SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang menyediakan Garis Panduan Pengurusan Tanah Perkuburan Islam Negeri Selangor bagi menetapkan kadar pengurusan jenazah di negeri tersebut.
Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, usaha tersebut dirangka bagi memastikan kos pengurusan jenazah lebih seragam dan selaras.
Menurutnya, pihak JAIS mendapat makluman bahawa kadar pengurusan jenazah di Selangor adalah berbeza mengikut masjid, surau serta pihak yang mengendalikan urusan berkenaan.
"JAIS tidak pernah menetapkan sebarang kos pengurusan jenazah di masjid atau yang diuruskan oleh badan bukan kerajaan (NGO).
"Namun, terdapat biro khairat di bawah seliaan masjid atau surau yang menetapkan kadar pengurusan jenazah berbeza antara institusi-institusi berkenaan.
"Terdapat juga masjid dan surau meletakkan yuran khairat kematian yang tinggi atau menggunakan khidmat syarikat insurans bagi menguruskan jenazah jika berlaku kematian," katanya kepada Sinar Harian baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Mohd Zawawi berkata, walaupun JAIS tidak menerima sebarang aduan berkenaan kos mahal untuk menguruskan jenazah, namun perkara tersebut menyukarkan pihak berkenaan memantau penetapan kadar yang berbeza.
Oleh itu, katanya, JAIS sedang memperhalusi garis panduan yang bakal dirangka oleh pihak tersebut bagi menyelesaikan isu perbezaan harga pengurusan jenazah di Selangor.
"Setakat ini, kerajaan Selangor tidak menyalurkan apa-apa sumbangan bagi membantu pengurusan jenazah.
"Namun, waris yang terdiri daripada golongan fakir miskin biasanya akan dibantu oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS), yang mana pihak masjid akan bayar dahulu (kos pengurusan jenazah), kemudian membuat tuntutan dengan LZS.
"Sebab itu, JAIS terus menggalakkan kepada ahli-ahli kariah untuk menyertai khairat kematian masjid kerana mereka yang tidak mampu urus jenazah akan ditanggung oleh biro khairat masjid tersebut," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jul 04 2022

JAIS sedang memperhalusi garis panduan yang bakal dirangka oleh pihak tersebut bagi menyelesaikan isu perbezaan harga pengurusan jenazah di Selangor. - Gambar hiasan

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Ibu meninggal dunia pada hari perkahwinan, anak sayu urus jenazah
Setengah jam selepas diijab kabul, Ika terima berita pemergian ibunya ke rahmahtullah.

Rasuah urus jenazah: Dua penolong pegawai perubatan dipenjara, denda
Mahkamah menjatuhi hukuman penjara dua hari bagi setiap pertuduhan kepada kedua-dua tertuduh dan memerintahkan hukuman itu berjalan secara berturut-turut bermula hari ini.

JAIS rangka garis panduan selaras kadar urus jenazah
Usaha tersebut dirangka bagi memastikan kos pengurusan jenazah lebih seragam dan selaras.

"Dah sembilan jenazah dia mandikan" - Ajak Shiro syukur anak dah pandai urus jenazah
Semoga dipermudahkan buat Jad Thaqif.

Jenazah pesakit COVID-19 pun kami uruskan, semuanya percuma - Sentuhan Setia Kasih
Kos pengurusan jenazah boleh mencecah RM1,000, mungkin kurang, mungkin lebih mengikut lokasi namun dengan Sentuhan Setia Kasih, mereka sediakan semuanya secara percuma.

COVID-19: Berjam-jam pakai PPE di tanah perkuburan antara cabaran urus jenazah
Biarpun terpaksa berpeluh dengan pemakaian PPE, namun 80 petugas Tajhiz sukarela pikul tanggungjawab pengurusan jenazah COVID-19.