Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) telah mengesan sampel yang seropositif virus Swine Influenza H1N1 (SIV H1N1) atau selsema babi pada ternakan babi komersial dan babi hutan menerusi program survelan kebangsaan yang dijalankan.
Dalam satu kenyataan pada Rabu, jabatan itu memaklumkan bagaimanapun ternakan babi yang seropositif itu tidak menunjukkan sebarang gejala penyakit serta tidak berisiko untuk menyebarkan jangkitan kepada manusia.
"Keputusan ujian bagi virus novel 2009 H1N1 pandemic (H1N1 pdm09 ) adalah negatif terhadap semua sampel berkaitan," menurut kenyataan itu.
Sehubungan itu, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan melalui DVS dan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia telah mengambil tindakan pencegahan penyakit rentas sempadan daripada memasuki negara dengan melaksanakan pelbagai aktiviti.
Antaranya meneruskan larangan pengimportan babi dan produk babi dari negara terjangkit dan berisiko dijangkiti, aktiviti pencegahan di pintu masuk utama negara yang membabitkan aktiviti pemantauan dan pemeriksaan ke atas babi serta produk babi dari negara berisiko.
Turut dilaksanakan kempen kesedaran awam kepada penternak mengenai penyakit babi di semua negeri dan penternak diminta meningkatkan biosekuriti ladang melalui tindakan pencegahan seperti tidak melawat ladang yang terjangkit.
BACA: Virus selesema baharu dikesan di China, berisiko pandemik
Menurut kenyataan itu, survelan klinikal dan pensampelan terus dijalankan di semua ladang babi komersial dan babi hutan termasuk di pintu masuk negara yang mana sampel diambil akan diuji di makmal DVS.
"Jika terdapat sampel positif, ujian lanjut untuk menentukan strain H1N1pdm09 virus dan G4 EA H1N1 akan dijalankan selain pihak kementerian akan bertindak menyelaras dengan pelbagai agensi penguat kuasa dan pihak berkuasa berkaitan bagi memperkemaskan aspek kawalan bersepadu bagi menghalang kemasukan/penularan penyakit itu," katanya.
Kenyataan itu menyebut industri babi di Malaysia ketika ini mempunyai populasi sebanyak 1,748,547 ekor bernilai RM5 bilion yang diternak di 614 ladang komersial melibatkan kira-kira 5,000 pekerja yang terbabit secara langsung dalam industri ternakan babi.
SIV H1N1 merupakan virus avian influenza yang beradaptasi dan bermutasi menjadi virus babi dan terdapat tiga strain H1N1 yang telah dikenal pasti iaitu SIV H1N1, H1N1pdm09 virus dan G4 EA H1N1.
SIV H1N1 biasa ditemukan pada babi dan sangat endemik dalam kalangan negara pengeluar babi di dunia seperti Amerika, Mexico, dan China yang menyebabkan jangkitan dengan kadar morbiditi tinggi tetapi kematian rendah.
Pada 2009, virus influenza swine subtip yang baharu iaitu novel 2009 H1N1 Pandemic (H1N1pdm09 virus) dijumpai pada manusia di Mexico tetapi dianggap masih kurang berbahaya kerana boleh dikawal melalui pemberian vaksin selesema bermusim H1N1 pada manusia berbanding G4 EA H1N1 yang bersifat lebih patogenik dan berbahaya serta tidak boleh dicegah melalui vaksin sedia ada.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 01 2020
Penternak babi diminta meningkatkan biosekuriti ladang melalui tindakan pencegahan seperti tidak melawat ladang yang terjangkit.
Usaha pencarian di Sungai Padang Terap dihentikan
Difahamkan operasi pencarian jasad Sabari Sungai Padang Terap dihentikan jam enam petang hari ini.
Untuk mendapatkan perkembangan terkini kita terus dari lokasi ... Hadi Che Awang bersedia melaporkan perkembangan.
Untuk mendapatkan perkembangan terkini kita terus dari lokasi ... Hadi Che Awang bersedia melaporkan perkembangan.
Perkasa tatakelola institusi infaq, jangan khianati amanah - Mohd Na'im
Mohd Naim berkata, sebarang bentuk ketidaktelusan dan penyelewengan akan menyebabkan orang ramai hilang kepercayaan terhadap institusi yang terlibat.
Agenda AWANI: Iran serang Israel: Apa selepas ini ?
Israel punca kepada konflik yang semakin memuncak di Asia Barat ketika ini? Serangan Iran ke atas Israel adalah tindak balas terhadap pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh serta pemimpin Hezbollah, Sayyed Hassan Nasrallah? Diskusi bermula 8.30 malam
Penjaja, peniaga berlesen wajib carum PERKESO bermula 1 Jan 2025
Langkah mewajibkan caruman SKSPS terhadap penjaja dan peniaga berlesen bermula 1 Jan tahun depan bertujuan menyediakan sokongan kewangan sekiranya berlaku bencana kerja.
MALBATT di selatan Lubnan selamat
MALBATT 850-11 di Selatan Lubnan, berada dalam keadaan selamat tanpa sebarang kerosakan aset.
GISB, Op Global, Jais, AWANI 7:45
GISB, Op Global, Jais, AWANI 7:45
JAIS tangkap 108 individu disyaki terlibat GISB
Siri tangkapan dijangka berterusan melibatkan suspek-suspek yang disyaki dan telah dikenalpasti berdasarkan risikan, aduan serta maklumat yang diterima oleh Jais.
Tiada usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri
Tan Sri Johari Abdul mengesahkan pihaknya belum menerima usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.
Gaji tertunggak tidak boleh diterima sama sekali
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa organisasi media yang menghadapi isu tunggakan gaji petugas supaya segera menyelesaikan bayaran.
Tekanan di tempat kerja
Tekanan di tempat kerja
Virus selesema babi dikesan pada ternakan, tiada risiko jangkiti manusia - Jabatan Veterinar
Bagaimanapun, ternakan babi yang seropositif itu tidak menunjukkan sebarang gejala penyakit serta tidak berisiko untuk menyebarkan jangkitan kepada manusia.