KUALA LUMPUR:Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), menggesa kerajaan agar pemberian one-off sebanyak RM500 kepada petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan (KKM), diperluaskan kepada lebih ramai petugas barisan hadapan di kementerian terbabit serta agensi lain yang terlibat.
Presidennya Adnan Mat berkata, sehingga kini petugas barisan hadapan memainkan peranan yang cukup besar dalam menyekat penularan COVID-19, terutama dari segi aspek sokongan, keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang.
"Peranan petugas barisan hadapan ketika ini lebih sukar dalam membendung wabak ini, kerana tiada sekatan sepenuhnya seperti dahulu, apabila kerajaan terpaksa seimbangkan kepentingan ekonomi dan keselamatan rakyat.
"Selain daripada tugas hakiki masing-masing, pertambahan tugas juga sudah tentu membebankan emosi dan fizikal petugas barisan hadapan. Oleh itu, kerajaan wajar memberi pertimbangan atas penat lelah dan pengorbanan kesemua petugas barisan hadapan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Jumaat lepas, Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan pemberian one-off sebanyak RM500, yang akan memanfaatkan 100,000 petugas barisan hadapan KKM, bagi menghargai jasa mereka di bawah Belanjawan 2021.
Adnan berkata, jumlah 100,000 petugas KKM yang dimaklumkan dalam Belanjawan 2021, tidak meliputi kesemua petugas barisan hadapan di kementerian terbabit.
Justeru, katanya, Cuepacs mencadangkan agar petugas barisan hadapan bukan KKM diberikan one-off sebanyak RM300.
"Lebih tujuh bulan ke semua petugas barisan hadapan ini berjuang tangani COVID-19, sehingga ramai dalam kalangan mereka sendiri dijangkiti virus tersebut. Sebaik sahaja sembuh, mereka ini telah ditugaskan semula sebagai petugas barisan hadapan.
Apatah lagi ketika ini peningkatan kes yang begitu mendadak, dengan kewujudan kluster-kluster baharu setiap hari sehingga memaksa kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan, pada hampir seluruh negara," katanya.
Sementara itu, Adnan berkata Cuepacs juga memohon KKM untuk memastikan bekalan peralatan perlindungan untuk petugas barisan hadapan, seperti kelengkapan perlindungan diri (PPE) dan cecair pembasmi kuman mencukupi dan dihantar segera ke semua fasiliti kesihatan di seluruh negara.
"Cuepacs menerima beberapa aduan daripada petugas barisan hadapan, yang memaklumkan bekalan yang diberikan tidak mencukupi hingga memaksa mereka menggunakan inisiatif sendiri, untuk memperolehinya.
"Jika petugas barisan hadapan ini tidak dibekalkan dengan peralatan keselamatan yang mecukupi, ia boleh mendedahkan petugas kesihatan bekerja dalam risiko jangkitan yang tinggi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 09 2020

ADNAN: Cuepacs juga memohon KKM untuk memastikan bekalan peralatan perlindungan untuk petugas barisan hadapan, seperti PPE dan cecair pembasmi kuman mencukupi dan dihantar segera ke semua fasiliti kesihatan. - Gambar fail

Kanak-kanak maut, dua kereta bertembung
Kemalangan berlaku ketika keluarga mangsa cuba memotong kenderaan lain tetapi bertembung dengan sebuah Honda dari arah bertentangan.

Ancaman siber: Kementerian Pertahanan teliti keperluan wujud angkatan siber khusus
Dalam usaha mempercepat pemodenan ketenteraan bagi menghadapi ancaman tidak dijangka, Kementerian Pertahanan sedang meneliti keperluan mewujudkan angkatan siber khusus.
Lebih 140,000 kenderaan sehari dijangka guna WCE
Lebuh Raya Persisiran Pantai Barat (WCE) bakal dibanjiri lebih 140,000 kenderaan sehari menjelang cuti Sambutan Aidilfitri minggu depan.
Remaja lelaki didakwa cuba bunuh bekas teman wanita
Seorang remaja lelaki mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan di Mahkamah Sesyen, Sungai Petani, selepas didakwa cuba membunuh seorang penuntut perempuan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) 17 Mac lalu.
Mahkamah tolak bantahan awal Najib terhadap permohonan semakan
Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari ini menolak bantahan awal Datuk Seri Najib Razak terhadap permohonan Peguam Negara untuk mendapatkan kebenaran merayu keputusan Mahkamah Rayuan memulakan prosiding semakan kehakiman berhubung Titah Adendum.

PDRM keluar 5,113 permit jual bunga api, mercun sempena Aidilfitri - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan 5,113 permit untuk penjualan bunga api dan mercun bagi tempoh 1 hingga 11 Mac, sempena perayaan Aidilfitri.

OIC beri amaran rancangan usir rakyat Palestin, kecam usaha halalkan penempatan Israel
OIC mengecam sekeras-kerasnya keputusan Kabinet Israel yang meluluskan pemisahan 13 penempatan haram di Tebing Barat sebagai langkah awal ke arah mengiktirafnya secara sah sebagai koloni Israel.
AWANI Ringkas: 'Mail boxes' lokasi edar dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Guru suruh murid pulang ke China: KPM jalankan siasatan dalaman
Tindakan seorang guru yang didakwa menyuruh pelajarnya 'pulang ke China' kerana kurang fasih berbahasa Melayu sedang disiasat Kementerian Pendidikan (KPM).

AS jadi pengantara rundingan gencatan senjata Rusia-Ukraine di Arab Saudi
Amerika Syarikat akan mengadakan rundingan berasingan dengan delegasi Rusia dan Ukraine di Arab Saudi pada Isnin.

Penjawat awam wanita disaran ambil SKSSR - Presiden Cuepacs
Katanya, walaupun penjawat awam wanita menerima gaji dan bekerja sepanjang hari, mereka juga main peranan penting sebagai suri rumah.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

Kerajaan diminta pertimbang isu kontrak 30,000 kakitangan tiada SPM ditamatkan
Cuepacs meminta kerajaan mempertimbangkan keputusan kerajaan tidak menyambung perkhidmatan 30,000 kakitangan kontrak yang tidak memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kakitangan Suhakam tidak teruskan piket, Cuepacs akan runding cari penyelesaian
Cuepacs akan mengadakan rundingan dengan Suhakam bagi mencari penyelesaian terbaik, berkaitan tuntutan dan permasalahan dihadapi kumpulan pekerja suruhanjaya itu.

Penjawat awam diingatkan jangan tambah hutang baharu - Cuepacs
Cuepacs mengingatkan ahlinya agar tidak menambah hutang baharu sejurus menerima kenaikan gaji pertama Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) berkuatkuasa hari ini.

Belanjawan 2025: Cuepacs seru penjawat awam tingkat komitmen perbaiki sistem penyampaian
Penjawat awam diharap memberi komitmen penuh dalam memastikan iltizam kerajaan untuk menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat, dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Penubuhan badan berkanun bertindih peranan perlu dikawal - Cuepacs
Penubuhan badan berkanun yang menyebabkan pertindihan fungsi perlu dikawal segera, apatah lagi jika diwujudkan semata-mata untuk meletakkan 'orang politik' dalam badan tersebut.

Henti budaya fitnah, hormat institusi perkhidmatan awam - Cuepacs
Cuepacs menggesa penggiat media sosial supaya tidak membuat tuduhan palsu dan tidak berasas mengenai institusi perkhidmatan awam hingga memberi gambaran tidak baik kepada penjawatnya.

Pelarasan gaji: Kerajaan hargai pengorbanan, dedikasi penjawat awam - Cuepacs
Penjawat awam berasa dihargai apabila kerajaan melakukan pelarasan gaji melalui pengenalan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Amalan tatakelola baik penjawat awam mampu tingkat mutu perkhidmatan - Cuepacs
Usaha berterusan dalam meningkatkan tatakelola itu juga mampu mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan dan institusi awam.