KUALA LUMPUR: CyberSecurity Malaysia (CSM) mengesahkan bahawa Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) selamat untuk melindungi data peribadi pengguna dan menolak kemungkinan integriti data sistem berkenaan berpotensi untuk dikompromi.
Ketua Pegawai Eksekutif CSM Datuk Amirudin Abdul Wahab berkata, pengesahan itu berdasarkan kepada lima faktor iaitu CSM telah melaksanakan penilaian kelemahan keselamatan terhadap Sistem PADU termasuk memberi khidmat nasihat penyelesaian untuk sebarang kelemahan yang ditemui.
"Sistem PADU telah mematuhi keperluan yang ditetapkan pada Dasar Kriptografi Negara, keselamatan sistem PADU juga dipantau secara berterusan oleh agensi kerajaan yang kompeten dan bertauliah," katanya menerusi satu kenyataan pada Jumaat.
Amirudin berkata selain itu, CSM sentiasa memantau pelaporan insiden keselamatan siber yang berkaitan dengan sistem berkenaan dan bersedia untuk bekerjasama dengan semua agensi terlibat bagi memastikan tahap keselamatan siber PADU sentiasa terjamin.
"Ini termasuk pemantauan terhadap laman sesawang gelap bagi mengesan sebarang akses data pengguna yang telah terjejas.
"CSM juga sentiasa bersedia sekiranya diperlukan untuk memantau keselamatan komputer pelayan sistem PADU dan data yang tersimpan dalam komputer pelayan tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah portal berita yang memetik seorang pakar sekuriti siber yang mendakwa pembangunan PADU menggunakan kaedah "lapuk" dan ia boleh menggugat integriti data.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 29 2024

Amirudin berkata CSM sentiasa memantau pelaporan insiden keselamatan siber yang berkaitan dengan sistem berkenaan. - Foto fail/BERNAMA
Tiga pemain ski dikhuatiri maut dalam insiden runtuhan salji
Menurut jurucakap untuk Alaska State Troopers pada Khamis, setakat ini, usaha mencari mangsa yang tertimbus terpaksa ditangguhkan susulan keadaan cuaca yang buruk.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bom jatuh, penduduk gesa penghentian latihan tembakan segera
Menurut wakil penduduk Pocheon, Kang Tae-il, dia juga menyeru pelaksanaan langkah yang konkrit bagi mencegah insiden sedemikian berulang pada masa hadapan.
15 cedera bom mendarat di luar kawasan sasaran
Menurut Angkatan Udara Korea Selatan, daripada jumlah tersebut, dua dilaporkan mengalami kecederaan serius.
AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
AirAsia akan memindahkan perkhidmatan domestiknya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) berkuat kuasa 7 April.
NGO anjur perhimpunan aman Hari Al-Quds
MAPIM menyeru semua yang mempunyai nilai kemanusiaan untuk menyertai perhimpunan Hari Al-Quds Antarabangsa di depan kedutaan Amerika Syarikat pada 28 Mac.
Audit penerima dana USAID, pastikan tiada campur tangan asing
Kerajaan digesa memastikan tiada campur tangan asing dalam urusan politik dan pentadbiran negara menerusi bantuan dana yang disalurkan oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat.
10 Berita Pilihan - (6 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hanya 27 peratus responden tahu sepenuhnya hak kewangan
Tahap kesedaran rakyat mengenai hak kewangan yang boleh dituntut di mahkamah masih rendah, dengan hanya 27 peratus yang mendakwa mereka mengetahui secara menyeluruh mengenai perkara tersebut.
Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham berkaitan 1MDB
Sekatan itu melibatkan wang berjumlah AS$4.5 juta yang didakwa berada di dalam akaun bank Putera Faisal di Riyad Bank, Arab Saudi dan 12 juta unit saham milik Stadlen yang kini dipegang syarikat pengurASan aset di United Kingdom (UK).

Sistem PADU selamat lindungi data pengguna - CSM
Keselamatan sistem PADU juga dipantau secara berterusan oleh agensi kerajaan yang kompeten dan bertauliah.

Tmax pasang Sistem Pengurusan Pangkalan Data Tibero di UiTM
Salah satu keperluan utama UiTM ialah mewujudkan pangkalan data di lokasi alternatif serta perlu mempunyai prestasi yang sama dengan pangkalan data utama UiTM.

Sabah Memilih: Bantuan kepada usahawan tidak menyeluruh - GMB
Beliau berpendapat, kerajaan negeri perlu mempunyai sistem pangkalan data yang memberikan pentakrifan yang jelas agar bantuan diberikan kepada para usahawan dengan mudah.

Jangan rentas negeri, patuh SOP PKPB
Ketika ini, sekatan jalan raya di plaza tol seluruh negara mula dilaksanakan dan orang ramai diharap dapat memberi kerjasama sepenuhnya dengan mematuhi arahan serta SOP yang ditetapkan sepanjang PKPB.