KUALA LUMPUR: Malaysia bersedia untuk memanfaatkan pendigitalan berikutan keperluan untuk membuat perubahan dilihat ketara semasa pandemik COVID-19, menurut Cyberview Sdn Bhd.
Ketua Bahagian Pembangunan Hab Teknologinya Shafinaz Salim menegaskan mengenai keperluan untuk mendidik perniagaan, terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berhubung penggunaan digitalisasi.
Beliau berkata, terdapat beberapa penyelesaian di peringkat tempatan yang boleh digunakan untuk pendigitalan.
"Malah, bagi kami di Cyberview, apabila kita bercakap tentang tonggak strategi Cyberjaya dari segi bandar pintar, kami berkongsi pengetahuan dan pengalaman kami kepada semua agensi kerajaan mengenai bandar pintar. Terdapat negeri berbeza yang mempunyai keperluan geografi dan pembiayaan yang berlainan, tidak semua mempunyai kelebihan kerana kebanyakannya berada di pinggir bandar atau di kawasan luar bandar.
"Bagaimanapun, kesemuanya teruja untuk memulakannya. Yang penting bagaimana mereka boleh melakukannya. Sebagai permulaan, di manakah mereka boleh mendapatkan bantuan, sesuatu yang tidak perlu mereka lakukan dari awal," katanya semasa program 'Tech Talk for 2021' Cyberview, kali ketiga yang diadakan secara maya hari ini.
Shafinaz berkata demikian ketika ditanya sama ada Malaysia telah bersedia untuk pendigitalan.
Sementara itu, rakan pengurusan Finnext Capital Sdn Bhd Aizat Rahim berkata PKS perlu menguruskan aliran tunai mereka dengan lebih baik dan membuat lebih banyak pelaburan dalam inovasi untuk terus maju.
"Banyak perniagaan berpendapat, ketika mereka mahu melakukan digitalisasi, ia memerlukan pelaburan yang besar...tetapi, ia tidak benar. Penyelesaian teknologi sebenarnya murah, serendah RM5 setiap bulan.
"Mereka perlu melihat apakah penyelesaian yang diperlukan dan pada masa ini juga, kerajaan telah menyediakan banyak insentif. MDEC misalnya, menyediakan geran. Kos untuk menjalankan pendigitalan sebenarnya murah," katanya.
Bagaimanapun, rakan Itxotic Sdn Bhd, Ammar Zolkipli berkata kurangnya kumpulan kemahiran yang sesuai adalah isu jangka panjang yang tidak diselesaikan dengan lebih awal.
"Kekurangan Malaysia adalah set kemahiran. Saya berpandangan, dasar merupakan sesuatu yang tidak kita perkukuh, oleh itu perniagaan tanpa dasar yang teguh, akan cuba untuk melakukan yang termampu untuk terus beroperasi dan tidak mendorong pertumbuhan inovasi.
"Ia hanya memacu pertumbuhan hasil," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 24 2021

Terdapat beberapa penyelesaian di peringkat tempatan yang boleh digunakan untuk pendigitalan. - Gambar hiasan
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

Indonesia, India jalin kerjasama strategik dalam sektor digital
Kerjasama strategik ini merupakan langkah penting yang menyatukan dua kuasa digital di Asia untuk mencipta inovasi yang memberi impak.

IRC 2025 tekankan inovasi, kawal selia dalam era digital
IRC 2025 telah membuktikan bahawa kerjasama mampu menjadi pemangkin penciptaan masa depan yang selamat, inklusif dan mampan.

RM250,000 bagi latihan keusahawanan, digital anak muda Liga Muslim Pulau Pinang - PM Anwar
Kerajaan meluluskan peruntukan awal sebanyak RM250,000 untuk tujuan latihan bidang keusahawanan dan digital untuk anak muda Liga Muslim Pulau Pinang.

'Internet tak laju, PMKS tak maju', Unifi Business tawar solusi pendigitalan
Infrastruktur, kepantasan dan pakej mampu milik Internet memainkan peranan yang cukup penting dalam memastikan PMKS dapat mengembangkan perniagaan, menembusi pelbagai pasaran.

TM sokong keputusan rangkaian 5G kedua, komited terhadap pertumbuhan digital
TM percaya langkah itu akan memacu transformasi digital Malaysia, kesalinghubungan, inovasi dan pertumbuhan ekonomi yang merentasi sektor.

Pengamal media dipelawa bekerjasama cari jalan terbaik depani era digital
Kemunculan kecerdasan buatan dalam industri media tidak seharusnya dilihat sebagai satu ancaman.

'Belanjawan 2025 perlu tumpu pemulihan sistem pendidikan pasca pandemik'
Anuar berkata, antara perkara yang perlu dipertimbang ialah meningkatkan akses pendidikan awal kanak-kanak dan pendidikan digital di sekolah.

Politik stabil, dasar kerajaan tarik minat syarikat global melabur di Malaysia - Gobind
Kestabilan politik dan dasar kerajaan MADANI menarik pelaburan besar, mencipta 25,498 pekerjaan pada separuh pertama 2024.

ASEAN lancar inisiatif celik AI disokong geran Google bernilai AS$5 juta
Inisiatif dipimpin Yayasan ASEAN dan disokong geran AS$5 juta daripada Google.org, dilancarkan pada Forum Peluang AI Asia Tenggara pada Rabu.

Jurang digital dirapatkan dengan CONNECTme, inisiatif e-dagang dan telekesihatan – MEASAT
Teknologi satelit telah digunakan untuk merapatkan jurang digital di kawasan luar bandar yang tidak mempunyai infrastruktur ketersambungan asas.