Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa kerajaan mempercepat pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia (SSM) baharu berikutan sistem saraan masa kini telah digunakan sejak 18 tahun lepas, kata Presidennya Adnan Mat.
"Sepatutnya kerajaan mengadakan sistem saraan setiap lima tahun dan dalam tempoh itu gaji penjawat awam perlu dilihat semula. Cuepacs rasa perkara ini perlu dilaksanakan dengan segera oleh pihak kerajaan," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan sijil penghargaan Cuepacs bagi petugas barisan hadapan di sini, hari ini.
Adnan berkata perkara itu perlu dipercepatkan ekoran penetapan gaji minimum penjawat awam yang digunakan ketika ini adalah RM1,200 sebulan, berada di bawah paras Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) iaitu RM2,208.
Sementara itu, beliau berkata Cuepacs menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai penggunaan sistem kerajaan elektronik (e-kerajaan) sebagai satu penambahbaikan dalam sektor perkhidmatan awam.
"Kita juga sambut baik apabila kerajaan juga tidak berhasrat untuk mengurangkan jumlah 1.62 juta penjawat awam sedia ada dan bilangan pekerja ini adalah munasabah untuk negara yang memiliki lebih 32 juta penduduk.
"Sektor utama iaitu kesihatan, polis, tentera dan pendidikan adalah wajib wujud, sama ada ketika negara ini aman atau sebaliknya," katanya sambil menambah ketika ini jumlah penjawat awam untuk empat sektor utama berkenaan mencecah 1.1 juta.
Menurut Adnan, penjawat awam sedia ada perlu dikekalkan kerana penting untuk mendekati rakyat dalam perkara tertentu yang tidak boleh dilakukan sistem e-kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 07 2020

Adnan berkata perkara itu perlu dipercepatkan ekoran penetapan gaji minimum penjawat awam yang digunakan ketika ini adalah RM1,200 sebulan. - Gambar fail/BERNAMA

Kanak-kanak maut, dua kereta bertembung
Kemalangan berlaku ketika keluarga mangsa cuba memotong kenderaan lain tetapi bertembung dengan sebuah Honda dari arah bertentangan.

Ancaman siber: Kementerian Pertahanan teliti keperluan wujud angkatan siber khusus
Dalam usaha mempercepat pemodenan ketenteraan bagi menghadapi ancaman tidak dijangka, Kementerian Pertahanan sedang meneliti keperluan mewujudkan angkatan siber khusus.
Lebih 140,000 kenderaan sehari dijangka guna WCE
Lebuh Raya Persisiran Pantai Barat (WCE) bakal dibanjiri lebih 140,000 kenderaan sehari menjelang cuti Sambutan Aidilfitri minggu depan.
Remaja lelaki didakwa cuba bunuh bekas teman wanita
Seorang remaja lelaki mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan di Mahkamah Sesyen, Sungai Petani, selepas didakwa cuba membunuh seorang penuntut perempuan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) 17 Mac lalu.
Mahkamah tolak bantahan awal Najib terhadap permohonan semakan
Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari ini menolak bantahan awal Datuk Seri Najib Razak terhadap permohonan Peguam Negara untuk mendapatkan kebenaran merayu keputusan Mahkamah Rayuan memulakan prosiding semakan kehakiman berhubung Titah Adendum.

PDRM keluar 5,113 permit jual bunga api, mercun sempena Aidilfitri - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan 5,113 permit untuk penjualan bunga api dan mercun bagi tempoh 1 hingga 11 Mac, sempena perayaan Aidilfitri.

OIC beri amaran rancangan usir rakyat Palestin, kecam usaha halalkan penempatan Israel
OIC mengecam sekeras-kerasnya keputusan Kabinet Israel yang meluluskan pemisahan 13 penempatan haram di Tebing Barat sebagai langkah awal ke arah mengiktirafnya secara sah sebagai koloni Israel.
AWANI Ringkas: 'Mail boxes' lokasi edar dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Guru suruh murid pulang ke China: KPM jalankan siasatan dalaman
Tindakan seorang guru yang didakwa menyuruh pelajarnya 'pulang ke China' kerana kurang fasih berbahasa Melayu sedang disiasat Kementerian Pendidikan (KPM).

AS jadi pengantara rundingan gencatan senjata Rusia-Ukraine di Arab Saudi
Amerika Syarikat akan mengadakan rundingan berasingan dengan delegasi Rusia dan Ukraine di Arab Saudi pada Isnin.

Penjawat awam wanita disaran ambil SKSSR - Presiden Cuepacs
Katanya, walaupun penjawat awam wanita menerima gaji dan bekerja sepanjang hari, mereka juga main peranan penting sebagai suri rumah.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

Kerajaan diminta pertimbang isu kontrak 30,000 kakitangan tiada SPM ditamatkan
Cuepacs meminta kerajaan mempertimbangkan keputusan kerajaan tidak menyambung perkhidmatan 30,000 kakitangan kontrak yang tidak memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kakitangan Suhakam tidak teruskan piket, Cuepacs akan runding cari penyelesaian
Cuepacs akan mengadakan rundingan dengan Suhakam bagi mencari penyelesaian terbaik, berkaitan tuntutan dan permasalahan dihadapi kumpulan pekerja suruhanjaya itu.

Penjawat awam diingatkan jangan tambah hutang baharu - Cuepacs
Cuepacs mengingatkan ahlinya agar tidak menambah hutang baharu sejurus menerima kenaikan gaji pertama Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) berkuatkuasa hari ini.

Belanjawan 2025: Cuepacs seru penjawat awam tingkat komitmen perbaiki sistem penyampaian
Penjawat awam diharap memberi komitmen penuh dalam memastikan iltizam kerajaan untuk menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat, dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Penubuhan badan berkanun bertindih peranan perlu dikawal - Cuepacs
Penubuhan badan berkanun yang menyebabkan pertindihan fungsi perlu dikawal segera, apatah lagi jika diwujudkan semata-mata untuk meletakkan 'orang politik' dalam badan tersebut.

Henti budaya fitnah, hormat institusi perkhidmatan awam - Cuepacs
Cuepacs menggesa penggiat media sosial supaya tidak membuat tuduhan palsu dan tidak berasas mengenai institusi perkhidmatan awam hingga memberi gambaran tidak baik kepada penjawatnya.

Pelarasan gaji: Kerajaan hargai pengorbanan, dedikasi penjawat awam - Cuepacs
Penjawat awam berasa dihargai apabila kerajaan melakukan pelarasan gaji melalui pengenalan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Amalan tatakelola baik penjawat awam mampu tingkat mutu perkhidmatan - Cuepacs
Usaha berterusan dalam meningkatkan tatakelola itu juga mampu mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan dan institusi awam.