Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sedang menyelaras kerjasama dengan pihak berkuasa China untuk membuat penilaian lebih teratur mengenai strain baharu selesema babi (H1N1) yang dilaporkan merebak dalam kalangan pekerja ladang-ladang babi di China.
"Sistem kami juga mula mengesan wabak ini dan kami sedang mula mengkaji mengenai virus berkenaan," kata pengarah serantau WHO bagi Pasifik Barat, Dr Takeshi Kasai, kepada pemberita pada taklimat media secara maya bersama Forum Ekonomi Dunia-Wilayah Pasifik Barat WHO pada Rabu.
Beliau berkata maklumat semasa yang dimiliki WHO berhubung virus baharu itu tidak mencukupi bagi membolehkan mereka mengambil tindakan lanjut.
"Kami sedang bersiap sedia menghadapi jangkitan influenza, lanjutan kepada COVID-19 ini," kata Kansai.
Strain baharu H1N1 virus selesema babi ketika ini sedang merebak secara beransur dalam kalangan penternak babi di China, dan ia harus dikawal dengan segera bagi mengelak satu lagi pandemik, menurut sekumpulan saintis dalam kajian terbaharu mereka.
H1N1 amat mudah dijangkiti dan merebak di seluruh dunia pada tahun 2009, membunuh kira-kira 285,000 orang dan kini bertukar menjadi selesema bermusim.
Strain baharu, yang dikenali sebagai G4 EA H1N1, biasa dikesan di ladang-ladang babi di China sejak 2016 dan mereplika dengan berkesan dalam saluran udara manusia, menurut kajian yang diterbitkan pada hari Isnin.
Sehingga ini ia telah menjangkiti beberapa orang tanpa menyebabkan penyakit, tetapi pakar kesihatan bimbang ia boleh berubah tanpa sebarang amaran.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 01 2020

(WHO) sedang menyelaras kerjasama dengan pihak berkuasa China untuk membuat penilaian lebih teratur mengenai strain baharu selesema babi (H1N1) yang dilaporkan merebak dalam kalangan pekerja ladang-ladang babi di China. - Reuters

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

China: Pelbagai sektor guna integrasi DeepSeek manfaatkan pemerkasaan AI
Tencent menyatakan pengguna yang dipilih untuk ujian itu boleh mengakses model DeepSeek-R1 secara percuma melalui fungsi carian Weixin AI.

ASEAN perlu melangkaui angka perdagangan dan pelaburan tradisional - PM Anwar
Beliau menegaskan ASEAN tidak harus terhad dalam reaksinya terhadap anjakan global dan sebaliknya, perlu menjadi peneraju.

Malaysia sudah sedia pimpin ASEAN dengan jelas dan yakin - PM Anwar
Anwar berkata kepimpinan bukan tanggungjawab kerajaan semata-mata dan menggesa perniagaan, ahli akademik, usahawan, masyarakat sivil turut berperanan.

China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar
Beijing berharap satu perjanjian damai yang adil, berkekalan dan mengikat mengenai Ukraine dapat dicapai, kata Wang Yi.

China atasi Jepun, mara ke final kejohanan badminton berpasukan campuran Asia
Pasangan Jepun Hiroki Midorikawa dan Natsu Saito menewaskan pasangan China, Gao Jiaxuan dan Wu Mengying untuk memperoleh mata pertama buat Jepun.

Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China
Industri automotif di China dan Eropah mempunyai asas kukuh serta potensi besar untuk bekerjasama, kata Menteri Perdagangan China, Wang Wentao.

China gesa AS tinggalkan mentaliti jumlah sifar
He Yongqian berkata, langkah AS mencerminkan sifat unilateralisme dan perlindungan perdagangan, yang menerima bantahan jelas banyak negara.

China cadang inisiatif kerjasama baharu dengan ASEAN
Cadangan itu dibentangkan pada Rundingan Pegawai Kanan ASEAN-China ke-31 di Bandar Ningbo, China pada Khamis.

Amerika Syarikat mulakan usaha haramkan DeepSeek pada peranti milik kerajaan
AS akhirnya memulakan langkah untuk menggunakan rang undang-undang (RUU) mengharamkan penggunaan aplikasi DeepSeek pada peranti milik kerajaan.

Belanda larang penjawat awam guna DeepSeek
Larangan itu dikenakan oleh Setiausaha Negara bagi Hubungan Kerajaan dan Digitalisasi, Zsolt Szabo, atas alasan kemungkinan aktiviti perisikan.