KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengkaji semula rasional pemberian hak pengurusan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras kepada sebuah syarikat swasta.
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah berkata pihaknya juga perlu melihat justifikasi cadangan daripada Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) supaya pengurusan stadium itu diserahkan kembali kepada persatuan berkenaan.
"Kena kaji balik apakah rasional yang dibuat ketika menyerahkan stadium ini, sama ada syarikat itu masih continue mempunyai rasionalnya atau perlu dilihat semula, dan tengok macam mana. Keputusan yang kita nak buat adalah untuk memudahkan dan memberikan keuntungan kepada semua pihak.
"Yang penting sekali, setiap perkara dilaksanakan mestilah menjamin kemampanan bandar raya serta memberikan faedah kepada warga kota," katanya selepas majlis penyerahan tajaan KL Car Free Morning di sini, hari ini.
Semalam Presiden KLFA Khalid Abdul Samad mendakwa sebuah syarikat swasta yang mengambil alih pengurusan stadium secara pajakan tidak mampu menangani pelbagai masalah penyelenggaraan berkaitan padang dan aspek pencahayaan, terutamanya ketika saingan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) bulan lepas.
Beliau berkata jika diamanahkan menguruskan stadium itu, KLFA akan memastikan ia diselenggara dengan baik bagi sebarang penganjuran kejohanan peringkat antarabangsa pada masa akan datang.
Sementara itu Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosio Ekonomi DBKL, Datuk Anwar Mohd Zain menjelaskan pihaknya akan meneliti balik perjanjian yang dibuat dengan syarikat berkenaan sama ada intipatinya ditepati atau sebaliknya.
Terdahulu DBKL menerima sumbangan 100 basikal bernilai RM40,000 daripada Ketua Pegawai Eksekutif OCBC Bank, Datuk Ong Eng Bin untuk KL Car Free Morning yang dianjurkan pada setiap Ahad bermula 7 hingga 9 pagi.
Mahadi berharap lebih banyak syarikat dan bank akan menjalinkan kerjasama dengan pihaknya bagi menjayakan usaha mengurangkan 70 peratus penggunaan karbon di bandar raya ini menjelang 2030.
"Ia memang sasaran yang tinggi cita-citanya, tapi kita perlu melakukan ini untuk menikmati manfaat teras ikrar ini, terutamanya dalam mendapatkan udara yang lebih bersih dan menjadikan KL sebuah bandar yang bersih dan sihat untuk penduduknya.
"Bandar yang berjaya menangani dan melaksanakan program-program mitigasi atau adaptasi kepada perubahan iklim akan menjadi berdaya tahan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 07 2022

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah berucap pada program OCBC KL Car-Free Morning hari ini. - Foto BERNAMA
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

KPDN rampas 5,500 barangan tiruan bernilai RM360,000 di Petaling Street
KPDN merampas 6,500 unit barangan yang disyaki tiruan bernilai RM360,000 daripada 20 premis di sekitar Jalan Petaling di sini hari ini.

Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan - Fadhlina
Kementerian Pendidikan menerima baik cadangan DBKL untuk membina sekolah 17 tingkat di sekitar pusat bandar raya namun perlu diteliti dari aspek keselamatan dan kesesuaiannya.

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

Pemberian lesen bazar Ramadan telus - Dr Zaliha
Kaedah pemberian lesen bazar Ramadan di ibu negara tahun ini akan dijalankan secara telus termasuk cabutan undi petak dilaksanakan DBKL.

DBKL sita barang perniagaan di laluan awam
Sebanyak tiga kes tindakan sita dijalankan menerusi peruntukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

Sidang Kemuncak ASEAN 2025: DBKL tubuh jawatankuasa persiapan Kuala Lumpur
DBKL telah diberikan tanggungjawab untuk menganggotai Jawatankuasa Kecil Kesejahteraan Awam di peringkat nasional.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 6 Februari 2025.

Perkembangan siasatan dalaman salah laku projek DBKL diketahui minggu ini
Perkembangan siasatan dalaman berhubung dakwaan salah laku seorang ahli lembaga penasihat DBKL yang dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta akan diketahui minggu ini.

Projek pembangunan semula Pasar Dato Keramat mula suku pertama 2025 - Dr Zaliha
Dr Zaliha minta DBKL menyegerakan bancian bagi memuktamadkan bilangan peniaga di kawasan Pasar Dato Keramat dalam tempoh dua minggu.