KUALA LUMPUR: Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) dijangka dilancarkan pada suku pertama tahun hadapan, kata Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali.
Jelasnya, kerajaan meletakkan sasaran industri francais tempatan meningkat kepada RM100 bilion menjelang tahun 2030.
Bagaimanapun ketika ini jelasnya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama Persatuan Francais Malaysia (MFA) dalam proses mengadakan townhall terakhir pada November ini sebelum draf dasar berkenaan dibentangkan kepada Kabinet Disember depan.
"Atas sebab itu kita dah bekerjasama lama dengan MFA bagi mengubal Dasar Francais Negara ini, draf telah kita rundingkan dalam pelbagai sesi.
"Hari ini kita ingin jemput semua pihak yang merupakan pemegang taruh atau sesiapa yang ada kepentingan dalam pembangunan industri francais untuk sama-sama ke townhall pada November anjuran KPDN dan MFA," katanya.
Jelas Armizan lagi, dasar itu akan sejajar dengan kerangka Ekonomi Madani dalam membantu mengembangkan industri francais tempatan.
"Kita melihat keperluan penjajaran Dasar Francais Negara dengan kerangka Ekonomi Madani khususnya dalam membantu menaikkan siling ekonomi negara dan membantu kerajaan meningkatkan pertumbuhan ekonomi serta bagaimana francais boleh membantu menaikkan ekonomi rakyat," katanya.
Selain dasar, KPDN jelas Armizan turut memutuskan untuk memperkukuhkan mekanisme pembangunan francais melalui Lembaga Penasihat Francais yang diwujudkan sebelum ini.
Usaha itu katanya akan melibatkan semua agensi dibawah KPDN terutamanya Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
Beliau berkata demikian dalam sidang media khas di Parlimen pada Khamis.
Untuk rekod nilai jualan industri francais tempatan meningkat daripada RM14.6 bilion pada 2020 kepada RM30 bilion pada 2021.
Setakat September tahun ini, sebanyak 1,237 francais tempatan telah berdaftar. Daripada jumlah itu, 70 jenama francais tempatan telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa di 80 buah negara.
Fareez Azman
Thu Oct 26 2023

Kerajaan meletakkan sasaran julai industri francais tempatan meningkat kepada RM100 bilion menjelang tahun 2030. - Gambar fail

Malaysia akan perkukuh peranan ASEAN, tingkatkan penglibatan di peringkat global - PM Anwar
Anwar menggesa tindakan kolektif bagi mempertahankan keamanan dan memastikan orde antarabangsa yang stabil.

Aminuddin sedia pertahan jawatan Naib Presiden PKR
Beliau berkata saingan kali ini lebih sengit kerana PKR merupakan komponen parti menerajui Kerajaan Perpaduan pada peringkat Persekutuan.

MMA harap kadar baharu yuran perundingan GP swasta berpatutan, adil
Dr Kalwinder Singh berkata MMA percaya kenaikan yuran perundingan kepada sekurang-kurangnya RM60 adalah wajar dan adil.

MPM bakal naik taraf sistem dengan AI, jana transkrip segera semasa prosiding
Ia berupaya menjana transkrip segera semasa prosiding kes bagi meningkatkan kecekapan, mengurangkan kos dan menyelaraskan kefahaman komunikasi.

Usaha hapus kanser serviks diperkukuh melalaui MoU KKM-Yayasan ROSE
Statistik menunjukkan kadar insiden kanser serviks di Malaysia turun kepada 6.0 kes bagi setiap 100,000 wanita bagi tempoh 2017-2021.

KPN sasar 100 KRT baharu tahun ini - Aaron
Buat masa ini terdapat 8,529 KRT di seluruh negara, di mana 91 daripadanya ditubuhkan pada tahun lepas.
Food For Gelandangan komited turun ke lapangan setiap Jumaat
Dalam umat Islam berlumba-lumba mencari keberkatan dalam bulan Ramadhan, jangan dilupa golongan yang kurang bernasib baik miskin bandar dan gelandangan. Wartawan Firdaus Azil turun ke lapangan menyertai program anjuran Food for Gelandangan di ibu kota, untuk menyantuni golongan tersebut.
Perayaan Holi menghidupkan India
Di Bandar Ahmedabad, India suasana di Kuil Swaminarayan pula cukup meriah apabila ribuan pengunjung yang hadir disembur dengan pancutan air berwarna sambal menari mengikut irama muzik tradisional gujarat yang rancak.
Populasi warga emas Turkiye melebihi 96 negara
Menurut angka institut Statistik Turki (TurkStat), jumlah penduduk Turki pada 2023 ialah 85.6 juta orang dengan 10.6 peratus daripadanya diklasifikasikan sebagai warga emas.
Enjin pesawat terbakar, penumpang 'loloskan' diri guna gelongsor
Seramai 172 penumpang dan enam anak kapal berjaya dipindah menggunakan gelongsor kecemasan selepas enjin milik pesawat Boeing 737-800 milik American Airlines terbakar di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver pada Khamis waktu tempatan.

KUSKOP lancar Dasar Francais Negara 2030, perkukuh ekosistem, akses pasaran
KUSKOP melancarkan Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) semalam, bertujuan memperkukuh ekosistem francais di Malaysia dan memperluas akses pasaran di dalam dan luar negara.

Dasar Francais Negara 2030 dilancar suku pertama 2024 - Armizan
Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) dijangka dilancarkan pada suku pertama tahun hadapan, jelas Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali.