KUALA LUMPUR: Akibat mencuri barang kemas milik ibunya bernilai RM14,000, seorang wanita dihukum penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Majistret Aina Azahra Arifin menjatuhkan hukuman itu ke atas Bathma Abdullah, 36, yang mengaku bersalah mencuri sepasang loket emas, tiga utas rantai leher emas, tiga bentuk cincin emas, dua loket batu emas dan seutas rantai tangan emas milik ibunya, R. Devi Segar, 57.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Bandar Manjalara, Kepong pada 10 pagi, 13 Mac lepas, mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau boleh dikenakan denda atau kedua-duanya.
Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula hari ini.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nidzuwan Abd Latip memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh memandangkan kesalahan itu serius, namun Bathma yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia tidak bekerja.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 13 2022

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula hari ini. - Gambar hiasan

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Curi barang kemas ibu, wanita dipenjara empat bulan
Akibat mencuri barang kemas milik ibunya bernilai RM14,000, seorang wanita dihukum penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.