Individu yang ingin ke India terutama kanak-kanak, warga tua dan wanita mengandung digalak mendapatkan pelalian vaksin influenza bermusim termasuk untuk selesema babi atau influeza A (H1N1) yang terdapat dalam pasaran.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti penyakit kronik paru-paru dan jantung, penyakit buah pinggang dan pesakit yang mengalami "immune-suppression" juga disaran mendapatkan vaksin sama sebelum mengunjungi India.
Katanya vaksin itu boleh diperoleh di fasiliti kesihatan swasta.
"Sekiranya terdapat gejala penyakit seperti demam, selesema, sakit tekak dan batuk adalah dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata demikian berikutan laporan Kementerian Kesihatan India yang mengesahkan wujud penularan wabak influenza A iaitu jenis virus sama dengan pandemik H1N1 yang berlaku pada tahun 2009.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Ogos 2010 mengumumkan bahawa dunia kini berada dalam fasa pasca pandemik H1N1 dan agensi Pertubuhan Bangsa Bersatu itu tidak lagi memantau jangkitan influenza H1N1 secara khusus.
Ini disebabkan cara jangkitan, tanda-tanda jangkitan, risiko jangkitan dan komplikasi akibat influenza A adalah serupa dengan influenza bermusim yang lain.
Cara jangkitan virus influenza bermusim termasuk H1N1 di dalam komuniti adalah secara sebaran melalui cecair batuk atau bersin oleh mereka yang dijangkiti.
Menjelas lanjut, Dr Noor Hisham berkata sebagai langkah kesiapsiagaan, Kementerian Kesihatan melakukan pemantauan situasi influenza di negara ini bagi mengesan sebarang kejadian luar biasa.
Katanya pemantauan dibuat melalui Malaysian Influenza Surveillance System (MISS) meliputi penyakit serupa influenza (ILI) pesakit yang dimasukkan ke hospital dengan jangkitan pernafasan akut teruk (SARI) dan juga pesakit yang dirawat di Unit Rawatan Rapi kerana jangkitan saluran pernafasan teruk.
Selain itu Dr Noor Hisham berkata Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan dan Institut Penyelidikan Perubatan juga bertanggungjawab memantau jenis virus influenza di negara ini.
Beliau berkata walaupun WHO tidak mengeluarkan sebarang nasihat perjalanan ke India, orang awam adalah dinasihat sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan jangkitan influenza.
"Kekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap membasuh tangan, memakai penutup mulut dan hidung sekiranya berdekatan dengan orang yang mempunyai gejala jangkitan, amalkan adab batuk yang baik serta amalkan cara hidup sihat.
"Orang awam juga dinasihat agar mengelak daripada mengunjungi kawasan yang sesak dengan orang ramai," katanya.
Bernama
Sun Mar 01 2015
![Dapatkan vaksin Influenza A sebelum ke India - KP Kesihatan Dapatkan vaksin Influenza A sebelum ke India - KP Kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/61364905991_295x200.jpg)
Jika terdapat gejala penyakit seperti demam, selesema, sakit tekak dan batuk dinasihat mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berdekatan. -Gambar fail
![RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678788517_MahkamahUtama.jpg)
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
![Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646741163_DatukWilliamNg.jpg)
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
![Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030 Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694910732_DatukArthurJoseph.jpg)
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
![Virus selesema babi dikesan pada ternakan, tiada risiko jangkiti manusia - Jabatan Veterinar Virus selesema babi dikesan pada ternakan, tiada risiko jangkiti manusia - Jabatan Veterinar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/81593669221_selesemababi.jpg)
Virus selesema babi dikesan pada ternakan, tiada risiko jangkiti manusia - Jabatan Veterinar
Bagaimanapun, ternakan babi yang seropositif itu tidak menunjukkan sebarang gejala penyakit serta tidak berisiko untuk menyebarkan jangkitan kepada manusia.
![WHO selaras kerjasama dengan China berhubung strain baharu selesema babi WHO selaras kerjasama dengan China berhubung strain baharu selesema babi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/61587704222_WHO.jpg)
WHO selaras kerjasama dengan China berhubung strain baharu selesema babi
Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyelaras kerjasama dengan China untuk membuat penilaian lebih teratur mengenai strain selesema babi (H1N1).
![Singapura siap siaga, DORSCON tanda warna, koronavirus jingga Singapura siap siaga, DORSCON tanda warna, koronavirus jingga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/71581253394_TBSingapore.jpg)
Singapura siap siaga, DORSCON tanda warna, koronavirus jingga
Tak ubah menghadapi perang, Singapura bersiap siaga ukur tahap persediaan menghadapi penularan koronavirus dianggap musuh semasa.
![Bersatu menentang koronavirus secara tenang, rasional dan mantap Bersatu menentang koronavirus secara tenang, rasional dan mantap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/41580140800_TBCORONAKLIA.jpg)
Bersatu menentang koronavirus secara tenang, rasional dan mantap
Justeru itu, kami menggesa Rakyat Malaysia, ahli politik, rakan-rakan media dan semua pemegang taruh untuk bertindak dengan penuh bertanggungjawab dalam tempoh ini.
![KKM perlukan masa kumpul data jumlah pesakit Influenza A - Menteri Kesihatan KKM perlukan masa kumpul data jumlah pesakit Influenza A - Menteri Kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/51568545279_TBMenteriKesihatan.jpg)
KKM perlukan masa kumpul data jumlah pesakit Influenza A - Menteri Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengumpul maklumat berkenaan jumlah pesakit Influenza A di seluruh negara.
![12 murid di Sabah dijangkiti Influenza A setakat ini 12 murid di Sabah dijangkiti Influenza A setakat ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/51579488103_DRMISTIRINERADIN.jpg)
12 murid di Sabah dijangkiti Influenza A setakat ini
Pengarahnya Dr Mistirine Radin berkata, pihaknya sudah memaklumkan perkara itu kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk tindakan lanjut.
![79 pelajar STAR dijangkiti H1N1 dibenarkan pulang 79 pelajar STAR dijangkiti H1N1 dibenarkan pulang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/41555643197_STAR.jpg)
79 pelajar STAR dijangkiti H1N1 dibenarkan pulang
Baki 22 pelajar lagi masih diasingkan di pusat ko-kurikulum sekolah berkenaan.
![12 kes baru Influenza A (H1N1) di STAR Ipoh 12 kes baru Influenza A (H1N1) di STAR Ipoh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/51555594730_influenza.jpg)
12 kes baru Influenza A (H1N1) di STAR Ipoh
Sebanyak 12 lagi kes baru Influenza A atau H1N1 dikesan di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh sehingga Khamis.
![Kementerian tidak terima laporan tiga pelajar dijangkiti H1N1 di Melaka - Dr Subramaniam Kementerian tidak terima laporan tiga pelajar dijangkiti H1N1 di Melaka - Dr Subramaniam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-09/51505720125_Subramaniam.jpg)
Kementerian tidak terima laporan tiga pelajar dijangkiti H1N1 di Melaka - Dr Subramaniam
KKM masih belum menerima sebarang laporan berhubung dakwaan tiga pelajar yang disyaki dijangkiti virus influenza H1N1 di Melaka.
![Aamir Khan dijangkiti selesema babi, dikuarantin bersama isteri Aamir Khan dijangkiti selesema babi, dikuarantin bersama isteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/71479105570_AamirKhan.jpg)
Aamir Khan dijangkiti selesema babi, dikuarantin bersama isteri
Pelakon Aamir Khan dan isterinya Kiran Rao dikuarantin selama seminggu kerana dijangkiti virus Influenza A H1N1.