ULAN BATOR: Mongolia menaikkan gaji minimum bulanan sebanyak 20 peratus kepada 660,000 tugrik Mongolia (US$193) mulai tahun ini, lapor Xinhua merujuk laporan media tempatan pada Rabu yang memetik Kementerian Buruh dan Perlindungan Sosial negara itu.

Terdapat kira-kira 1.1 juta pekerja yang secara rasmi berdaftar di Mongolia dengan jumlah penduduk melebihi 3.4 juta.

Menurut Pejabat Statistik Kebangsaan lebih 10 peratus pekerja menerima gaji minimum pada masa ini.

-- BERNAMA