BERIKUT kenyataan media bersama oleh beberapa badan profesional kesihatan di Malaysia berhubung isu penularan koronavirus yang mencetuskan kebimbangan di seluruh dunia:
SEBAGAI para profesional kesihatan di Malaysia, kami menggesa rakyat Malaysia untuk bertindak secara tenang dan rasional dalam usaha mengekang penularan wabak 2019 nCoV yang berlaku sekarang.
Kami menyatakan sokongan sepenuhnya untuk usaha Kementerian Kesihatan untuk melindungi segenap lapisan rakyat Malaysia, dan kami yakin dengan kepimpinan Kementerian Kesihatan.
Justeru itu, kami menggesa Rakyat Malaysia, ahli politik, rakan-rakan media dan semua pemegang taruh untuk bertindak dengan penuh bertanggungjawab dalam tempoh ini.
Kami memahami kekhuatiran Rakyat tentang kesihatan diri sendiri serta keluarga masing-masing.
Namun pada masa sekarang, langkah yang terbaik adalah untuk kekal bertenang, mendapatkan maklumat sahih dari sumber yang rasmi dan sentiasa mengamalkan langkah berjaga-berjaga yang dinasihatkan oleh Kementerian Kesihatan.
Keupayaan Malaysia untuk mengatasi wabak penyakit adalah terbukti dan diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Daripada rekod, Malaysia menduduki tangga ke-18 dalam Global Health Security Index oleh Johns Hopkins Centre for Health Security, mengatasi Singapura dan Korea Selatan.
British Medical Journal mendapati bahawa Malaysia adalah negara Most Prepared in Health Security. Perkhidmatan kesihatan di Malaysia adalah antara yang terbaik di seluruh dunia.
Ini jelas terbukti apabila para profesional kesihatan di Malaysia berjaya mengatasi ancaman wabak sebelum ini, seperti virus Nipah pada tahun 1998, SARS (2003), H1N1 (2009) dan MERS (2014).
Setiap hari, kami tetap bertungkus-lumus melawan ancaman denggi, tuberkulosis dan HIV, serta pelbagai penyakit serius yang lain.
Para profesional kesihatan Malaysia akan menerajui usaha untuk mengatasi situasi ini.
Malangnya, sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak telah menyebabkan panik apabila berita palsu dan khabar angin disebarkan melalui media sosial.
Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong telah pun menitahkan Rakyat supaya tidak menyebarkan berita palsu atau kontroversi.
Langkah baru akan diambil berikutan perkembangan situasi semasa. Sekatan perjalanan sementara terhadap warganegara Cina tertentu telah pun dikuatkuasakan.
Walau bagaimanapun, ini hanyalah satu langkah untuk mengatasi situasi ini.
Oleh itu, kami menggesa segala Rakyat, ahli politik, rakan-rakan media dan semua pemegang taruh untuk bertindak dengan penuh bertanggungjawab.
Kita mesti bertindak secara tenang, mengamalkan langkah berjaga-jaga yang dinasihatkan, mendapatkan rawatan jika berasa tidak sihat, dan mengehadkan perjalanan di dalam dan luar negara.
Kami menggesa anda untuk mendapatkan maklumat daripada sumber yang sahih, terutamanya daripada Kementerian Kesihatan. Kami menyeru supaya kita menggunakan media sosial secara bertanggungjawab.
Penyebaran berita atau khabar angin yang palsu adalah salah di sisi undang-undang, dan menggugat keberkesanan Kementerian Kesihatan.
Kami sentiasa menghargai keberanian, pengorbanan dan profesionalisme semua doktor, jururawat, ahli farmasi, pembantu perubatan, pakar kesihatan awam, pakar epidemiologi dan ahli sains di Malaysia.
Bersama dengan Kementerian Kesihatan, kita mesti memastikan keselamatan mereka semasa mereka berkhidmat untuk Rakyat.
BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH. Kita akan mengatasi wabak ini sebagai negara yang bersatu dan kekal memelihara perpaduan Malaysia.
Sebagai para profesional kesihatan Malaysia, kami meletakkan sepenuh kepercayaan dan keyakinan kepada kepimpinan Kementerian Kesihatan.
Kami menyeru seluruh Malaysia untuk memainkan peranan masing-masing untuk melindungi semua Rakyat Malaysia.
*Kenyataan media ini dikeluarkan bersama oleh:
Dr Khor Swee Kheng
Tan Sri Dr Jemilah Mahmood
Prof Dato’ Dr Adeeba Kamarulzaman (Dekan Perubatan, Universiti Malaya)
Prof Dr Raja Affendi Raja Ali (Dekan Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia)
Dato’ Dr Zainal Ariffin Bin Omar (Presiden, Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam) Dr Jeffrey Abu Hassan (Presiden, Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMAM))
Dr Abdul Halim Shibghatullah (Yang Dipertua, IKRAM Health Malaysia)
Prof Dr Rosmawati Mohamed (Master, Akademi Perubatan Malaysia)
Mr Amrahi Buang (Presiden, Persatuan Farmasi Malaysia)
Dr N Ganabaskaran (Presiden Persatuan Perubatan Malaysia)
Dr Ahmad Firdaus Mohd Haris (Presiden, Medical Mythbusters Malaysia)
A/Prof Dr Mohammad Husni Jamal (President, Akademi Perubatan Keluarga Malaysia) Pn Sharipah Asiah Syed Junid Aljunid (Presiden, Persatuan Juruwarat Malaysia)
Haji Mustafa Abd Majid (Presiden, Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia)
Kenyataan Media
Tue Jan 28 2020
Rakyat Malaysia digesa untuk bertindak secara tenang dan rasional dalam usaha mengekang penularan wabak 2019 nCoV yang berlaku sekarang. -Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Pengarah hospital Gaza ditahan Israel, kata pihak berkuasa Hamas
Pihak berkuasa kesihatan yang dikawal Hamas di Semenanjung Gaza menuduh tentera Israel menahan seorang pengarah hospital.
Persiapan sambutan ambang tahun baharu 2025 lancar
Beberapa laluan di sekitar Bandaraya Kuching akan ditutup sempena sambutan ambang tahun baharu 2025 akan ditutup bagi memastikan aliran trafik sentiasa terkawal sepanjang acara sambutan ambang tahun baharu 2025 lancar.
Papa Rock teruja beraksi di kaki Gunung Santubong
Penghibur legenda Datuk Ramli Sarip tersentuh apabila diberi peluang untuk menghiburkan peminat rock dalam edisi sulung Konsert Rock In The Jungle yang berlangsung di Kampung Budaya Sarawak.
Kemudahan perubatan utama terakhir di utara Gaza ditutup susulan serangan Israel - WHO
Kemudahan perubatan utama terakhir di utara Semenanjung Gaza, Hospital Kamal Adwan, telah menghentikan operasinya selepas serangan oleh Pasukan Pertahanan Israel (IDF).
Rumah perantaraan beri peluang banduan baiki kehidupan
Satu pejabat parol daerah atau rumah perantaraan diwujudkan di lahad datu bagi menambah kemudahan prospek untuk mengakses perkhidmatan pemulihan dan sokongan diperlukan secara langsung.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) bagi beberapa kawasan di Sabah sehingga 30 Disember 2024.
Ewon mahu terus laksana tugas, enggan layan pertikaian
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah Datuk Ewon Benedick enggan mengulas lanjut mengenai kenyataan pihak yang mempertikai pelantikannya sebagai Pengerusi PH Sabah.
Sabah komited kurangkan kada pengangguran
Inisiatif Kerajaan Sabah memperbanyakkan program pembangunan kemahiran dan latihan industri menampakkan hasil positif apabila kadar pengangguran di negeri itu pada suku ketiga 2024 mencatatkan penurunan.
SOGIP terima RM29.87 pelaburan, mula operasi 2026 dan 2027
Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) yang memperoleh pelaburan kira-kira RM29.87 bilion dijangka mula beroperasi pada 2026 dan 2027.
Thailand, Malaysia sasar perdagangan AS$30 bilion menjelang 2027
Malaysia dan Thailand mengukuhkan hubungan bilateral dengan rancangan bercita-cita tinggi untuk mencapai sasaran perdagangan dua hala sebanyak AS$30 bilion menjelang 2027.
Bersatu menentang koronavirus secara tenang, rasional dan mantap
Justeru itu, kami menggesa Rakyat Malaysia, ahli politik, rakan-rakan media dan semua pemegang taruh untuk bertindak dengan penuh bertanggungjawab dalam tempoh ini.
75 peratus negara di dunia tidak bersedia untuk hadapi ancaman wabak
Indeks Keselamatan Kesihatan Global (GHS) mengambil masa lebih dua tahun untuk dikeluarkan dengan pembabitan lebih 100 penyelidik dari seluruh dunia.