Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan menganjurkan kursus Bahasa Melayu untuk semua anggota Parlimen bermula Januari tahun hadapan.
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malek berkata kursus asas tersebut bertujuan meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan wakil rakyat berbilang bangsa seterusnya memartabatkan bahasa kebangsaan itu di Parlimen.
"Ini juga merupakan sebahagian daripada usaha dan perjuangan DBP dalam mengangkat dan memartabatkan bahasa kebangsaan di institusi penting seperti Parlimen.
"Mereka yang berminat boleh menghubungi DBP untuk tindakan lanjut," kata pada sidang media Kuala Lumpur sebagai Ibu Kota Buku Dunia 2020 di sini hari ini.
Hadir sama Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad dan Pengerusi Lembaga Pengelola DBP Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom.
Sementara itu, Mohamed Hatta berkata pihaknya sudah mengenal pasti individu atau wakil rakyat yang perlu mengikuti kursus tersebut.
Beliau berkata DBP juga akan mengeluarkan 'isyarat mesra' kepada anggota Parlimen sama ada Melayu atau bukan Melayu jika enggan mengikuti kursus itu dan masih bercakap menggunakan 'bahasa pasar' di Dewan Rakyat.
Secara umumnya kita dapati ada juga orang Melayu yang lemah dalam penguasaan bahasa ibunda dan sering mencarut ketika berbahas, katanya tanpa mengulas lanjut isyarat mesra yang dimaksudkan.
Mohamed Hatta berkata bagi menjayakan kursus itu, DBP akan bertemu dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof dalam masa terdekat bagi membincangkan hal tersebut termasuk hal pembiayaan kursus.
Beliau berkata model kursus itu akan digubal oleh pakar bahasa dari DBP yang berpengalaman luas mengajar dan mengadakan kursus kemahiran bahasa Melayu.
Dari segi lokasi, kursus ini boleh diadakan dimana-mana sahaja sama ada di Parlimen atau di tempat lain, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 28 2018

DBP juga akan mengeluarkan 'isyarat mesra' kepada Ahli Parlimen sama ada Melayu atau bukan Melayu jika enggan mengikuti kursus itu dan masih bercakap menggunakan 'bahasa pasar' di Dewan Rakyat. - Gambar hiasan

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Ahli Parlimen disaran guna peruntukan bantu pertingkat jalur lebar di sekolah
Ahli Parlimen yang menerima peruntukan daripada kerajaan Persekutuan dicadang untuk menggunakannya bagi membantu mempertingkat perkhidmatan jalur lebar di sekolah.

92 Ahli Parlimen India digantung tugas
Seramai 33 anggota Dewan Rakyat dan 45 anggota Dewan Negara digantung tugas pada Isnin manakala 14 lagi telah digantung tugas minggu lalu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 November 2023.

Kerajaan Itali mahu haramkan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi
Kerajaan Itali berhasrat untuk mengharamkan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi.

PM Anwar tegur sikap Ahli Parlimen, minta jaga tatasusila
Jangan biarkan rakyat ketawa melihat seluruh Dewan ini seperti sarkas, pesan Perdana Menteri.

PRU15: Tun M setuju tindakan isytihar harta, tapi bukan musim pilihan raya semata-mata
Dr Mahathir berkata, perkara itu perlu dibentangkan di Dewan Rakyat terlebih dahulu bagi mewajibkan ahli Parlimen mengisytihar harta masing-masing.

Tidak sampai satu jam, Dewan Rakyat 'panas' dengan pertikaman lidah Ahli Parlimen
Beberapa perkataan yang agak panas seperti "letak jawatan" dan "derhaka" turut dikeluarkan sepanjang sejam mesyuarat itu berlangsung.

Parti atau pengundi
Sebarang kesilapan di dalam pemilihan calon dalam pilihan raya boleh membawa kesan yang harus ditanggung oleh setiap rakyat di negara ini.

Tiada asas ugut Ahli Parlimen sokong Belanjawan 2021 - Tun M
Tun Dr Mahathir berkata Tengku Zafrul dan pemimpin kerajaan lain amat tidak bertanggungjawab dengan mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan.

Peruntukan untuk pembangkang ditarik balik, mana keadilannya? - Syed Saddiq
Persoalan itu dilontarkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat pada Rabu.