KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yakin semua penjawat awam bersedia untuk menerima teguran daripada semua pihak termasuk pemimpin kerajaan dan menyelesaikan setiap permasalahan yang mungkin timbul.
Presiden Cuepacs Datuk Adnan Mat berkata setiap pandangan terhadap penjawat awam bertujuan untuk memperbaiki atau menambah baik sesuatu perkara yang mungkin terdapat kelemahan.
"Cuepacs menerima dengan hati yang terbuka setiap teguran yang dibuat oleh semua pihak termasuk pemimpin-pemimpin kerajaan kepada penjawat awam dalam perkara berkaitan menambah baik mutu penyampaian perkhidmatan awam," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau juga menasihatkan para pemimpin agar bertindak sebagai satu pasukan yang sentiasa melengkapi kerana pemimpin dan penjawat awam sentiasa memerlukan antara satu sama lain.
"Jika terdapat kelemahan dalam mutu perkhidmatan, tegur dan nasihatlah secara berhadapan. Ia suatu perkara yang wajar dan boleh diterima.
"Tidak perlu sesuatu teguran itu disusuli dengan rakaman yang kemudiannya dimuat naik ke dalam sosial media hanya semata-mata untuk memberi makluman bahawa kita sudah membuat kerja dengan baik," katanya.
Adnan berkata tindakan untuk merakam dan memuat naik sesuatu perkara atau permasalahan yang timbul bukanlah suatu tindakan yang tepat dan sesuai, apatah lagi sekiranya ia dilakukan oleh pemimpin daripada kerajaan yang turut mempunyai jawatan.
"Jika ada kelemahan tegurlah secara berhemah dengan saluran yang betul dalam mencari solusi persefahaman yang terbaik. Tidak perlulah menjadikan semua perkara sebagai bahan kandungan sosial media yang akhirnya memburukkan lagi keadaan," katanya.
Beliau berkata pihaknya berharap agar semua pihak tidak menjadikan sedikit kelemahan itu sebagai peluang untuk meraih populariti tetapi bersama-sama untuk menyelesaikan sesuatu perkara yang timbul.
"Cuepacs beri jaminan kepada penjawat awam akan terus kekal memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan negara. Cuepacs menyeru semua penjawat awam sentiasa meletakkan tanggungjawab dan amanah yang diberikan sebagai keutamaan yang tertinggi," katanya.
Sebelum ini, tular di media sosial yang memaparkan Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau Dr Muhamad Akmal Saleh menempelak tindakan Jabatan Agama Islam Melaka yang tidak menyelesaikan isu pembelian kerusi meja dalam bilik darjah kepada murid sekolah agama di sebuah daerah negeri itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 18 2024
Presiden Cuepacs Datuk Adnan Mat berkata setiap pandangan terhadap penjawat awam bertujuan untuk memperbaiki atau menambah baik sesuatu perkara yang mungkin terdapat kelemahan. - Gambar fail/BERNAMA
Bumitra, TH anjur Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan pada 3-5 Jan 2025
Karnival bakal berlangsung di Movenpick Hotel Convention Centre KLIA di Sepang, Selangor, dengan menyasarkan kehadiran 20,000 pengunjung.
Capital A dijangka keluar daripada status PN17 menjelang suku pertama 2025 - Fernandes
Pelan tersebut, antara lain, termasuk pengurangan modal RM6 bilion, namun tidak akan menjejaskan kekerapan penerbangan atau manfaat pekerja.
Indonesia komited percepat tubuh pusat kawalan jerebu rentas sempadan
Hanif berkata pengoperasian pusat penyelarasan itu tertangguh kerana menunggu pemeteraian perjanjian oleh Thailand, Vietnam dan Filipina.
Israel pamer rampasan senjata di selatan Lubnan
Kolonel Nadav Shoshani menyebut, terdapat begitu banyak senjata tersebut yang berasal dari Iran dan dibawa melalui Syria.
Rundingan bebaskan tebusan capai kemajuan - Netanyahu
Netanyahu mendakwa tekanan ketenteraan kini menyebabkan kumpulan Hamas semakin berlembut dalam hal tuntutan mereka.
AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Pelan itu juga memudahkan integrasi dalam proses transformasi sektor air bagi memacu Malaysia sebagai hab utama pelbagai sektor dalam kalangan negara serantau.
London bakal menjadi ibu kota sukan wanita pada 2025 - Datuk Bandar Sadiq Khan
Final Piala Dunia Ragbi Wanita di Twickenham pada 27 Sept akan menjadi kemuncak kepada siri acara menarik yang diadakan di bandar raya itu.
Lelaki ditahan, 2 OKU mangsa pemerdagangan diselamatkan
Seorang lelaki tempatan berusia 67 tahun ditahan polis dalam operasi khas berkaitan kes pemerdagangan orang di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor.
PJH tidak dibenarkan iklankan promosi visa mujamalah
Agensi pelancongan yang telah menerima lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) daripada Tabung Haji (TH) tidak dibenarkan membuat sebarang promosi berkaitan visa mujamalah atau furada semasa musim haji.
PDRM laksana OP lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan melaksanakan Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan depan sempena musim perayaan dan cuti akhir tahun persekolahan.
CUEPACS gesa kerajaan bina lebih banyak rumah mampu milik penjawat awam
Datuk Adnan Mat berkata ini bagi membantu golongan berkenaan terutama mereka yang berpendapatan rendah untuk memiliki kediaman.
Dasar Peluang Kedua: Penjawat awam bankrap diseru perbaiki kesihatan kewangan
Peluang keemasan buat penjawat awam yang mempunyai masalah keberhutangan yang tinggi untuk menyusun semula kewangan dan meningkatkan mutu hidup.
Pencen penjawat awam: Cuepacs harap masih ada ruang perbincangan
Cuepacs berharap masih terdapat ruang perbincangan antara pihaknya dengan kerajaan sebelum dasar baharu pengambilan penjawat awam secara tetap tetapi tidak berpencen, dilaksanakan.
Cuepacs saran tempoh bayaran pinjaman dipanjangkan, elak rakyat muflis
Langkah itu wajar dilaksana bagi membolehkan jumlah bayaran balik pinjaman lebih rendah sekali gus membantu rakyat yang berdepan isu kos sara hidup.
Perbincangan dengan Cuepacs Isnin ini - Mohd Zuki
Dijangka turut menyentuh soal desakan kongres tersebut yang meminta kerajaan supaya segera menunaikan tuntutan berkaitan gaji penjawat awam.
Dakwaan pengambilan, kenaikan pangkat berasaskan kaum tuduhan berat - Cuepacs
Perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok itu adalah cubaan untuk mempolitikkan perkhidmatan awam.
Etika berpakaian wajar dipraktikkan - Cuepacs
Wajar dipraktikkan oleh semua pihak yang berurusan dengan mana-mana organisasi tidak kira jabatan kerajaan mahupun swasta.
Cuepacs cadang kerajaan wujud pengkhususan khas jawatan warden
Lantikan warden berkenaan bagi membolehkan anggota penjawat awam menjalankan tugas sebagai warden secara sepenuh masa.
Jangan mansuh cuti tahunan petugas barisan hadapan yang tidak dihabiskan - Cuepacs
Cuepacs mohon kerajaan supaya memberi pertimbangan ke atas cuti yang tidak dihabiskan semasa berhadapan pandemik.
Cuepacs harap pelantikan PM baharu tamatkan sengketa politik dalam kalangan pemimpin
Cuepacs juga katanya memohon agar Perdana Menteri menstrukturkan semula setiap kementerian supaya fungsinya lebih tersusun dan terkoordinasi.