KUALA LUMPUR: Sebuah penempatan pendatang tanpa izin di dalam kontena tiga tingkat di Brickfields, diserbu Jabatan Imigresen, Sabtu lepas.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata seramai 294 warga Bangladesh, Indonesia, Myanmar, Pakistan dan Nepal diperiksa dalam serbuan pada 11.30 malam itu dengan 59 daripadanya ditahan.
"Antara kesalahan dilakukan adalah tinggal lebih masa, tiada dokumen atau pas yang sah serta peserta Program Rekalibrasi yang ditolak," katanya dalam kenyataan hari ini.
Khairul Dzaimee berkata dalam serbuan ke atas satu parti persendirian di Bukit Bintang pada 9.30 malam hari sama pula, pihaknya menahan 25 warga asing kerana tidak memiliki dokumen yang sah, pas tamat tempoh dan salah guna pas, hasil pemeriksaan terhadap 171 warga asing.
Beliau berkata parti itu dianjurkan oleh warga tempatan dengan petugas majlis, artis persembahan, pelayan dan tetamu terdiri dalam kalangan warga asing.
"Siasatan mendapati setiap tetamu dikenakan yuran masuk sebanyak RM150 secara dalam talian dan lokasi parti hanya akan dimaklumkan pada hari terakhir kepada tetamu bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
"Parti ini menghidangkan minuman keras dan persembahan yang mencolok mata serta mereka yang membuat persembahan dan tetamu terdiri daripada warga asing yang memegang pas pelajar asing," katanya.
Menurutnya, beberapa individu warga tempatan termasuk penganjur majlis dan majikan turut dikenakan notis untuk hadir memberi keterangan.
Katanya, kesemua 84 pendatang tanpa izin berusia lingkungan 20 hingga 50 tahun yang ditahan dalam dua serbuan itu dibawa ke Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya untuk tindakan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 10 2022

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata seramai 294 warga Bangladesh, Indonesia, Myanmar, Pakistan dan Nepal diperiksa dalam serbuan pada 11.30 malam itu dengan 59 daripadanya ditahan. - Foto Facebook Jabatan Imigresen

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.

UK tangkap 600 pendatang tanpa izin setakat Januari
Sebanyak 609 tangkapan dilakukan semasa lawatan ke lebih 800 premis termasuk restoran, tempat cuci kereta dan kedai serbaneka.

TDM tahan 15 pendatang tanpa izin warga Myanmar, Thailand
Angkatan Tentera Darat Malaysia (TDM) menahan 15 pendatang asing tanpa izin warga Myanmar dan Thailand dalam dua tangkapan berasingan di daerah Kubang Pasu, semalam dan hari ini.

Imigresen serbu medan selera, tahan 58 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen menahan 58 pendatang tanpa izin disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen dalam serbuan di medan selera di pusat bandar Puchong, Selangor, semalam.

Venezuela dijangka benarkan AS hantar pulang rakyatnya yang merupakan pendatang tanpa izin
Pada Jumaat, Presiden Venezuela Nicolas Maduro bertemu dengan utusan khas Presiden AS Donald Trump, Richard Grenell di Caracas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Amerika Syarikat naikkan sasaran tahanan pendatang tanpa izin kepada 1,800 sehari - Laporan
Pentadbiran Trump menetapkan sasaran sekurang-kurangnya 1,800 tahanan sehari dengan setiap 25 pejabat ICE diwajibkan membuat sekurang-kurangnya 75 tangkapan.

Guna jalan tidak diwartakan 11 pendatang tanpa izin ditahan
Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan seorang tekong darat dan 10 pendatang tanpa izin kerana menggunakan jalan tidak diwartakan untuk keluar dan masuk ke negara ini.

Tiga kanak-kanak antara 17 pendatang tanpa izin ditahan
Tiga kanak-kanak antara 17 pendatang tanpa izin yang ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu sekitar daerah Marang, semalam.

Imigresen Terengganu tahan 14 pendatang tanpa izin
Tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.

Malaysia teliti perkembangan dasar baharu Trump - Mohamad
Kabinet akan membincangkan perkembangan terkini berkaitan dasar baharu pentadbiran Trump termasuk cadangan tarif import yang akan dikenakan terhadap beberapa negara.