Tiada pelancong asing membatalkan lawatan ke Sabah gara-gara Cukai Pelancongan, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Masidi Manjun.
Bagaimanapun, beliau mengakui ada pelancong yang terpaksa membatalkan lawatan ke negeri ini atas faktor ketiadaan bilik hotel semasa tempoh lawatan mereka.
"Pada ketika ini, kita akui bilik hotel atau tempat penginapan di Sabah tidak mencukupi untuk menampung ramai pelancong," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Lajim Ukin (Harapan Rakyat-Klias) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di sini pada Selasa.
Ketika menjawab soalan Dr Edwin Bosi (DAP-Kapayan) berkaitan pendirian negeri berhubung Akta Cukai Pelancongan 2017 yang sepatutnya bermula 1 Julai lepas, Masidi berkata kerajaan Sabah sependapat dengan kerajaan Sarawak yang mahu cukai itu ditangguhkan sehingga 31 Mac tahun depan.
Jelasnya, penangguhan itu selari dengan kontrak membawa pelancong oleh pengendali pelancongan yang akan tamat dan diperbaharui pada Mac setiap tahun.
Beliau berkata, kerajaan kedua-dua negeri, menerusi memorandum yang dipersetujui sebelum ini juga mahu supaya bidang kuasa pelancongan dipulangkan kepada negeri.
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman turut memberitahu dewan bahawa kerajaan juga terpaksa mengambil langkah menasihatkan agensi pelancongan supaya tidak membawa jumlah pelancong yang besar secara sekali gus.
Sebaliknya, agensi berkenaan boleh membawa pelancong ke negeri ini secara berperingkat, tambahnya.
"Pernah seorang ahli perniagaan dari China memberitahu saya, dia mahu membawa 10,000 pelancong ke negeri ini, tetapi saya memintanya supaya membawa dalam jumlah lebih kecil secara berperingkat dan tidak membawa sekali gus.
"Jelas sekali Sabah begitu popular dalam kalangan pelancong dari luar negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 08 2017
MASIDI: "Pernah seorang ahli perniagaan dari China memberitahu saya, dia mahu membawa 10,000 pelancong ke negeri ini, tetapi saya memintanya supaya membawa dalam jumlah lebih kecil secara berperingkat dan tidak membawa sekali gus." - Gambar fail
Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada pukul 9.07 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.56 mata kepada 1,598.76 daripada 1,596.20 pada Isnin.
[TERKINI] PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit. Jumlah agihan dana utama Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat PNB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember itu ialah sebanyak RM10.1 bilion memanfaatkan 11.1 juta pemegang unit ASB.
PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
PNB hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi ASB sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit.
Malaysia negara pertama terima bayaran zakat guna wang kripto
Dengan nilai wang kripto diramal meningkat lagi tahun depan, PPZ-MAIWP mula menerima pembayaran zakat menggunakannya.
Tiket hari kedua konsert genKRU laris terjual dalam 45 minit
Tiket konsert genKRU habis dijual dalam tempoh sejam membuatkan ramai peminat hampa.
Malakoff umum Che Khalib ganti Tajuddin sebagai pengerusi bermula Jan 2025
Che Khalib kini menyandang jawatan Naib Pengerusi Eksekutif Malakoff.
AWANI Pagi: Tangani isu doktor, pakar 'lari' daripada perkhidmatan kerajaan
Awani Pagi 8.30 pagi akan diskusi bersama Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid Syed Junid, Prof Ekonomi, Polisi dan Pengurusan Kesihatan, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, School of Medicine, University, mencari kaedah penyelesaian kepada isu kehilangan doktor pakar dari perkhidmatan kerajaan.
Empat negeri dijangka hujan, ribut petir pada pagi Krismas
Empat negeri melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak dijangka mengalami hujan dan ribut petir pada pagi sambutan Krismas.
Undang Gus Azmi di Festival Darul Ehsan Berselawat cetus perdebatan
Pendakwah muda itu terkenal dengan tabiat merokok serta berani merokok di atas pentas.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh sentimen belian yang lebih baik untuk mata wang tempatan.
Top Glove sedia tangani lonjakan pesanan di AS susulan tarif import sarung tangan China
Ia susulan tindakan negara Amerika Syarikat mengenakan tarif ke atas import sarung tangan getah China pada Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perdagangan dua hala Malaysia-China cecah hampir AS$98 bilion bagi tempoh 11 bulan pertama 2024
Hubungan ekonomi Malaysia-China terus mengukuh, dengan perdagangan dua hala mencecah hampir AS$98 bilion dalam tempoh 11 bulan pertama 2024.
ASEAN-GCC-China gabungan 'segi tiga' berpotensi besar - Mohamad
Ketiga-tiga blok itu mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh dimanfaatkan melalui kerjasama baik.
9 maut dalam kebakaran gudang di timur China
Sembilan individu yang sebelum ini dilaporkan hilang dalam kebakaran yang berlaku di sebuah gudang sejuk beku yang sedang dalam pembinaan di wilayah Shandong, timur China telah ditemukan maut.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Trump lantik bekas Senator David Perdue sebagai Duta AS ke China
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump pada Khamis mengumumkan pelantikan bekas Senator David Perdue sebagai duta Amerika Syarikat ke China.
Jumlah pengguna produk AI generatif di China cecah 230 juta
Jumlah pengguna produk kecerdasan buatan (AI) generatif di China mencecah 230 juta pada Jun 2024, mencerminkan penggunaan meluas teknologi berkenaan dalam pelbagai industri di negara itu.
Beijing catat penurunan kes HIV baharu
Beijing mencatatkan penurunan membabitkan kes HIV/AIDS baharu sepanjang 10 bulan pertama 2024, menurut pihak berkuasa kesihatan perbandaran pada Ahad.
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN komited selesai isu Laut China Selatan
Malaysia komited untuk menyelesaikan sebarang isu berkaitan Laut China Selatan secara konstruktif dengan menggunakan forum dan saluran diplomatik yang sesuai sebagai Pengerusi ASEAN tahun hadapan.