SEBERANG JAYA: Kebanyakan isu dakwaan berkaitan buruh paksa banyak dikesan berlaku di negara asal atau negara sumber dan ia tidak melibatkan Malaysia.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, Malaysia tidak seharusnya dipersalahkan kerana ia membabitkan ejen di negara tersebut yang bertindak meminta bayaran tinggi sehingga ada yang mencecah jutaan ringgit daripada rakyat mereka yang mahu bekerja di negara ini.
Jelasnya, situasi itu bukan sahaja berlaku di Malaysia semata-mata tetapi turut dihadapi negara-negara lain dan tidak wajar Malaysia dijadikan mangsa keadaan, kerana sememangnya tidak mempunyai pengetahuan berhubung apa yang berlaku di negara sumber tersebut.
Saravanan berkata, beban hutang yang tinggi dalam kalangan pekerja asing tersebut juga antara faktor mengapa mereka sanggup membuat bayaran tinggi kepada ejen terbabit untuk bekerja di Malaysia.
"Kadang-kadang ada industri mereka ini, tidak sedar mereka telah melakukan kesalahan contohnya ada juga aduan yang diterima dimana kesalahan pekerja asing dimana mereka perlu membayar berjuta-juta untuk masuk ke negara ini.
"Ini berlaku di negara sumber dan bukan di Malaysia dan apa yang berlaku di negara tersebut, Malaysia memang tidak ada pengetahuan tetapi akhirnya kita yang menjadi mangsa keadaan , salah satu faktor force labour ini adalah beban hutang (pekerja) di negara tersebut," katanya.
Sehubungan itu, beliau amat berharap semua pihak khususnya pemain industri mengambil serius berhubung amalan buruh paksa tersebut.
Saravanan berkata, Malaysia komited untuk menangani isu berkaitan buruh paksa dan inisiatif yang dianjurkan menerusi forum Pelan Tindakan Nasional Berhubung Buruh Paksa anjuran HRD Corp diharap dapat memberi kesedaran dalam kalangan penggiat industri di negara ini.
Jelasnya, forum itu juga bagi menunjukkan kepada masyarakat antarabangsa berkenaan kesungguhan dan komitmen Malaysia berhubung isu buruh paksa tersebut.
Sementara itu, mengulas mengenai pembekalan pekerja asing dari Indonesia, Saravanan berkata, Malaysia akan memuktamadkan perkara tersebut menerusi memorandum persefahaman (MoU) yang akan ditandatangani antara kedua-dua negara di Bali, Indonesia yang dijangka 17 Mac ini.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Hari Terbuka dan Siri Forum Nasional HRD Corp. bertajuk Pelan Tindakan Nasional Berhubung Buruh Paksa di Seberang Jaya, Pulau Pinang pada Khamis.
Turut hadir ,Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin sebagai ahli panel yang turut dihadiri wakil-wakil kedutaan dan pertubuhan antarabangsa.
Dewi Nur Harasha Alias
Thu Mar 10 2022
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M.Saravanan bercakap pada sidang media selepas merasmikan Hari Terbuka dan Siri Forum Nasional HRD Corp hari ini. - Foto BERNAMA
Pembentangan RUU Pekerja Gig ditangguh, kerajaan setuju perlu tingkat libat urus
Kerajaan bersetuju untuk menangguhkan Rang Undang-undang (RUU) Pekerja Gig yang sepatutnya dibentangkan di Parlimen pada Disember ini.
Pasukan penyelidik Jepun cipta plastik yang terurai dalam air laut
Plastik "supramolekul" itu mempunyai kekuatan tegangan yang setanding dan boleh diproses seperti plastik berasaskan petroleum.
Mahkamah Taiwan arah pembunuh pelajar Malaysia bayar pampasan
Mahkamah Taiwan memutuskan bahawa seorang lelaki tempatan yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh seorang pelajar Malaysia, perlu membayar pampasan.
Protokol ASEAN 5 perluas akses penerbangan, ekonomi antara negara anggota - Loke
Pemeteraian Protokol ASEAN 5 mampu meningkatkan sambungan udara dan perdagangan di rantau ini.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit siap sedia hadapi banjir
60 rumah bangsal dibina sejak sebulan lepas yang dapat menempatkan lebih 1,000 orang sebagai iktibar kejadian banjir besar di Kelantan pada 2014.
Dron pantau polis curi tulang main golf ketika bertugas
JIPS Bukit Aman mula menggunakan dron untuk menyiasat dan pemantauan terhadap warga polis yang 'curi tulang' ketika bertugas termasuk keluar pejabat untuk bermain golf.
Pantau Agenda Reformasi: Mihas@Dubai 2024 | Apa selepas ini?
Ikuti temu bual eksklusif bersama Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkaitan keberhasilan penganjuran MIHAS@Dubai 2024 dan apa perancangannya selepas ini?
Prospek lebih cerah Kerajaan Perpaduan selepas dua tahun memerintah - Mujahid
Prospek Kerajaan Perpaduan untuk tahun mendatang dilihat semakin cerah sejajar kejayaan dicapai kerajaan dalam proses pemulihan ekonomi dan membina imej Malaysia di mata dunia.
PGA rampas ubat-ubatan haiwan diseludup dari Thailand bernilai lebih RM400,000
Anggota pasukan PGA dalam Op Taring Wawasan Kelantan mengesan bungkusan mengandungi ubat-ubatan haiwan di kawasan pangkalan haram semasa.
Inflasi Malaysia catat 1.9 peratus pada Oktober - DoSM
Kadar inflasi Malaysia bagi Oktober 2024 telah meningkat kepada 1.9 peratus, menokok berbanding 1.8 peratus yang dicatatkan semasa September tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
Tok Wan Shaari kongsi pengalaman sembunyi dalam hutan takut askar Jepun
Bersembunyi dalam hutan semata-mata mengelak buruan tentera Jepun yang menjadikan remaja sepertinya sebagai buruh kasar, merupakan pengalaman termahal Shaari Sabu, 96.
Op Pintas Mega: Remaja Myanmar 16 tahun jadi buruh paksa diselamatkan
Seramai 27 pekerja asing warga Myanmar dan China turut ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan.
Lelaki didenda di mahkamah gagal patuhi waktu kerja dibenarkan
Seorang lelaki didenda RM1,800 oleh Mahkamah Majistret pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas pertuduhan gagal mematuhi waktu kerja yang dibenarkan terhadap seorang remaja lelaki berusia 14 tahun.
Polis selamatkan remaja OKU mangsa eksploitasi buruh paksa
Sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah menahan dua lelaki bagi membantu siasatan.
Polis selamatkan tiga lelaki mangsa eksploitasi buruh paksa
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad ketika dihubungi berkata kesemuanya merupakan warga asing yang disyaki orang diperdagangkan.
Remaja jadi buruh paksa, dipantau CCTV
Polis menyelamatkan tiga remaja warga asing berusia 17 tahun yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi buruh paksa di dua kilang, di sini, pada Rabu.
Kilang proses ayam diserbu, majikan abai tanggungjawab
Tiada perakuan penginapan, penyata gaji serta membuat potongan gaji secara tidak sah adalah antara kesalahan yang dikesan dalam Operasi Bersepadu Mega Buruh Paksa dan Pemerdagangan Orang (Op Gegar).
Remaja dihukum jadi buruh paksa 12 tahun kerana tonton K-drama
Pyongyang menghukum dua remaja lelaki menjadi buruh paksa selama 12 tahun, gara-gara menonton drama Korea yang lebih sinonim dengan singkatan K-drama.
Dua buruh paksa mangsa eksploitasi diselamatkan polis
Dua warga asing disyaki dieksploitasi sebagai buruh paksa di sebuah kilang kitar semula barangan terpakai di kawasan Perindustrian Kundang, di sini diselamatkan polis, pada Khamis.
Penghambaan zaman moden: Suri rumah jalani hukuman penjara 10 tahun hari ini
Seorang suri rumah akan mula menjalani hukuman penjara 10 tahun bermula hari ini.