Wanita dikenali sebagai Yu itu 'meletakkan harga' anak perempuannya berusia 19 bulan sebanyak 50,000 yuan (RM31,138) dan wang itu kemudiannya digunakan untuk membeli kosmetik pada hari sama.
Media tempatan melaporkan ibu muda itu ditahan bersama dua 'pembeli' tersebut atas kesalahan pemerdagangan kanak-kanak.
Urusan jual beli itu terbongkar selepas Yu membuat laporan polis tentang kehilangan anaknya di stesen kereta api.
Ketika siasatan dijalankan, polis mendapati wanita tersebut menerima wang itu yang dipindahkan ke dalam akaun banknya pada hari anaknya 'hilang'.
Yu akhirnya mengaku membuat laporan palsu untuk mengelakkan keluarganya tahu tentang perbuatannya.
People's Daily Online melaporkan Yu bersama anaknya, Huahua ke Zhengzhou di wilayah Henen pada pagi 20 Mei lalu.
"Dia kemudiannya menjual HuaHua kepada dua suspek sindiket pemerdagangan manusia dikenali sebagai Wei dan Li di stesen kereta api Zhengzhou.
"Mereka meminta wang tersebut dipulangkan dengan tambahan 10,000 yuan (RM6,227) untuk menyerahkan semula HuaHua. Ketika mereka bertemu, polis bertindak segera memberkas Wei dan Li serta menyelamatkan budak tersebut," jelas laporan tersebut. - Daily Mail
BACA: Pornografi kanak-kanak: Demi RM90, ibu gamak jual anak untuk berlakon video lucah
BACA: Jual anak sendiri untuk beli iPhone, lelaki dipenjara tiga tahun