KUALA LUMPUR: Polis menahan empat lelaki kerana disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah di sekitar Lembah Klang dalam Ops Limestone semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur ACP Sahar Abd Latif berkata kesemua suspek berusia lingkungan 34 hingga 49 tahun itu ditahan dalam beberapa serbuan dan pemeriksaan di Taman City, Sentul, Taman Mastiara, Jinjang dan Jalan Klang Lama, Brickfields serta Taman Wangsa Permai hasil risikan selama tiga minggu ke atas sindiket terbabit.
"Dalam serbuan itu, polis menjumpai dadah jenis Methamphetamine seberat 2.01 kilogram dan heroin seberat 2.72 kilogram di beberapa premis.
"Seorang daripada empat suspek yang ditahan positif dadah dan keempat-empat mereka mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah," katanya dalam kenyataan malam ini.
Katanya, selain merampas dadah dianggarkan bernilai lebih RM100,000, polis turut merampas sebuah kenderaan jenis Isuzu D-Max dan sebuah Proton Persona dalam siri serbuan berkenaan.
Sahar berkata jumlah keseluruhan rampasan dadah itu mampu menampung penggunaan 9,466 pengguna dan Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2), Seksyen 15(1)(a) dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 21 2021
Polis menahan empat lelaki kerana disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah di sekitar Lembah Klang dalam Ops Limestone semalam. -Gambar hiasan
Tergamak pukul ibu kandung depan jiran
Kejadian itu dipercayai berlaku di Kecamatan Stabat, Kabupaten Langkat di Sumatera Utara, Indonesia.
Ribuan warga Israel gesa pilihan raya baharu
Demonstrasi yang dilakukan hampir setiap minggu itu bagaimanapun masih belum mengubah landskap politik atau menjatuhkan Netanyahu.
PM baharu Britain kata rancangan hantar migran ke Rwanda dimansuhkan
Perdana Menteri baharu Britain, Keir Starmer berkata, rancangan kontroversi kerajaan terdahulu untuk menghantar migran ke Rwanda kini "dimansuhkan".
Ribuan warga Israel gesa pilihanraya baharu
Ribuan penunjuk perasaan anti-kerajaan berkumpul di Tel Aviv pada Sabtu menggesa pilihan raya baharu yang berpotensi menggantikan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, yang memimpin salah satu gabungan berhaluan kanan paling dalam sejarah Israel.
Demonstrasi yang kerap dilakukan setiap minggu itu bagaimanapun masih belum mengubah landskap politik, dan Netanyahu masih menguasai majoriti stabil di parlimen.
Demonstrasi yang kerap dilakukan setiap minggu itu bagaimanapun masih belum mengubah landskap politik, dan Netanyahu masih menguasai majoriti stabil di parlimen.
Kekejaman zionis: 16 rakyat Palestin maut dalam serangan Israel di sekolah
Sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh dalam serangan Israel ke atas sebuah sekolah yang melindungi keluarga Palestin akibat kehilangan tempat tinggal di tengah Gaza pada Sabtu.
Kekejaman zionis: UK cari keseimbangan dalam perang di Gaza
Britain mahukan kedudukan seimbang dalam perang di Asia Barat dan akan menggunakan usaha diplomatik untuk memastikan gencatan senjata dicapai dan tebusan yang dipegang oleh Pejuang Hamas dibebaskan.
Kekejaman zionis: Hamas terima cadangan A.S runding tebusan - Laporan
Hamas telah menerima cadangan Amerika Syarikat untuk memulakan perbincangan mengenai pembebasan tebusan Israel, 16 hari selepas fasa pertama perjanjian yang bertujuan menamatkan perang Gaza.
16 rakyat Palestin maut dalam serangan Israel di sekolah
Serangan ke atas sekolah di Al-Nuseirat membunuh sekurang-kurangnya 16 orang dan mencederakan lebih 50 orang.
Gajah jinak Pian, Rambai curi tumpuan pengunjung program MADANI Rakyat
Pian dan Rambai yang masing-masing berumur 50 dan 41 tahun dibawa dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Lanchang.
EURO 2024: Belanda bangkit benam Turkiye untuk ke separuh akhir
Belanda akan berdepan cabaran skuad The Three Lions dalam saingan peringkat separuh akhir saingan EURO 2024 minggu depan.
Empat lelaki ditahan edar dadah bernilai lebih RM100,000
Dalam serbuan itu, polis menjumpai dadah jenis Methamphetamine seberat 2.01 kilogram dan heroin seberat 2.72 kilogram di beberapa premis.