KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjangkakan pertambahan 71 peratus jumlah kenderaan di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak berbanding hari biasa sepanjang cuti perayaan sempena Tahun Baharu Cina Ahad ini.
Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk S. Sasikala Devi berkata dianggarkan sebanyak 171,000 kenderaan akan menggunakan lebuh raya itu setiap hari bermula Jumaat ini berbanding purata penggunaan harian iaitu 100,000.
"PDRM akan terus mengatur strategi dan mengambil segala inisiatif bagi memastikan kadar kemalangan jalan raya dapat dikurangkan termasuk memberi fokus kepada penguatkuasaan undang-undang, advokasi dan pencegahan jenayah serta kehadiran polis di lokasi, " katanya kepada pemberita selepas melancarkan Op Selamat-19 Kontinjen Selangor sempena Tahun Baharu Cina di Plaza Tol Gombak hari ini.
Beliau berkata menerusi Op Selamat-17 sempena perayaan Tahun Baharu China tahun lepas, sejumlah 2,810 kemalangan direkodkan dengan 21 kematian berbanding 4,824 kes dan 23 kematian dalam Op Selamat-16 pada 2020.
Sasikala berkata pihaknya turut mengenal pasti enam lokasi hotspot kemalangan dan kesesakan di Selangor iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang Utara, Hulu Selangor, Gombak serta Ampang.
Beliau turut menasihati orang ramai yang ingin pulang supaya mengisi maklumat balik kampung bagi mengurangkan risiko kes pecah masuk rumah.
"Orang ramai boleh hubungi mana-mana balai polis berdekatan atau mengisi borang maklumat balik kampung yang boleh dimuat turun di portal PDRM," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 16 2023
![Cuti Tahun Baharu Cina: Kenderaan di Lebuh Raya KL-Karak dijangka bertambah 71 peratus Cuti Tahun Baharu Cina: Kenderaan di Lebuh Raya KL-Karak dijangka bertambah 71 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61659933020_LebuhrayaKarak.jpg)
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjangkakan pertambahan 71 peratus jumlah kenderaan di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak berbanding hari biasa sepanjang cuti perayaan sempena Tahun Baharu Cina Ahad ini. - Gambar fail/Astro AWANI
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723697210_TBMiti.jpg)
Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
![Operasi Khas Tahun Baharu Cina: JPJ keluarkan lebih 100,000 notis kesalahan Operasi Khas Tahun Baharu Cina: JPJ keluarkan lebih 100,000 notis kesalahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739118151_FadlyRamli.jpg)
Operasi Khas Tahun Baharu Cina: JPJ keluarkan lebih 100,000 notis kesalahan
Notis dikeluarkan hasil pemeriksaan terhadap 429,423 kenderaan dan daripada jumlah itu, sebanyak 724 kenderaan telah disita.
![Ops Tunggak: 182 pemandu, 163 kenderaan ada rekod saman tertunggak Ops Tunggak: 182 pemandu, 163 kenderaan ada rekod saman tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737888105_DatukAedyFadlyRam.jpg)
Ops Tunggak: 182 pemandu, 163 kenderaan ada rekod saman tertunggak
Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli berkata selain itu sebanyak 16 kenderaan dari Thailand telah disita sepanjang tempoh berkenaan.
![Enam maut dalam kemalangan di Semporna-Tawau Enam maut dalam kemalangan di Semporna-Tawau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736693630_NahasKemalanganT.jpg)
Enam maut dalam kemalangan di Semporna-Tawau
Enam termasuk seorang bayi lelaki maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Kalumpang, Semporna-Tawau petang tadi.
![Dua maut, lima cedera dalam nahas tiga kenderaan Dua maut, lima cedera dalam nahas tiga kenderaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51725850694_KemalanganMaut.jpg)
Dua maut, lima cedera dalam nahas tiga kenderaan
Kesemua mangsa diserahkan kepada pihak KKM dan kes kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
![Kereta jenama China akan kuasai satu pertiga pasaran global menjelang 2030 - Kajian Kereta jenama China akan kuasai satu pertiga pasaran global menjelang 2030 - Kajian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71719965750_BYDATTO.jpg)
Kereta jenama China akan kuasai satu pertiga pasaran global menjelang 2030 - Kajian
Jenama kereta China dijangka akan menguasai satu pertiga pasaran global menjelang 2030 dan pada masa itu, mereka akan menjual sembilan juta kenderaan setahun di luar China.
![Seorang maut, 18 cedera dalam letupan bom di Yala Seorang maut, 18 cedera dalam letupan bom di Yala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-07/41562154164_YalaThailand.jpg)
Seorang maut, 18 cedera dalam letupan bom di Yala
Seorang wanita maut manakala 18 lagi termasuk lapan anggota polis cedera dalam letupan bom kereta di Yala, selatan Thailand pada awal pagi Ahad.
![Op Lancar 2024: Hampir 100,000 kenderaan memasuki LPT dalam tempoh dua hari Op Lancar 2024: Hampir 100,000 kenderaan memasuki LPT dalam tempoh dua hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718528879_tbPlazaTol.jpg)
Op Lancar 2024: Hampir 100,000 kenderaan memasuki LPT dalam tempoh dua hari
Sebanyak 91,700 kenderaan menggunakan Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) sepanjang dua hari pelaksanaan Op Lancar Hari Perayaan Aidiladha 2024.
![Pengguna perlu waspada penipuan ketika beli kenderaan terpakai Pengguna perlu waspada penipuan ketika beli kenderaan terpakai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716349668_Kereta.jpg)
Pengguna perlu waspada penipuan ketika beli kenderaan terpakai
Peniaga kereta import terpakai (recond) atau kereta terpakai tempatan seharusnya bersikap jujur, untuk tidak menipu pengguna tentang keadaan sebenar kenderaan.
![Aliran trafik perlahan di beberapa lebuh raya setakat 5 petang Aliran trafik perlahan di beberapa lebuh raya setakat 5 petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712485838_alirantrafik.jpg)
Aliran trafik perlahan di beberapa lebuh raya setakat 5 petang
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan perlahan setakat 5 petang ini, ekoran pertambahan kenderaan sempena cuti Aidilfitri.
![Pengusaha stesen minyak perlu bersedia hadapi peningkatan kenderaan Pengusaha stesen minyak perlu bersedia hadapi peningkatan kenderaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81649434224_YellowNozzle.jpg)
Pengusaha stesen minyak perlu bersedia hadapi peningkatan kenderaan
Pengusaha perlu membuat persediaan awal bagi memastikan bekalan minyak mencukupi bagi kegunaan semua kenderaan.