KUALA LUMPUR: CyberSecurity Malaysia hari ini mengeluarkan amaran berhubung peningkatan ketara insiden ketirisan data peribadi serta penjualannya di laman web tertutup (dark web) dari Januari hingga November tahun ini.
CyberSecurity Malaysia dalam kenyataan di laman Facebook memaklumkan peningkatan tersebut mengandungi Maklumat Pengenalan Peribadi (PII) yang merangkumi nama penuh, alamat tetap, pendapatan isi rumah, nombor kad pengenalan, alamat e-mel, atau nombor telefon mangsa.
"Ketirisan data ini membahayakan organisasi yang bertanggungjawab terhadap PII dan pemilik maklumat peribadi," menurut kenyataan itu.
CyberSecurity Malaysia berkata perlindungan data peribadi serta data sensitif adalah satu keperluan bukan hanya berasaskan undang-undang atau etika, namun juga bertujuan untuk menjaga kepentingan privasi dan peribadi serta reputasi perniagaan.
Kenyataan itu turut memaklumkan organisasi perlu bertanggungjawab dalam mencegah insiden itu dan mengendalikan insiden pendedahan data dengan sewajarnya, selain mematuhi amalan keselamatan terkini, mengenali impak potensi, dan mengambil langkah untuk melindungi data serta mengemas kini sistem secara berkala.
Orang ramai boleh mendapat maklumat lanjut mengenai perkara berkenaan di https://www.mycert.org.my/portal/details.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 11 2023

Ketirisan tersebut mengandungi Maklumat Pengenalan Peribadi (PII) yang merangkumi nama penuh, alamat tetap, pendapatan isi rumah, nombor kad pengenalan, alamat e-mel, atau nombor telefon mangsa. - Foto FB CyberSecurity Malaysia
Tiga pemain ski dikhuatiri maut dalam insiden runtuhan salji
Menurut jurucakap untuk Alaska State Troopers pada Khamis, setakat ini, usaha mencari mangsa yang tertimbus terpaksa ditangguhkan susulan keadaan cuaca yang buruk.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bom jatuh, penduduk gesa penghentian latihan tembakan segera
Menurut wakil penduduk Pocheon, Kang Tae-il, dia juga menyeru pelaksanaan langkah yang konkrit bagi mencegah insiden sedemikian berulang pada masa hadapan.
15 cedera bom mendarat di luar kawasan sasaran
Menurut Angkatan Udara Korea Selatan, daripada jumlah tersebut, dua dilaporkan mengalami kecederaan serius.
AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
AirAsia akan memindahkan perkhidmatan domestiknya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) berkuat kuasa 7 April.
NGO anjur perhimpunan aman Hari Al-Quds
MAPIM menyeru semua yang mempunyai nilai kemanusiaan untuk menyertai perhimpunan Hari Al-Quds Antarabangsa di depan kedutaan Amerika Syarikat pada 28 Mac.
Audit penerima dana USAID, pastikan tiada campur tangan asing
Kerajaan digesa memastikan tiada campur tangan asing dalam urusan politik dan pentadbiran negara menerusi bantuan dana yang disalurkan oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat.
10 Berita Pilihan - (6 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hanya 27 peratus responden tahu sepenuhnya hak kewangan
Tahap kesedaran rakyat mengenai hak kewangan yang boleh dituntut di mahkamah masih rendah, dengan hanya 27 peratus yang mendakwa mereka mengetahui secara menyeluruh mengenai perkara tersebut.
Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham berkaitan 1MDB
Sekatan itu melibatkan wang berjumlah AS$4.5 juta yang didakwa berada di dalam akaun bank Putera Faisal di Riyad Bank, Arab Saudi dan 12 juta unit saham milik Stadlen yang kini dipegang syarikat pengurASan aset di United Kingdom (UK).

Waspada terima panggilan dakwa 'Pegawai Cybersecurity Malaysia'
CSM menegaskan mereka tidak membuat panggilan sedemikian kepada orang ramai.

CyberSecurity rekod 5,181 insiden keselamatan siber setakat Oktober
Sebanyak 5,181 insiden keselamatan siber direkodkan oleh pusat tindak balas insiden keselamatan siber (Cyber999) CyberSecurity Malaysia dari Januari hingga Oktober tahun ini.

Akademi Keselamatan Siber Malaysia mula operasi suku kedua tahun depan
Akademi Keselamatan Siber Malaysia yang dibangunkan oleh CyberSecurity Malaysia (CSM) dijangka mula beroperasi pada suku kedua tahun depan.

Akademi Keselamatan Siber ditubuh untuk tampung lebih 26,000 kekosongan tenaga kerja - Ahmad Zahid
Akademi Keselamatan Siber akan ditubuh bagi menampung lebih 26,000 kekosongan tenaga kerja dalam bidang itu.

Sistem PADU selamat lindungi data pengguna - CSM
Keselamatan sistem PADU juga dipantau secara berterusan oleh agensi kerajaan yang kompeten dan bertauliah.

CyberSecurity Malaysia tingkat kemudahan makmal keselamatan siber, terima pengiktirafan
Kementerian Digital melalui agensinya CSM telah meningkatkan kelengkapan kemudahan makmal keselamatan siber yang turut menerima akreditasi serta pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

Cybersecurity Malaysia meterai MoU dengan CTM360 perangi ancaman siber
CyberSecurity Malaysia menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan CTM360 W.L.L untuk memerangi ancaman siber di Malaysia.

CyberSecurity keluar amaran insiden peningkatan ketirisan data peribadi
CyberSecurity mengeluarkan amaran berhubung peningkatan ketara insiden ketirisan data peribadi serta penjualannya di laman web tertutup.

Malaysia dipilih semula sebagai Ahli Jawatankuasa APCERT bagi penggal 2023-2025
Anugerah APCERT 2023 merupakan pengiktirafan terhadap usaha, kesungguhan dan komitmen negara, dalam menangani ancaman siber di rantau Asia Pasifik.

Cyber999 rekod 3,837 insiden keselamatan siber tahun ini - Teo Nie Ching
Sebanyak 3,837 insiden keselamatan siber direkodkan oleh pusat tindak balas insiden keselamatan siber Cyber999 CyberSecurity Malaysia, dari Januari hingga Ogos tahun ini.