Akibat enggan memenuhi kemahuan cucu yang meminta wang untuk membeli dadah, seorang nenek di sini maut ditikam bertubi-tubi oleh cucunya itu.
Mallina Udin, 75, mati di tempat kejadian dengan 12 kesan tikaman pada tubuhnya dipercayai oleh suspek yang juga seorang penagih dadah tegar menggunakan senjata tajam yang kemudian ditembak mati polis.
Ketika dijumpai mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah dan ditutup dengan kain sejadah serta diletakkan Surah Yassin di dadanya.
Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M.Chandra berkata kejadian berlaku di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Lok Urai di Pulau Gaya di sini, malam tadi.
"Sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan daripada orang awam kira-kira 7.10 malam," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini, hari ini.
Katanya ketika polis tiba di lokasi, suspek berada berdekatan dengan mangsa sambil memegang sebilah parang dan gergaji serta berada dalam keadaan agresif.
Chandra berkata polis mengambil masa kira-kira 1 jam 45 minit memujuk suspek menyerah diri namun dia bertindak agresif sehingga memaksa polis melepaskan beberapa das tembakan untuk mempertahankan diri.
Suspek berumur 27 tahun yang terkena tembakan di badan, tangan dan kaki mati di tempat kejadian.
Menurut Chandra, mangsa dan suspek tinggal serumah bersama lima orang lagi yang dipercayai telah melarikan diri meninggalkan mangsa dan suspek selepas kejadian itu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
MESTI TONTON: [VIDEO] Seorang penganggur tikam ibu bapa direman
MESTI TONTON: [VIDEO] Lelaki kejam tikam bekas tunang
MESTI TONTON: [VIDEO] Dua beradik ditahan tikam bapa tiri
MESTI BACA: Isteri ditikam suami 20 kali akibat cemburu
MESTI BACA: Pasangan suami isteri ditikam anak angkat
Bernama
Mon Oct 19 2015

Polis menunjukkan foto suspek dan mangsa dalam kes bunuh melibatkan senjata tajam. -Foto Bernama

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Akaun bank kosong, penagih cuba pecah mesin ATM untuk beli dadah
Seorang lelaki ditahan hari ini bagi membantu siasatan cuba memecahkan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebuah bank di sini, disyaki akibat terdesak untuk membeli dadah.

Lelaki dipenjara sebulan, didenda RM6,000 curi baju Melayu
Curi baju dan jual semula untuk beli makanan dan dadah.

Lelaki curi barang farmasi, jual semula untuk beli dadah
Suspek datang ke farmasi pada 22 Feb dan mencuri beberapa barangan yang disembunyikan di dalam topi keledar.

Keji! Ibu gamak jual anak untuk beli alat solek
Media tempatan melaporkan ibu muda itu ditahan bersama dua 'pembeli' tersebut atas kesalahan pemerdagangan kanak-kanak.

Cucu tikam nenek bertubi-tubi sebab tidak beri wang beli dadah
Mallina Udin, 75, mati dengan 12 kesan tikaman pada tubuhnya dipercayai oleh suspek yang juga seorang penagih dadah tegar.