Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memasang kamera litar tertutup (CCTV) di beberapa kawasan panas sekitar Brickfields bagi mengesan pihak yang melakukan jenayah terhadap golongan orang kurang upaya (OKU) penglihatan.
Timbalan Pengarah Perancangan Bandaraya DBKL, Rosli Nordin berkata pemasangan CCTV itu adalah perlu bagi membantu pihak berkuasa mengenal pasti penjenayah serta mengekang masalah jenayah yang membabitkan golongan OKU.
"DBKL ada memperuntukkan bajet dalam usaha menjadikan bandar kawasan selamat. Kita akan pasang CCTV di kawasan panas seperti di kawasan orang ramai dan sekolah," katanya pada sesi ramah mesra 'Be Safe, Feel Safe' hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab permasalahan yang disuarakan oleh seorang kakitangan Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB), Sahmar Saad, 47, yang juga OKU penglihatan.
Dalam perkembangan lain, Rosli berkata DBKL juga akan mengkaji dan menyediakan laporan lengkap untuk mewartakan Brickfields sebagai bandar mesra OKU seperti yang dicadangkan oleh Sahmar yang mewakili kira-kira 80 OKU penglihatan pada majlis itu.
"DBKL perlu ada perancangan teliti yang merangkumi semua aspek seperti sosial, infrastruktur dan kemudahan. Laporan lengkap juga akan disediakan dalam masa terdekat dan dibawa ke pihak kementerian supaya dapat dibentangkan di Parlimen," katanya.
Sementara itu seorang lagi OKU penglihatan, Mohd Khairi Sulaiman, 49, turut meminta pihak DBKL supaya mengambil tindakan terhadap orang ramai yang memparkir motosikal di atas laluan pejalan kaki dan menutup lubang longkang dengan sebaiknya.
"Keadaan sebegini amat merbahaya buat kami yang tidak nampak. Motosikal yang diparkir atas laluan pejalan kaki membuatkan kaki kami terkena ekzos panas dan beg kami tersangkut di handle motosikal.
"Mengenai penutup longkang yang dilarikan dan lubang saluran air hujan, ia juga berbahaya kepada kami, sampaikan ada antara kami yang terseliuh akibat terjatuh ke dalam lubang," katanya yang juga merupakan kakitangan MAB.
Program yang dianjurkan sempena sambutan 10 tahun Local Agenda 21 Kuala Lumpur (LA21 KL) itu turut dihadiri wakil daripada DBKL, Polis DiRaja Malaysia, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia dan Rukun Tetangga Sektor Brickfields.
LA21 KL yang mula dilaksanakan sejak 2005 merupakan program yang menekankan penglibatan tiga pihak iaitu DBKL, masyarakat serta sektor swasta untuk merancang dan menguruskan kawasan persekitaran ke arah pembangunan mampan dan kualiti hidup yang lebih tinggi.
Bernama
Fri Oct 07 2016
![DBKL pasang CCTV di Brickfields cegah jenayah terhadap OKU DBKL pasang CCTV di Brickfields cegah jenayah terhadap OKU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/51475832106_BrickfieldsKL.jpg)
Kawasan sekitar Brickfields menjadi laluan penting bagi golongan OKU penglihatan yang mencari rezeki. - Foto sumber marriedtoourbackpacks.files.wordpress.com
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Dua kereta rempuh orang ramai, empat ditahan bantu siasatan cubaan bunuh Dua kereta rempuh orang ramai, empat ditahan bantu siasatan cubaan bunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71738210473_tbJalanKlangLama.jpg)
Dua kereta rempuh orang ramai, empat ditahan bantu siasatan cubaan bunuh
Polis membuka siasatan cubaan membunuh berhubung insiden tersebut di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
![Polis terima laporan dua kereta sengaja langgar sekumpulan individu Polis terima laporan dua kereta sengaja langgar sekumpulan individu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81738186634_TBlanggargiler.jpg)
Polis terima laporan dua kereta sengaja langgar sekumpulan individu
Dua kenderaan dilihat keluar secara tergesa-gesa dari sebuah bangunan tempat letak kereta sebelum merempuh kumpulan lelaki terbabit di Brickfields, Kuala Lumpur.
![Deepavali: Little India Brickfields jadi tumpuan beli persiapan akhir Deepavali: Little India Brickfields jadi tumpuan beli persiapan akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51730282070_LittleIndiaBrickf.jpg)
Deepavali: Little India Brickfields jadi tumpuan beli persiapan akhir
Little India Brickfields terus menjadi tumpuan orang ramai mendapatkan pelbagai barangan segar serta kelengkapan lain perayaan pada harga diskaun sehingga 50 peratus sebagai persiapan akhir.
![Dua lelaki didakwa bunuh rakan Bangladesh Dua lelaki didakwa bunuh rakan Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719822262_rakanbangladesh.jpg)
Dua lelaki didakwa bunuh rakan Bangladesh
Dua lelaki didakwa membunuh rakan, seorang warga Bangladesh di Jalan Travers, dua minggu lalu.
![Hari pertama 2024, ratusan warga asing di Brickfields 'digempur' Imigresen Hari pertama 2024, ratusan warga asing di Brickfields 'digempur' Imigresen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71704100791_TBwargaasing.jpg)
Hari pertama 2024, ratusan warga asing di Brickfields 'digempur' Imigresen
Dalam serbuan itu, seramai 370 warga asing telah diperiksa manakala lebih 100 daripada mereka didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.
![PM buat tinjauan persiapan Deepavali PM buat tinjauan persiapan Deepavali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61666458578_DatukSeriIsmailS.jpg)
PM buat tinjauan persiapan Deepavali
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkesempatan membuat tinjauan persiapan penganut Hindu menyambut Deepavali di Brickfields malam ini.
![Imigresen serbu penempatan pendatang tanpa izin dalam kontena tiga tingkat Imigresen serbu penempatan pendatang tanpa izin dalam kontena tiga tingkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71660123833_TBpati.jpg)
Imigresen serbu penempatan pendatang tanpa izin dalam kontena tiga tingkat
Sebuah penempatan pendatang tanpa izin di dalam kontena tiga tingkat di Brickfields, diserbu Jabatan Imigresen, Sabtu lepas.
![Polis buru suspek umpil kereta di Brickfields Polis buru suspek umpil kereta di Brickfields](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71637833526_PDRM.jpg)
Polis buru suspek umpil kereta di Brickfields
Mangsa meletakkan kenderaan miliknya itu dalam keadaan berkunci di tempat kejadian sekitar jam 10 malam pada Rabu dan hanya menyedari kereta tersebut hilang pada Jumaat.
![Empat lelaki ditahan edar dadah bernilai lebih RM100,000 Empat lelaki ditahan edar dadah bernilai lebih RM100,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/51625821203_handcuff.jpg)
Empat lelaki ditahan edar dadah bernilai lebih RM100,000
Dalam serbuan itu, polis menjumpai dadah jenis Methamphetamine seberat 2.01 kilogram dan heroin seberat 2.72 kilogram di beberapa premis.
![Polis nafi halang individu tak lengkap vaksin masuk pusat beli-belah Polis nafi halang individu tak lengkap vaksin masuk pusat beli-belah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/51628934979_PolisLogo.jpg)
Polis nafi halang individu tak lengkap vaksin masuk pusat beli-belah
Siasatan awal mendapati ada kemungkinan pelanggan tersilap membuat tafsiran terhadap penjelasan polis bantuan itu berkaitan perubahan SOP.