KUALA LUMPUR: Keselamatan negara masih di tahap terbaik dan rakyat tidak perlu bimbang, susulan dakwaan wujud ejen perisikan Israel, Mossad, beroperasi di negara ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Perdana Menteri menegaskan, beliau akan mendapatkan laporan terperinci daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad berhubung dakwaan itu.
"Saya belum dapat laporan terperinci daripada MKN dan polis. Saya rasa Ketua Polis Negara sudah membuat kenyataan.
"Kita tunggu selepas saya jumpa Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah MKN dan semua agensi berkaitan. Saya akan dapatkan laporan.
"Tahap keselamatan negara seperti yang dijamin masih baik, jadi harap tidak perlu bimbang," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pesta Mega Penjaja, Peniaga dan Usahawan Kecil Keluarga Malaysia 2022 di Dataran Merdeka di sini, hari ini.
Baru-baru ini, sebuah akhbar melaporkan ejen Mossad beroperasi di negara ini dalam usaha mengesan dan menculik rakyat Palestin yang mereka percaya aset Briged Hamas al-Qassam.
Laporan itu menyebut, Mossad dipercayai merekrut aset tempatan untuk membantu rejim Zionis memburu anggota Hamas di Malaysia, termasuk dalam kes penculikan dua lelaki Palestin dipercayai aset Briged Hamas al-Qassam di ibu negara, baru-baru ini.
Sebelum ini, 18 individu lelaki dan wanita warga tempatan serta warga Indonesia diberkas antara 29 September sehingga 4 Oktober lalu dalam beberapa siri serbuan di Lembah Klang dan Melaka, selepas didakwa terbabit dalam kes culik seorang lelaki warga Palestin di Jalan Yap Kwan Seng di sini, 28 September lalu.
Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim, berkata pihaknya giat berusaha mengenal pasti kemungkinan wujud pembabitan Mossad dalam kes berkenaan.
Astro Awani
Thu Oct 20 2022
Perdana Menteri menjelaskan beliau akan mendapatkan laporan penuh daripada Ketua Polis Negara dan Pengarah MKN. - Gambar fail
PRK Kuala Kubu Baharu: PH amal politik matang kempen dekati pengundi - Saifuddin
Pakatan Harapan (PH) sentiasa mengamalkan budaya politik matang dalam mendekati pengundi pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB).
240 pasukan berentap dalam pertandingan scrabble antarabangsa (ASCI)
ASCI yang merupakan salah satu pertandingan scrabble tertua di malaysia akan turut disertai oleh peserta luar negara antaranya New Zealand, Australia, Indonesia, Hong Kong dan Singapura.
282 jemaah haji Malaysia selamat tiba di Madinah
Seramai 282 jemaah haji yang menaiki penerbangan pertama (KT1) dari Malaysia, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz, di Madinah hari ini.
Liga Super: Usah terburu-buru kejar sasaran - Kim Swee
Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee enggan anak buahnya terburu-buru dan mengejar sasaran tidak realistik pada awal fasa Liga Super musim ini.
[TERKINI] JIWA: Garis Panduan Penggunaan AI
Lakaran Sejarah terbaharu dilakar Astro AWANI sekali lagi, apabila berjaya melancarkan JIWA: sebuah Garis Panduan Penggunaan AI dalam pelaporan berita di dalam program meja bulat di Kuala Lumpur hari ini.
AWANI Ringkas: Sultan Selangor kecewa dengan MFL
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lembu berkeliaran, PBT laksana tangkapan secara agresif
Semua PBT di Negeri Sembilan diarahkan melaksanakan tangkapan lembu secara lebih agresif bagi mengelakkan kemalangan jalan disebabkan binatang ternakan berkenaan.
Bertongkat akibat kanser tulang tidak luntur semangat guru tahfiz tunai haji
Azaha Ahmad hidap kanser tulang sejak berusia 25 tahun dan kaki kirinya terpaksa dipotong sehingga paras lutut.
Kerajaan Johor kaji kadar baharu gaji penjawat awam
Penentuan kadar baharu itu akan dibuat berdasarkan kedudukan kewangan kerajaan negeri.
Sidang meja bulat Astro AWANI satukan pemain industri, memacu kewartawanan AI
Astro AWANI sekali lagi ke hadapan sebagai platform perantara isu yang paling kerap didebatkan dalam masyarakat terutamanya mengenai teknologi kecerdasan buatan (AI).
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.