baik dan sebagainya.
"Ini hanyalah kertas perbincangan, bukan yang diputuskan atau menjadi dasar kementerian," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program #JomChillOut@KafeTEEN di sini hari ini.
Rina berkata dalam fasa Malaysia menuju ke arah negara tua menjelang 2030, iaitu apabila jumlah penduduk berusia 60 tahun ke atas mencapai 15 peratus, persiapan yang dilaksanakan kementerian harus bergerak seiring dengan perkembangan itu.
"Hanya tinggal 10 tahun sahaja lagi. Jadi kita tak mahu mengganggu persiapan yang telah kita laksanakan," katanya.
Cadangan menaikkan definisi umur warga emas daripada 60 kepada 65 tahun dibincangkan semasa Mesyuarat Majlis Penasihat dan Perundingan Warga Emas Negara (MPPWEN) pada Khamis lepas yang menimbulkan bantahan di media sosial.
Mengulas Program #JomChillOut@KafeTEEN, Rina berkata ia bertujuan memberi peluang kepada lebih ramai remaja dan belia berusia lingkungan 13 hingga 24 tahun mendapat akses kepada perkhidmatan kafeTEEN terutama ketika negara berdepan ancaman pandemik COVID-19.
Beliau berkata ia adalah kafe bergerak yang menyediakan pelbagai kemudahan antaranya kaunseling, pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial, Internet percuma serta pencetak selain aktiviti mencungkil bakat remaja seperti dalam bidang masakan.
"Ini adalah antara usaha kita menarik lebih ramai remaja untuk bersama dengan kafeTEEN dalam kita nak melahirkan remaja yang lebih berketerampilan, ceria dan lebih sihat. Biasanya program ini kita adakan dalam tempoh tiga hari dan kita fokus di kawasan yang berkepadatan tinggi," katanya.
Rina berkata kafe itu adalah kesinambungan kepada 18 Pusat Remaja kafeTEEN di seluruh negara yang ditubuhkan sejak 2005 dan sehingga kini telah menarik sejumlah 636,722 peserta dengan 200,000 daripada bergerak aktif.
Beliau berkata pihaknya berhasrat mewujudkan 10 kafeTEEN bergerak pada tahun depan dengan sasaran peserta sehingga sejuta remaja di seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 19 2020
Cadangan menaikkan definisi umur warga emas daripada 60 kepada 65 tahun dibincangkan semasa Mesyuarat Majlis Penasihat dan Perundingan Warga Emas Negara (MPPWEN) pada Khamis lepas. - Gambar hiasan
Kerajaan teliti kaedah baharu lantikan tetap, pastikan kewangan negara lebih mampan
Kerajaan sedang meneliti kaedah baharu lantikan tetap bagi memastikan pengurusan kewangan negara yang lebih mampan.
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari telefon, rantai Nur Farah Kartini hari ini
Proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
711 mangsa banjir Pasir Mas masih berada di empat PPS malam ini
Hanya empat pusat pemindahan sementara (PPS) beroperasi malam ini berbanding enam pagi tadi.
JKM Kelantan peruntuk RM4.5 juta sebulan tampung belanja 9,034 warga emas
Senarai penerima dikemas kini setiap tahun, selain lawatan dan pemantauan dilaksanakan bagi memastikan kebajikan mereka terbela.
Banjir: Kerajaan Pahang peruntuk RM11 juta bantu mangsa
Peruntukan tersebut akan digunakan untuk menyediakan keperluan harian mangsa banjir khususnya mereka di PPS.
Tiga beradik tinggal bersama 13 anjing kini jalani kehidupan lebih teratur
Tiga beradik berusia 12, 10, dan sembilan tahun yang diselamatkan daripada tinggal bersama 13 ekor anjing, musang dan timbunan sampah pada Isnin lalu, kini menjalani kehidupan yang lebih teratur.
268 mangsa banjir di Lipis dipindahkan
Kejadian banjir berlaku susulan hujan lebat yang bermula sejak malam Ahad.
Wanita warga emas cekal jaga suami terlantar, tiga anak OKU
Meriam Ibrahim, 63, tidak mengeluh menumpukan sepenuh perhatian kepada suaminya Halim Talib, 69, yang tidak lagi boleh menguruskan diri.
Dakwaan bakul makanan hanya diedar di kawasan ahli Parlimen tertentu tidak benar
Pengagihan bakul makanan itu dibuat berdasarkan permohonan yang diterima, melalui 108 pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), di seluruh negara.
COVID-19: Pasangan suami isteri terlibat kes penipuan sumbangan ditahan
Mohd Iqbal berkata pasangan itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Langkawi bagi mendapatkan perintah tahanan reman hari ini.
Mangsa banjir di Kelantan terus meningkat
Jumlah mangsa itu membabitkan 268 keluarga yang ditempatkan di 25 PPS di Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang dan Pasir Puteh.
Derita Hazreel berpanjangan kerana kesempitan wang
Hazreel memerlukan bantuan RM4,000 sebulan untuk perbelanjaan membeli ubat-ubatan dan kain balutan.