KULIM: Pemilik kira-kira 175,000 kenderaan barangan yang belum mendaftar di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 digesa segera berbuat demikian.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Fuziah Salleh berkata sekiranya pendaftaran dilakukan selepas 30 Jun ini, mereka tidak layak membuat tuntutan pembelian diesel yang dilakukan bagi tempoh 10 Jun lepas hingga akhir bulan ini.
"Ketika ini kenderaan yang layak ada lebih kurang 410,000 kenderaan tapi yang berdaftar di bawah SKDS baru 234,000 kenderaan, jadi maksudnya lebih kurang 175,000 kenderaan masih belum berdaftar untuk mendapatkan Fleet Card Diesel," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Hari Terbuka SKDS 2.0 dan Karnival Kepenggunaan Negeri Kedah di sebuah pasar raya di sini, hari ini.
Beliau berkata pendaftaran SKDS 2.0 masih diteruskan selepas 30 Jun ini dan bagi membantu pemilik kenderaan yang layak mendaftarkan kenderaan masing-masing, kementeriannya telah menganjurkan program Hari Terbuka SKDS 2.0 agar mereka tidak terlepas daripada mendapat manfaat itu.
Ditanya berhubung dakwaan peningkatan harga bahan binaan susulan penyasaran subsidi diesel, Fuziah mengingatkan syarikat dalam sektor berkenaan agar berhati-hati menaikkan harga dan tidak mengambil kesempatan.
Beliau berkata sekiranya syarikat terbabit menggunakan kenderaan barangan yang layak mendapat Fleet Card Diesel, mereka tidak sepatutnya menaikan harga kerana mereka memperoleh subsidi.
"Jadi maksudnya bukan semua barang-barang pembinaan ini termasuk dalam kategori yang boleh naik harga, sebab itu saya kata jangan ambil kesempatan," katanya sambil menegaskan KPDN tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 terhadap kenaikan harga yang tidak wajar.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 28 2024

Fuziah Salleh berkata sekiranya pendaftaran dilakukan selepas 30 Jun ini, mereka tidak layak membuat tuntutan pembelian diesel yang dilakukan bagi tempoh 10 Jun lepas hingga akhir bulan ini. - Gambar fail/Bernama

Hanya 20 peratus pegawai, anggota JBPM Melaka dibenar bercuti Aidilfitri
Hanya 20 peratus daripada 496 pegawai dan anggota JBPM Melaka dibenar bercuti sempena Aidilfitri tahun ini.

Pasangan kekasih ditahan curi ikan tongkol waktu sahur
Pasangan suspek itu turut didapati mencuri telefon bimbit dan tabung gas mangsa sebelum sempat ditahan warga penduduk.

Iftar Muhibbah eratkan ukhuwah merentas agama
Masjid Abidin menganjurkan program itu bagi memberi peluang kepada masyarakat bukan Islam merasai pengalaman berbuka puasa bersama rakan Muslim.

Ukraine sedia berunding secara konstruktif dengan AS di Arab Saudi - Zelenskyy
Zelenskyy berada di Jeddah menjelang pertemuan antara pegawai AS dan Ukraine yang bertujuan mencari jalan menamatkan perang Rusia-Ukraine.

Tak mahu beli baju raya, petanda Aisar Azim akan pergi selamanya - Keluarga
Abangnya berkata Aisar Azim menyatakan hasrat itu beberapa hari sebelum kejadian tanpa disangka ia menjadi tanda perpisahan selamanya.

Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Pada jam pagi, mata wang tempatan pada 4.4200/4275 berbanding dolar AS daripada 4.4200/4235 ketika ditutup semalam.

Lelaki maut kereta langgar pembahagi jalan
Seorang lelaki maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Plaza Tol Putrajaya.
Prestasi S&P 500: Sehingga 11 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
US stock market loses $4 trillion in value as Trump plows ahead on tariffs
President Donald Trump’s tariffs have spooked investors, with fears of an economic downturn driving a stock market sell-off that has wiped out $4 trillion from the S&P 500’s peak last month, when Wall Street was cheering much of Trump's agenda.

Kapal tangki bertembung kapal kargo, cetus kebakaran besar
Insiden itu menyebabkan kebakaran besar dan beberapa siri letupan, memaksa anak kapal meninggalkan kapal masing-masing.

KPDN jumpa syarikat minyak Khamis bincang mekanisme pengeluaran 'fleet card' lebih cepat
KPDN akan bertemu dengan lima syarikat minyak pada Khamis ini bagi mengenal pasti mekanisme pengeluaran 'fleet card' dengan kadar lebih cepat.

Daftar segera SKDS 2.0, elak terlepas tuntutan pembelian diesel - Fuziah
Pemilik 175,000 kenderaan barangan yang belum mendaftar di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 digesa segera berbuat demikian.

Kelulusan serta-merta bagi permohonan lengkap SKDS - KPDN
Syarikat hanya perlu isi maklumat dan pengesahan boleh dibuat melalui integrasi dengan sistem JPJ.

Tiada sebab munasabah sektor logistik naik harga - Amir Hamzah
Tiada sebab munasabah untuk sektor logistik menaikkan harga yang boleh memberi kesan kepada rakyat susulan pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi.

SKDS: Syarikat belum terima fleet card, perlu simpan resit untuk tuntutan balik tunai
Ia bagi membolehkan tuntutan pembayaran balik tunai dibuat kepada Kementerian Kewangan mengikut tatacara permohonan yang akan diumumkan kelak.

Subsidi diesel: Projek SKDS 2.0 diperluas kepada kenderaan barangan bermula esok
Ia melibatkan lori kargo am, lori minuman botol, lori ais, lori luton, lori tangki, lori tangki air, van panel, dan van 'window'.