Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah atas kemangkatan Raja Thailand, Bhumibol Adulyadej, hari ini.
"Bagi pihak rakyat Malaysia, saya ingin merakamkan ucapan takziah yang ikhlas dan mendalam kepada Keluarga Diraja, Kerajaan, dan rakyat Thailand atas kemangkatan baginda Raja Bhumibol Adulyadej.
"Raja Bhumibol menjadi lambang tertinggi perpaduan dan sumbangan baginda kepada Thailand dan seluruh rantau ini, adalah melangkaui kata-kata.
"Kami bersama-sama dengan rakyat Thailand berkabung atas kemangkatan baginda," kata Najib menerusi posting terbaharu dalam laman Facebook hari ini.
Raja Bhumibol, 89, mangkat di Hospital Siriraj pada pukul 3.52 petang seperti diumumkan oleh Biro Diraja hari ini.
Baginda yang menduduki takhta selama 70 tahun sejak 1946, menerima rawatan di hospital sejak 3 Okt, 2014.
Bernama
Thu Oct 13 2016

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah atas kemangkatan Raja Thailand, Bhumibol Adulyadej, hari ini.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Siapa Raja Vajiralongkorn, Raja Rama X Dinasti Chakri?
Beliau merupakan anak lelaki tunggal dan menjadi Putera Mahkota pada 1972, pada usia 20 tahun. Kini beliau berusia 66 tahun.

Majlis pemahkotaan Raja Vajiralongkorn
Negara gajah putih itu akan menyaksikan Majlis Pemahkotaan Raja Maja Vajiralongkorn sebagai Raja Thailand yang baharu.

Kemangkatan Raja Bhumibol: Hishammuddin ucap takziah di Kedutaan Besar Diraja Thai
Datuk Seri Hishammuddin menandatangani buku ucapan takziah di Kedutaan Besar Diraja Thailand di Jalan Ampang hari ini.

Maha Vajiralongkorn: Putera Mahkota, tentera dan juruterbang jet pejuang terlatih
Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn telah dididik untuk menaiki takhta sejak hari pertama baginda dimasyhurkan sebagai pengganti raja pada 28 Dis, 1972, ketika berusia 20 tahun.

Datuk Seri Najib ucap takziah atas kemangkatan Raja Bhumibol
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah atas kemangkatan Raja Thailand, Bhumibol Adulyadej, hari ini.

Lelaki dihukum penjara enam tahun kerana hina raja Thailand
Mahkamah jenayah Thailand pada Rabu menjatuhkan hukuman penjara selama enam tahun kepada seorang lelaki kerana menghina raja.

Kabinet Thai akan dirombak - PM
Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan-ocha berkata beliau telahpun memohon perkenan daripada Raja Bhumibol Adulyadej untuk melakukan rombakan Kabinet.