KUALA LUMPUR: Kerajaan komited terhadap dana permulaan berjumlah RM10 juta yang berperanan sebagai jaminan permintaan kredit karbon dijana Malaysia dan pemula pasaran bagi menyokong usaha negara mencapai matlamat sifar bersih karbon seawal 2050, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata ini memandangkan wujud keperluan untuk menumpukan lagi pelaburan dalam bidang pertumbuhan hijau termasuk teknologi hidrogen, biotenaga dan mobiliti elektrik -- pengupaya pelaksanaan hijau di semua sektor selain menjadi enjin ekonomi pada masa depan.
"Teras dalam penekanan bidang ini adalah untuk memastikan bahawa rakyat Malaysia turut meraih manfaat daripada peralihan pengetahuan serta kemahiran teknologi tinggi sambil mengutamakan usaha penyelidikan dan pembangunan," katanya dalam ucap tama beliau pada program Invest Malaysia 2023, di sini, hari ini.
Perdana Menteri berkata aspek itu juga merupakan antara bidang bagi pembangunan lanjut Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang kini dalam proses dibangunkan semula untuk melibatkan penyertaan sektor swasta secara lebih ketara manakala akademik konvensional pula menyaksikan usaha memperkemas silibus universiti.
"Saya berharap projek-projek dalam bidang ini akan berkembang kepada satu tahap yang membolehkan mereka memanfaatkan Pasaran Karbon Sukarela Malaysia di bawah kendalian Bursa Malaysia," katanya.
Anwar juga menyifatkan Bursa Carbon Exchange (BCX) yang dilancarkan pada Disember lepas sebagai pemangkin utama ke arah mencapai masa depan sifar bersih.
Malah, ini juga merupakan bursa pertama dunia yang menerima perakuan Syariah bagi Bursa Karbon.
"Perniagaan hijau bukan setakat penting bagi kemampanan ekonomi, tetapi juga bagi semua kehidupan serta kualiti berkaitan.
"Malaysia adalah sebuah negara yang diberkati, rumah yang turut menempatkan beberapa hutan hujan tertua dunia manakala lautan kita juga diiktiraf sebagai salah satu lubuk takungan biodiversiti terkaya dunia. Ini semua adalah aset semula jadi anugerah Tuhan dan melindungi serta menghargainya adalah sesuatu yang perlu dilakukan.
"Dari segi aset, kita perlu membangunkan sendiri bidang ini. (Misalnya) menerusi Bank Negara Malaysia, kita akan menyediakan kewangan bagi menyokong syarikat permulaan teknologi hijau selain turut membantu perusahaan kecil dan sederhana melaksanakan amalan karbon rendah," kata beliau.
Mengulas bentuk sokongan dalam bidang tersebut, Anwar berkata ini termasuk Skim Pembiayaan Teknologi Hijau, Elaun Cukai Pelaburan dan Pengecualian Cukai Pendapatan bagi aktiviti layak.
Beliau berkata, dalam membicarakan masa depan alam sekitar dari segi kepentingan untuk bumi serta kualiti hidup sebagai prinsip pemacu, adalah wajar bagi pembangunan serta sokongan lanjut menerusi kewangan Islam -- bidang yang menyaksikan Malaysia sememangnya diiktiraf sebagai peneraju global.
"Kerajaan komited untuk meningkatkan lagi ekosistem kewangan Islam agar ia dapat menjadi pemacu perubahan masyarakat yang sebenar, khususnya menerusi pengoptimuman wakaf.
"Berikutan itu, berkuat kuasa 3 April, 2023, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia memperluas Rangka Kerja Dana Bercirikan Wakaf dengan turut merangkumi Amanah Pelaburan Hartanah Pelaburan (REIT) dan Dana Dagangan Bursa (ETF) Islam," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 08 2023

Anwar berkata ini memandangkan wujud keperluan untuk menumpukan lagi pelaburan dalam bidang pertumbuhan hijau termasuk teknologi hidrogen, biotenaga dan mobiliti elektrik. -Gambar Bernama

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lawatan Anwar ke Bahrain perkukuh hubungan dua hala, jemput ke Sidang Kemuncak ASEAN
Jumlah eksport Malaysia ke Bahrain meningkat 17.4 peratus kepada RM251.2 juta (US$54.8 juta) daripada RM214.0 juta (US$46.9 juta) pada 2023.

Lawatan PM ke Bahrain bakal buka lembaran baharu hubungan diplomatik 50 tahun
Anwar juga dijadual menghadap Raja Bahrain Raja Hamad Isa Al Khalifa yang merupakan satu penghormatan tinggi kepada Malaysia.

Premier Sarawak ucap terima kasih kepada Anwar kerana iktiraf Petros
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengiktiraf Petros.

PM Anwar mahu sekolah jadi tempat selamat, selesa
Beliau menekankan pentingnya tanggungjawab bersama oleh pemimpin, guru, pendidik, dan ibu bapa demi kejayaan anak bangsa, serta mengimbau peranan besar seorang guru dan pendidik.

Thaksin sokong kepimpinan Malaysia terajui ASEAN tangani krisis Myanmar
Bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra menyuarakan keyakinannya terhadap kepimpinan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dalam menyelesaikan konflik Myanmar.

Petronas sumbang lebih RM600 juta dalam aspek pendidikan, modal insan di Sarawak - PM Anwar
Anwar juga mengiktiraf peranan Petros dalam menjana pertumbuhan ekonomi Sarawak, dengan kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

Malaysia kekal pendirian berkecuali, tidak babit dalam saingan kuasa besar - PM Anwar
Anwar berkata Malaysia juga menolak sebarang tekanan ekonomi dan tindakan unilateral yang boleh menjejaskan kestabilan serantau.

ASEAN perlu melangkaui angka perdagangan dan pelaburan tradisional - PM Anwar
Beliau menegaskan ASEAN tidak harus terhad dalam reaksinya terhadap anjakan global dan sebaliknya, perlu menjadi peneraju.