Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak percaya dasar luar Malaysia perlu bersandarkan kesederhanaan dan membina perhubungan yang memanfaatkan Negara dan rakyat.
Jelasnya, cara itu dipilihnya bagi membawa Malaysia berganjak daripada pendekatan terdahulu yang disifatkannya konfrantasi dan mengundang ketegangan dan pertikaian negara lain.
Berucap merasmikan Persidangan Dwi Tahunan Pertubuhan Komanwel bagi Pentadbiran Awam dan Pengurusan (CAPAM) 2016 di sini hari ini, perdana menteri berkata bahawa untuk berdekad lamanya Malaysia memiliki pemimpin yang menerapkan konfrantasi dalam dasarnya dengan negara luar, berkemungkinan untuk kepentingan peribadi.
"Tetapi sejak saya menjadi Perdana Menteri, saya memilih untuk membawa kelainan dan memecah pendekatan terdahulu.
"Saya memutuskan bahawa seharusnya kepentingan dan hasrat kerajaan diletakkan di hadapan kepentingan politik peribadi," tegasnya.
Katanya, pembinaan hubungan dan kerjasama ekonomi tanpa membangkitkan sengketa lama dengan negara lain memupuk keamanan, keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
Hasilnya, hubungan damai antara Malaysia dengan Singapura misalnya telah membawa kepada tercapainya resolusi dalam Point of Agreement pada 2010 selepas 20 tahun tergendala.
Selain itu, beliau dan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong juga bersama menyaksikan memorandum persefahaman antara dua negara ditandatangani, yang katanya akan membawa banyak manfaat kepada pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat seperti pembinaan sistem kereta api berkelajuan tinggi antara Kuala Lumpur dan Singapura tidak lama lagi.
Malaysia juga menjadi pemudah cara dengan mengendalikan rundingan damai antara kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Islam Moro bagi menyelesaikan kemelut pemberontakan terlama di Asia itu.
"Ia antara contoh bagaimana kita memilih jalan ke hadapan dalam semangat persahabatan dan manfaat kedua-dua belah pihak, meninggalkan di belakang blok penghalang yang sekian lama memisahkan kita," ujarnya.
Anjakan pendekatan itu juga kata Perdana Menteri sebagai inovasi dalam pentadbiran awam yang menjadi elemen penting dalam melonjak keupayaan sektor itu kepada potensi sebenarnya, dan menjadikan Malaysia sebagai negara contoh.
Pada masa yang sama, beliau percaya usaha mendekati negara-negara lain perlu mengekalkan pendirian yang bebas, berkecuali dan berprinsip tanpa mengira sistem dan ideologi politik dalam hal ehwal di peringkat serantau dan antarabangsa.
Bagaimanapun, Malaysia tegasnya tidak percaya kepada campur tangan asing dalam hal ehwal domestik negara-negara lain.
"Kami bertegas bahawa zaman di mana kuasa imperial boleh memberi arahan tentang bagaimana untuk sesebuah negara menjaga tingkah laku baik, baik dari segi politik, ekonomi atau budaya, sudah berlalu," katanya.
Majlis perasmian turut dihadiri Setiausaha Agung Negara-Negara Komanwel, Patricia Janet Scotland QC dan Ketua Setiausaha Negara yang juga Presiden CAPAM, Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Dengan tema 'Inovasi: Kepentingan Kepada Perkhidmatan Awam', CAPAM mengumpulkan lebih 1,000 delegasi dari 53 negara Komanwel untuk berkongsi idea, pendapat dan amalan dalam penyampaian perkhidmatan berpaksikan rakyat.
Israr Khalid
Thu Aug 18 2016
PM: "Malaysia perlu mengekalkan pendirian yang bebas, berkecuali dan berprinsip tanpa mengira sistem dan ideologi politik." - Foto Bernama
AWANI Ringkas: TPM: Fahami kepentingan perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Iran angkat sekatan ke atas WhatsApp, Google Play
Langkah ini merupakan antara usaha pertama untuk mengurangkan sekatan internet di negara tersebut.
#AWANIRingkas 25 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 25 Disember 2024
1️⃣ TPM: Fahami kepentingan perpaduan
2️⃣ Tangani jenayah seksual kanak-kanak
3️⃣ Tragedi di Lebuhraya PLUS
#awaniringkas
1️⃣ TPM: Fahami kepentingan perpaduan
2️⃣ Tangani jenayah seksual kanak-kanak
3️⃣ Tragedi di Lebuhraya PLUS
#awaniringkas
Framing sustainable business as a gift for the future
Reflecting on 2024, businesses can turn key learnings into actionable steps to make sustainability a central part of their plans for the year ahead. Hoe can businesses can integrate sustainability into daily operations, making it a consistent driver of growth and positive change. Together with Associate Consultant at Tata Consultancy Services, Wan Dazriq explores on forward-thinking strategies for a sustainable and innovative 2025.
Lelaki maut selepas tikam bekas kekasih
Suspek yang cuba melarikan diri dari pihak berkuasa, bertindak terjun pada ketinggian 10 meter dan disahkan meninggal dunia.
Angka kematian akibat Taufan Chido meningkat kepada 39 orang
Pihak berkuasa Perancis menjangkakan ribuan lagi mungkin telah terkorban akibat taufan itu yang melanda Mayotte.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [25 Disember 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Nursyazwani Saiful Sham
1. PM mahu usaha tanam bibit pertentangan kaum dielakkan
2. Op Pedo: 13 lelaki miliki pornografi, bahan deraseksual kanak-kanak ditahan
3. Nahas Ayer Keroh, ambil kira aspek keselamatan di jalan raya
1. PM mahu usaha tanam bibit pertentangan kaum dielakkan
2. Op Pedo: 13 lelaki miliki pornografi, bahan deraseksual kanak-kanak ditahan
3. Nahas Ayer Keroh, ambil kira aspek keselamatan di jalan raya
Harmony Kitchen Gaza salur makanan kepada 4,000 penduduk sehari
Rakyat Malaysia tidak lupa untuk terus memberi sumbangan bagi meringankan beban yang ditanggung mangsa.
Aktiviti tentera Israel pengaruhi pembunuhan enam tebusan
Perbincangan antara Israel dan Hamas untuk mendapatkan pembebasan 100 tebusan yang ditahan di Gaza masih berlangsung.
163 pekerja China seperti hamba di tapak kilang BYD Brazil
Para pekerja tersebut telah diupah oleh sebuah syarikat lain di China sebelum dibawa ke Brazil secara tidak sah.
Dasar luar Malaysia perlu berasaskan persahabatan, elak konfrantasi - PM Najib
Malaysia perlu beralih haluan daripada pendekatan lampau memandangkan dasar luarnya perlu berkisar kepada usaha menjalin kerjasama yang membawa manfaat kepada rakyat dan negara.
CAPAM 2016 perkenal penggunaan aplikasi acara mudah alih
Aplikasi yang digunakan buat kali pertama pada persidangan CAPAM membolehkan rangkaian lebih kukuh di kalangan pengguna.