SHAH ALAM: Kerajaan Selangor menafikan dakwaan pemimpin sebuah parti politik yang mengatakan masjid di negeri berkenaan kini semakin sepi dan sambutannya tidak cukup memberangsangkan.
Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal negeri, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, ia adalah reka cerita, dusta, fitnah dan khabar bohong semata-mata untuk raih kepentingan politik.
Menurutnya, umum mengetahui bahawa pentadbiran kerajaan Malaysia sebelum ini telah mengumumkan fasa peralihan pandemik ke endemik COVID-19 bermula tarikh 1 April 2022.
"Hal ini menyebabkan pihak pentadbiran masjid dalam proses memperkasa dan mengimarahkan masjid pascapandemik," katanya dalam satu kenyataan bagi mengulas dakwaan Yang Dipertua Pas Kawasan Bangi, Mohd Shafie Ngah pada Jumaat.
Pada Khamis, Mohd Shafie dalam satu kenyataan mendakwa masjid di negeri berkenaan kini semakin sepi dan sambutannya tidak cukup memberangsangkan malah turut mendakwa kuliah agama di Selangor umpama jasad sakit yang menunggu masa untuk mati.
Dalam pada itu, Zawawi berkata, kerajaan Selangor membelanjakan peruntukan sejumlah RM 1.4 bilion sejak tahun 2019 bagi memartabatkan institusi Islam seperti pembangunan dan pembinaan masjid baharu, pengimarahan masjid dan surau serta memperkasa institusi tahfiz dan sekolah agama.
Berkenaan dakwaan Mohd Shafie berkaitan pengkuliah yang ditarik balik tauliah mengajar di negeri itu pula, Zawawi berkata, mereka yang ditarik balik tauliah mengajar hanya selepas didapati terlibat di dalam politik kepartian secara aktif.
"Sebahagian daripada mereka cuba membawa fahaman Takfiri, Ghuluw (Melampau), terpengaruh dengan fikrah Khawarij yang keras dan radikal.
"Kerajaan negeri Selangor bertanggungjawab untuk menjaga keamanan dan keharmonian masjid dan surau di negeri Selangor melalui undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor di bawah Seksyen 12 (a) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) No. 9 Tahun 1995 iaitu denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.
Hal itu, Zawawi berkata, sejajar dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj iaitu larangan penggunaan masjid dan surau bagi menjalankan program serta ceramah berunsur kepentingan politik kepartian yang dikeluarkan pada 9 Januari 2023.
"Baginda menegaskan supaya masjid kekal bebas daripada unsur kepartian dan merupakan tempat ibadah dan kegiatan ilmu yang harmoni, tenang, ukhuwah dan bersilaturahim.
"Oleh yang demikian, saya melihat dakwaan yang dilemparkan ini tanpa sebarang bukti yang jelas dan tidak berasas sama sekali dan pihak terbabit perlu menarik balik kenyataan tersebut dengan segera," katanya.
Beliau menambah, kerajaan negeri sentiasa komited untuk terus berusaha menjadikan masjid dan surau diimarahkan dengan pelbagai kegiatan kerohanian dan keagamaan sepanjang masa ke arah pembinaan masyarakat madani. -Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jan 20 2023

Mohd Zawawi berkata, ia adalah reka cerita, dusta, fitnah dan khabar bohong semata-mata untuk raih kepentingan politik. -Gambar fail/Bernama

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Ragu kiraan undi, wakil PH Sungai Kandis buat laporan polis
Shaari Abdul Malik berkata beliau hadir membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pada 3.56 petang tadi mewakili Mohd Zawawi Ahmad Mughni yang bertanding di DUN tersebut.

Garis panduan bantu lancarkan proses pendaftaran sekolah agama persendirian - Mohd Zawawi
Kerajaan Negeri Selangor akan mewujudkan satu garis panduan bagi melancarkan proses pendaftaran sekolah agama persendirian di negeri ini yang berdepan beberapa kekangan.

Selangor nafi dakwaan cubaan tutup sekolah agama persendirian
Kerajaan negeri Selangor menafikan tuduhan tidak berasas segelintir pihak yang cuba memburukkan usaha pemutihan sekolah agama persendirian.

PM Anwar tunai solat Jumaat di Masjid An Naim, Kampung Jalan Kebun
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat di Masjid An Naim, Kampung Jalan Kebun di sini.

Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran di Selangor buka tirai
Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Selangor bermula malam tadi dengan penyertaan 14 qari dan empat qariah.

Dakwaan masjid di Selangor semakin sepi satu fitnah - Zawawi
Mohd Zawawi berkata, ia adalah reka cerita, dusta, fitnah dan khabar bohong semata-mata untuk raih kepentingan politik.

JAIS sahkan surat arah kibar bendera separuh tiang
Menurut sumber dalaman agensi berkenaan, surat berkenaan dikeluarkan pada Jumaat kepada masjid dan surau di Selangor.

Pesakit kanser di Selangor boleh mohon pembiayaan sehingga RM5,000
Pesakit kanser di Selangor boleh mendapatkan bantuan pembiayaan rawatan sehingga RM5,000 menerusi program Bantuan Sihat Selangor (BSS).

Rasa kecewa, putus asa hadapi masalah hidup punca hina agama
Perasaan kecewa dan putus asa apabila berhadapan dengan masalah-masalah hidup menjadi antara kemungkinan seseorang bertindak menghina agama.

JAIS rangka garis panduan selaras kadar urus jenazah
Usaha tersebut dirangka bagi memastikan kos pengurusan jenazah lebih seragam dan selaras.