PUTRAJAYA: Malaysia melalui CyberSecurity Malaysia dipilih semula sebagai Ahli Jawatankuasa Pemandu dan Timbalan Pengerusi Pasukan Tindakbalas Kecemasan Komputer Asia Pasifik (APCERT), bagi penggal 2023-2025.
Pemilihan tersebut dibuat pada Mesyuarat Agung Tahunan APCERT yang diadakan secara dalam talian pada Rabu lepas (8 Nov).
CyberSecurity Malaysia dalam satu kenyataan, pada Jumaat memaklumkan, agensi itu turut menerima Anugerah APCERT 2023 pada mesyuarat agung tersebut, apabila diiktiraf sebagai ahli paling aktif dalam memberi sumbangan kepada platform kerjasama tersebut.
Menurut kenyataan itu pemilihan tersebut dibuat berdasarkan pengalaman Malaysia, yang sebelum ini merupakan Pengerusi APCERT selama empat sesi berturut-turut, selepas pemilihan pertama pada 2007.
"Dengan pemilihan ini, CyberSecurity Malaysia akan terus menganggotai Jawatankuasa Pemandu APCERT yang turut dianggotai oleh Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer dari Australia, China, Korea, China, Taipei, Jepun dan Sri Lanka," menurut kenyataan itu.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dalam kenyataan sama berkata, pemilihan Malaysia sebagai Timbalan Pengerusi APCERT, mencerminkan kepercayaan anggota APCERT terhadap kecekapan dan kebolehupayaan CyberSecurity Malaysia, dalam menerajui bidang keselamatan siber di peringkat antarabangsa.
"Anugerah APCERT 2023 pula merupakan pengiktirafan terhadap usaha, kesungguhan dan komitmen negara, dalam menangani ancaman siber di rantau Asia Pasifik," katanya.
CyberSecurity Malaysia merupakan antara pengasas bersama APCERT pada 2002. Agensi itu kekal sebagai ahli jawatankuasa pemandu sejak penubuhannya dan akan berterusan sehingga 2025.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 11 2023

Anugerah APCERT 2023 merupakan pengiktirafan terhadap usaha, kesungguhan dan komitmen negara, dalam menangani ancaman siber di rantau Asia Pasifik. - Gambar hiasan
Tiga pemain ski dikhuatiri maut dalam insiden runtuhan salji
Menurut jurucakap untuk Alaska State Troopers pada Khamis, setakat ini, usaha mencari mangsa yang tertimbus terpaksa ditangguhkan susulan keadaan cuaca yang buruk.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bom jatuh, penduduk gesa penghentian latihan tembakan segera
Menurut wakil penduduk Pocheon, Kang Tae-il, dia juga menyeru pelaksanaan langkah yang konkrit bagi mencegah insiden sedemikian berulang pada masa hadapan.
15 cedera bom mendarat di luar kawasan sasaran
Menurut Angkatan Udara Korea Selatan, daripada jumlah tersebut, dua dilaporkan mengalami kecederaan serius.
AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
AirAsia akan memindahkan perkhidmatan domestiknya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) berkuat kuasa 7 April.
NGO anjur perhimpunan aman Hari Al-Quds
MAPIM menyeru semua yang mempunyai nilai kemanusiaan untuk menyertai perhimpunan Hari Al-Quds Antarabangsa di depan kedutaan Amerika Syarikat pada 28 Mac.
Audit penerima dana USAID, pastikan tiada campur tangan asing
Kerajaan digesa memastikan tiada campur tangan asing dalam urusan politik dan pentadbiran negara menerusi bantuan dana yang disalurkan oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat.
10 Berita Pilihan - (6 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hanya 27 peratus responden tahu sepenuhnya hak kewangan
Tahap kesedaran rakyat mengenai hak kewangan yang boleh dituntut di mahkamah masih rendah, dengan hanya 27 peratus yang mendakwa mereka mengetahui secara menyeluruh mengenai perkara tersebut.
Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham berkaitan 1MDB
Sekatan itu melibatkan wang berjumlah AS$4.5 juta yang didakwa berada di dalam akaun bank Putera Faisal di Riyad Bank, Arab Saudi dan 12 juta unit saham milik Stadlen yang kini dipegang syarikat pengurASan aset di United Kingdom (UK).

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sekatan eksport cip AI AS boleh buka peluang Malaysia perkukuh teknologi tempatan - MITI
Malaysia berpeluang untuk menggalak serta memperkukuh keupayaan tempatan dalam pembangunan teknologi sekiranya Amerika Syarikat (AS) melaksanakan sekatan eksport cip kecerdasan buatannya (AI).

Malaysia gesa pelaksanaan segera perjanjian gencatan senjata
Malaysia menggesa pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata di Gaza, termasuk pertukaran tawanan dan tahanan seperti yang dipersetujui oleh semua pihak.

Cip AI disekat AS: Malaysia nilai sama ada undang-undang telah dilanggar
MITI menegaskan bahawa Malaysia tetap teguh menentang mana-mana individu atau syarikat yang cuba mengelak kawalan eksport atau terlibat dalam aktiviti perdagangan haram.

ASEAN akan adakan rundingan perdagangan dengan AS, GCC, China - Tengku Zafrul
Sidang kemuncak bersama Amerika Syarikat (AS) yang dirancang ASEAN kini sedang dalam peringkat perancangan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Rusia perkukuh hubungan dengan dunia Islam, apa manfaatnya kepada Malaysia?
Menerusi hubungan ini, Malaysia berpotensi meraih manfaat besar dalam sektor aeroangkasa, teknologi, pertanian, keselamatan makanan, perdagangan dan pelaburan.

Permukiman SOCA berlangsung di Desaru, Johor hari ini
Mesyuarat SOCA beri tumpuan kepada pengesahan Strategi Komuniti Sosio-Budaya ASEAN (ASCC) yang dijadualkan untuk diterima pakai semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 pada Mei 2025.

5 faktor penting untuk menjamin dana persaraan mencukupi
Terdapat pelbagai faktor yang perlu diambil kira bagi memastikan dana persaraan mencukupi.

Terminal feri Puteri Harbour bakal sedia perjalanan ke Singapura, pacu pertumbuhan di Iskandar Puteri
UEM Sunrise Berhad tidak menolak kemungkinan bersedia bagi menawarkan perjalanan menerusi laluan air ke Singapura dari Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour dalam masa terdekat.

UEM Sunrise dan firma Singapura, GuocoLand laksana pembangunan dengan GDV RM45 bilion di Iskandar Puteri
UEM Sunrise Berhad buat julung kalinya menjalinkan kerjasama strategik dengan kumpulan hartanah ternama dari Singapura, GuocoLand Limited bagi membangunkan bersama bank tanah terpilih.