KUALA LUMPUR: Penduduk sekitar Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di ibu negara berpeluang menikmati ganjaran berbentuk barangan keperluan asas dengan menghantar barang kitar semula di kios 1Komuniti 1Kitar Semula (1C1R).
Antara barang kitar semula yang boleh dibawa ke kios 1C1R yang beroperasi dua kali seminggu mengikut jadual yang telah ditetapkan itu ialah tin aluminium, kertas, plastik dan minyak masak terpakai.
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah berkata kemudahan kios statik 1C1R yang kini diwujudkan di PPR Seri Alam di Pudu, PPR Beringin di Jinjang dan PA Seri Kota di Bandar Tun Razak adalah untuk membudayakan amalan kitar semula dalam kalangan penduduk setempat, selain mengurangkan penjanaan sisa pepejal di kawasan kepadatan tinggi.
Beliau berkata penduduk setempat boleh mendapatkan ganjaran barangan keperluan asas seperti susu pekat, gula, tepung gandum dan minyak masak dengan mengumpul serta menukar mata ganjaran bagi setiap barang kitar semula yang dibawa ke kios berkenaan.
"Contohnya minyak masak terpakai lima kilogram, kita boleh dapat tiga botol minyak masak satu kilogram baharu sebagai tukaran dan ini satu usaha yang baik daripada kita buang begitu sahaja yang memberi kesan kepada alam sekitar.
"Usaha pemberian ganjaran ini juga dapat membantu meringankan beban perbelanjaan penduduk setempat terutama golongan B40 dari sekitar PPR dan PA ibu negara," katanya kepada pemberita selepas pelancaran kios 1C1R di PA Seri Kota di sini semalam.
Inisiatif tersebut dilaksanakan dengan kerjasama syarikat Berjaya Enviro Parks yang akan membantu dari segi pemberian ganjaran bagi program alam sekitar yang dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Mengulas lanjut, Mahadi berkata DBKL akan memperluaskan kemudahan kios statik tersebut di kawasan PPR dan PA lain serta kawasan berkepadatan tinggi pada masa akan datang kerana kos pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam kini hampir mencecah RM300 juta setahun dengan penjanaan sisa pepejal sebanyak 2,200 tan metrik sehari.
"Sekiranya ini dapat direalisasikan, trip sisa pepejal dari sekitar Kuala Lumpur yang dibawa ke tapak pelupusan di Bukit Tagar, Hulu Selangor dapat dikurangkan sekali gus bayaran DBKL kepada syarikat yang menguruskan sampah juga dapat dijimatkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 10 2022

Mahadi merasmikan kemudahan kios statik 1C1R di PA Seri Kota, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, semalam. Ia merupakan kios ketiga selepas Kios 1C1R di PPR Seri Alam dan PPR Beringin. - Foto Facebook Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Seluruh England: Pasangan Korea Selatan sekat kemaraan Sze Fei-Nur Izzuddin ke suku akhir
Pasangan profesional yang juga pilihan kedua itu gagal ke suku akhir selepas tewas kepada Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [14 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad dan Afiezy Azaman
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini

Zelenskyy kecam kenyataan ‘manipulatif’ Putin mengenai gencatan senjata
Putin sebetulnya sedang "bersedia untuk menolak" tetapi takut untuk menyatakannya kepada Presiden Trump bahawa beliau mahu meneruskan perang, dakwa Zelenskyy.

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.

Jadi Datuk Bandar Kuala Lumpur tugas paling mencabar - Mahadi
Bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah menyifatkan tugas paling mencabar sepanjang 40 tahun kerjayanya dengan DBKL ialah apabila memikul amanah sebagai Datuk Bandar.

DBKL lancar sistem e-Penilaian dan Hartanah
Permohonan pertukaran nama pemilik atau alamat surat-menyurat bagi hartanah di ibu negara boleh dibuat secara dalam talian sepenuhnya melalui sistem e-Penilaian dan Hartanah DBKL mulai 1 April ini.

KPKT, DBKL akan bincang isu kebersihan penyelenggaraan infrastruktur
Terdapat masalah seperti bumbung siling tandas rosak, paip air tidak berfungsi dengan baik dan sabun pencuci tangan tidak diisi semula.

Rumah majlis hanya untuk disewa - Datuk Bandar KL
Rumah Majlis atau Council Home yang dibina atas inisiatif Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak boleh dijual beli sebaliknya hanya dibenarkan untuk sewaan.

DBKL perkenal surau bergerak mudahkan pengunjung tunaikan solat
Kemudahan ini bakal memberi manfaat kepada pengunjung melibatkan program ad hoc seperti maraton dan sambutan Hari Kebangsaan.

DBKL laksana inisiatif kitar semula dapat ganjaran
Barang kitar semula boleh dibawa ke kios 1C1R yang beroperasi dua kali seminggu mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Pemasangan pagar di Padang Merbok antara kaedah penyelenggaraan - Datuk Bandar
Penggunaan padang tanpa kawalan dan sistem teratur sebelum ini mengakibatkan kawasan hijau itu sering rosak.

DBKL kaji cadangan KLFA berkaitan Stadium KL - Datuk Bandar
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengkaji semula rasional pemberian hak pengurusan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras kepada sebuah syarikat swasta.

DBKL teliti rekod penyewa, siasat dakwaan penghuni tinggal di PPR, PA percuma selama 12 tahun
Setakat ini, DBKL belum dapat mengesahkan dakwaan terdapat penghuni yang tinggal secara percuma selama 12 tahun di PPR dan PA.

DBKL ambil tindakan segera masalah Residensi SkyAwani 2 - Datuk Bandar
Datuk Bandar KL Datuk Seri Mahadi Che Ngah beri jaminan DBKL akan cari jalan penyelesaian segera untuk permasalahan Residensi SkyAwani 2.