KUALA LUMPUR: Dasar gaji minimum perlu dilaksanakan dengan teratur untuk memastikan langkah itu akan menyokong pertumbuhan ekonomi selain tidak menambah tekanan inflasi kepada negara, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus.
Beliau berkata, ini perlu terutamanya apabila negara baru menghadapi pandemik COVID-19 dengan ketidaktentuan global yang semakin meningkat berikutan ketegangan geopolitik.
"Dalam situasi semasa, pelaksanaan kenaikan gaji minimum perlu mengambil kira pemulihan yang tidak sekata dalam industri.
"Apa yang perlu kita lakukan ialah mengurangkan gangguan dalam aspek ini. Kita perlu memberi sedikit masa kepada syarikat yang terjejas untuk menyesuaikan diri," katanya pada sidang media secara maya sempena terbitan beberapa siri laporan BNM hari ini.
Laporan itu ialah Laporan Tahunan BNM 2021, Laporan Tinjauan Ekonomi dan Monetari 2021 serta Laporan Tinjauan Kestabilan Kewangan Separuh Kedua 2021.
Nor Shamsiah berkata pendekatan secara berperingkat yang diumumkan oleh kerajaan akan turut membantu menangani isu gaji minimum.
Bagaimanapun, katanya dari semasa ke semasa, gaji minimum perlu bertumpu untuk mengurangkan gangguan dalam pasaran kerja seperti pekerja berpindah kepada pekerjaan yang menawarkan gaji lebih tinggi.
"Oleh itu, apa yang lebih penting, perlu ada pelan hala tuju yang jelas dan telus supaya semua pihak yang terjejas, sama ada syarikat besar atau kecil, dapat merancang dengan sewajarnya untuk ke arah pemulihan," katanya.
Awal bulan ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk menaikkan gaji minimum kepada RM1,500 daripada RM1,200 pada masa ini dan ini akan dilaksanakan di seluruh negara untuk syarikat tertentu berkuat kuasa 1 Mei, 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 30 2022
Gaji minimum perlu dilaksana dengan teliti terutamanya apabila negara baru menghadapi pandemik dengan ketidaktentuan global yang meningkat berikutan ketegangan geopolitik.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Pendaftaran tinggi untuk kursus latihan pamer rakyat Malaysia dahagakan kemahiran baharu - Steven Sim
NTW 2024 anjuran Human Resource Development Corporation telah melepasi sasarannya dengan berjaya mendaftarkan kira-kira 330,000 rakyat Malaysia dalam 65,000 kursus latihan percuma setakat Khamis.
Kajian mengenai gaji minimum perlu dilakukan sekerap enam bulan sekali - MTUC
Kajian mengenai gaji minimum perlu dilakukan lebih kerap untuk pastinya ia sesuai dengan peningkatan kos sara hidup.
APEC harus tetapkan gaji minimum - MITI
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) harus secara kolektif mewujudkan penetapan gaji standard untuk mencegah kadar gaji tidak sesuai yang memberi kesan kepada golongan wanita.
Kajian UNICEF: Cadangan gaji minimum RM2,102 akan dipertimbang secara menyeluruh - Rafizi
Cadangan UNICEF agar kadar gaji minimum ditetapkan pada RM2,102 sebulan berbanding RM1,500 ketika ini akan dipertimbang oleh kerajaan secara menyeuruh.
Lihat TVET, AI dan digital sebagai ekonomi baharu negara – PM Anwar
Dalam memastikan ekonomi negara terus ke hadapan, masyarakat digesa untuk tidak lagi terperangkap dalam stigma lama, atau mudah terpengaruh dengan hasutan-hasutan pihak tertentu.
Gaji minimum disemak tahun ini, projek rintis gaji progresif mula Jun - KESUMA
Kerajaan sedar gaji minimum sahaja tidak memadai, terutamanya mereka yang berpendapatan sederhana.
Masih ada majikan culas laksana perintah gaji minimum - MTUC
MTUC sentiasa menggesa kerajaan supaya lebih agresif dalam mengenal pasti majikan yang masih berdegil.
Mongolia naikkan gaji minimum 20 peratus tahun ini
Mongolia menaikkan gaji minimum bulanan sebanyak 20 peratus kepada 660,000 tugrik Mongolia (AS$193) mulai tahun ini.
Gaji minimum kekal, diperkukuh gaji progresif - Rafizi
Pelaksanaan gaji minimum kekal wajib dilaksanakan dan akan diperkasakan dengan gaji progresif.
Gaji minimum tidak patut dijadi rujukan bayar lepasan ijazah - Rafizi
Gaji minimum RM1,500 tidak sepatutnya dijadikan rujukan atau penanda aras oleh majikan untuk membayar upah pekerja lepasan ijazah, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.