KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan Bersih 2.0 dan Majlis Peguam untuk merujuk beberapa persoalan perlembagaan berhubung kesahihan pengisytiharan darurat pada 2020 yang berakhir sehingga Ogos tahun lepas kepada Mahkamah Persekutuan.
Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, dalam penghakiman melalui e-mel pada Rabu, berkata kesemua persoalan itu boleh diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.
"Saya berpendapat bahawa inti pati permohonan ini bukan di bawah bidang kuasa eksklusif Mahkamah Persekutuan... Bidang kuasa untuk memutuskan persoalan perlembagaan itu tertakluk kepada Mahkamah Tinggi," katanya yang menolak permohonan tanpa kos.
Peguam Bersih 2.0 Edmund Bon Tai Soon ketika dihubungi mengesahkan bahawa mahkamah itu menolak kedua-dua permohonan badan pemantau pilihan raya tersebut dan Majlis Peguam.
Majlis Peguam telah mengemukakan 27 persoalan undang-undang mengenai kesahihan pengisytiharan darurat Malaysia dan Ordinan Darurat negara manakala Bersih mengemukakan tujuh persoalan berhubung perkara itu.
Pengisytiharan itu, berkuat kuasa dari 21 Jan 2021 hingga 1 Ogos 2021, adalah bagi membendung penularan pandemik COVID-19 yang bermula secara global pada awal 2020.
Bersih 2.0 dan Majlis Peguam menamakan bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta kerajaan sebagai reponden.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 18 2022
Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, dalam penghakiman, berkata kesemua persoalan itu boleh diputuskan oleh Mahkamah Tinggi. - Gambar hiasan
Hello Kedah platform dekatkan Astro dengan masyarakat setempat
Pengunjung juga tidak melepaskan peluang 'terlibat sama' dalam beberapa aktiviti yang memfokuskan kepada pelbagai lapisan usia.
AWANI Pagi: Jojo sedia harumkan nama Malaysia di pentas dunia
Gelanggang #AWANIPagi akan dikunjungi sensasi Muay Thai, Johan 'Jojo' Ghazali untuk berkongsi perihal langkahnya yang semakin menyinar dalam sukan itu. Jangan ketinggalan saksikan eksklusif di AWANI Pagi 7.30 pagi Sabtu
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Ular tedung tercekik botol ubat batuk
Reptilia berkenaan dilihat seperti sukar bernafas dan bergelut untuk mengeluarkan botol dari rahangnya.
PRK Sungai Bakap: Warga emas bersemangat turun undi, bangun 4.30 pagi
Walaupun hanya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk sampai ke pusat pengundian, dia keluar lebih awal bagi mengelak kesesakan.
Usaha gencatan senjata, bebas tebusan dapat momentum
Pejabat Netanyahu bagaimanapun memaklumkan, masih terdapat jurang antara kedua-dua pihak.
Siapa wakil rakyat baharu di Sungai Bakap?
Sebanyak sembilan pusat mengundi membabitkan 65 saluran dibuka mulai jam 8 pagi hingga 6 petang sebelum proses penjumlahan undi berlangsung di Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi bagi tujuan PRK Sungai Bakap ini.
PRK Sungai Bakap: Sembilan pusat mengundi dibuka 8 pagi ini
Proses pengundian hari ini melibatkan 39,151 pengundi yang akan menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih wakil rakyat baharu kawasan itu.
Lima rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel
Israel mendakwa sedang menjalankan aktiviti memerangi keganasan termasuk serangan udara di Jenin.
Pameran Pendidikan Korea di Kuala Lumpur untuk tarik minat pelajar Malaysia
Pameran itu bertujuan menarik minat pelajar antarabangsa yang cemerlang, dengan menampilkan kelebihan menyambung pengajian di Korea Selatan.
Syor tambah hierarki Mahkamah Syariah - Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata antara yang akan disyorkan termasuk menambah hierarki mahkamah syariah sedia ada kepada empat peringkat berbanding tiga ketika ini iaitu mahkamah rendah, mahkamah tinggi dan mahkamah rayuan.
Isu peruntukan PRK: Kenyataan berpandukan keputusan mahkamah - Ahmad Maslan
Ahmad hairan kenapa Bersih pertikai kenyataan beliau tidak salah bagi menteri atau kementerian anjur program atau umum peruntukan semasa PRK berlangsung.
Himpunan #KamiMahuAir: Bersih seru kerajaan tegakkan keadilan untuk guru, pelajar yang ditahan
Kesembilan individu terbabit ditahan agak jauh daripada tapak perhimpunan ketika sedang beredar.
Kongres Bersih: Kerajaan dituntut segerakan reformasi institusi, hapus Akta Hasutan
Bersih sekali menggesa kerajaan mempercepatkan reformasi institusi termasuk memisahkan peranan Peguam Negara dan pendakya raya serta pelantikan Pengerusi SPR melalui Parlimen.
Bersih pantau perjalanan PRK Kuala Kubu Baharu
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) akan memantau perjalanan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu yang akan berlangsung pada 11 Mei depan.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
Bersih gesa lantik segera pengerusi baharu SPR
Bersih mendesak kerajaan supaya segera melaksanakan reformasi pelantikan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh dan meminda Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Kerajaan Perpaduan terbuka kepada rekomendasi, saranan Bersih - PM Anwar
Kerajaan Perpaduan terbuka kepada sebarang rekomendasi atau saranan daripada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).
AMK sambut baik usaha agenda reformasi
Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menyambut baik usaha konstruktif berkaitan agenda reformasi selaras dengan idealisme dan perjuangan parti.
Himpunan Bersih terkawal, enam Ahli Parlimen terima memorandum
Mohammed Taufiq memaklumkan pihak kerajaan komited dalam memenuhi tuntutan yang dibuat oleh Bersih dan rakan-rakan NGO yang lain.
Peserta himpunan Reformasi 100 Peratus berkumpul, hantar memorandum ke Parlimen
Perhimpunan anjuran Bersih itu mula berhimpun sejak jam 8 pagi bagi mendesak kerajaan menunaikan janji untuk melaksanakan 100 peratus pembaharuan.