IPOH: Polis mengesahkan dakwaan kejadian cubaan culik seorang murid sekolah rendah berusia sembilan tahun di Taman Pinji Mewah, di sini, seperti yang tular di media sosial baru-baru ini, adalah palsu.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, siasatan mendapati murid berkenaan sengaja mereka cerita kerana terpengaruh dengan video tular kejadian culik yang berlaku di luar negara.
Beliau berkata, terdahulu pasukan siasatan khas yang ditubuhkan telah menemu bual lima saksi, termasuk rakan murid berkenaan, pengawal keselamatan dan pemandu van.
"Kita dapati bahawa cerita ataupun laporan yang mengatakan kanak-kanak ini cuba diculik adalah tidak benar. Kanak-kanak ini telah mereka-reka cerita kepada ibunya.
"Dia melihat video kejadian-kejadian... video-video lama yang telah ditularkan dalam aplikasi media massa seperti WhatsApp, Telegram dan sebagainya... kes di luar negara, ada kanak-kanak ditangkap, kanak-kanak diculik dan juga jual organ.
"Jadi terpengaruh dengan benda itu, dia mereka cerita kepada ibunya dan ibunya telah membuat laporan polis. Kita telah panggil (siasat) untuk tahu apa tujuan dia berbuat demikian, dia kata nak tengok cara bagaimana polis ambil tindakan," katanya.
Beliau bercakap dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di Ipoh, pada Selasa.
Beliau turut mengesahkan bahawa van putih yang didakwa digunakan penculik sebenarnya adalah kenderaan yang digunakan untuk membawa pekerja.
Pada Isnin, Mohd Yusri berkata, polis menubuhkan pasukan siasatan khas susulan kejadian itu yang tular di media sosial, baru-baru ini.
Pada Ahad, seorang pengguna Facebook telah memuat naik hantaran di laman sosialnya mendakwa ada kejadian cubaan melarikan seorang murid sekolah rendah di Taman Pinji Mewah pada 23 September lalu.
Dalam hantaran berkenaan, lelaki itu yang dipercayai bapa murid berkenaan, mendakwa anak perempuannya hampir menjadi mangsa culik apabila didatangi seorang lelaki sebelum ‘dipelawa’ dengan gula-gula ketika berada di hadapan sekolahnya.
Dia mendakwa, anaknya telah ditarik oleh lelaki berkenaan sebelum kanak-kanak itu bergelut dan berjaya melepaskan diri selepas menggigit anggota badan lelaki tersebut.
Dia juga mendakwa individu itu sempat melarikan diri dengan menaiki sebuah van putih yang terletak kira-kira 20 meter dari lokasi anaknya berada.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Sep 27 2022
![Cubaan culik disah palsu, murid reka cerita kerana terpengaruh video tular - Polis Cubaan culik disah palsu, murid reka cerita kerana terpengaruh video tular - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81664274233_TBYUSRIHASSAN.jpg)
Mohd Yusri berkata, siasatan mendapati murid berkenaan sengaja mereka cerita kerana terpengaruh dengan video tular kejadian culik yang berlaku di luar negara. - Foto BERNAMA
![Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721123744_tokandadah.jpg)
Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar
Polis menahan dua lelaki dan merampas dua pucuk pistol serta pelbagai jenis dadah dalam dua tangkapan di Taman Lam Foong, di Alor Setar.
![Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719354914_Destroyedbuildings.jpg)
Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB
Beliau berkata tahap pertempuran dan kemusnahan yang melampau di Gaza tidak dapat difahami dan tidak boleh dimaafkan.
![Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721121786_MuhyiddinYassin.jpg)
Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin
Muhyiddin memberitahu bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary.
![Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712376317_TujuanForensik.jpg)
Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas
Gen HNF4A (Hepatocyte Nuclear Factor 4 Alpha) didapati akan berhenti berfungsi pada tubuh pesakit kanser pankreas.
Pantau Agenda Reformasi: Potensi dan cabaran percambahan e-Sukan di Malaysia
Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Selangor
merangkap Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Selangor
E-Sukan mampu mencetak nama Malaysia di pentas dunia. Memahami potensi, kekangan dan peranan yang perlu dimainkan semua pihak dalam melahirkan lebih ramai pemain E-Sukan yang berjaya, seterusnya menyokong pembangunan industri E-Sukan negara.
SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024
merangkap Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Selangor
E-Sukan mampu mencetak nama Malaysia di pentas dunia. Memahami potensi, kekangan dan peranan yang perlu dimainkan semua pihak dalam melahirkan lebih ramai pemain E-Sukan yang berjaya, seterusnya menyokong pembangunan industri E-Sukan negara.
SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024
Jualan kereta di Malaysia diunjur cecah 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) melakukan semakan semula berkaitan sasaran jumlah keseluruhan industri (TIV) kepada 765,000 unit berbanding unjuran awal 740,000 unit untuk 2024. Semakan dibuat disokong oleh persekitaran ekonomi yang positif dan jumlah tempatan tertunggak yang masih berada pada tahap yang baik
Kementerian Digital cari kaedah kurangkan kos pelaksanaan sistem e-invois
Kerajaan sedang mencari kaedah mengurangkan kos pelaksanaan sistem e-invois untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) selepas sistem itu diwajibkan untuk semua perniagaan pada 1 Julai 2025
Perbelanjaan pengguna dijangka meningkat tahun ini
Perbelanjaan Pengguna Malaysia dijangka meningkat sepanjang tahun ini
dengan unjuran sebanyak RM904.6 bilion, ketika proses pemulihan ekonomi menunjukkan kemajuan pada ketika ini.
dengan unjuran sebanyak RM904.6 bilion, ketika proses pemulihan ekonomi menunjukkan kemajuan pada ketika ini.
![Suspek bunuh Nur Farah Kartini dibawa ke lokasi kejadian Suspek bunuh Nur Farah Kartini dibawa ke lokasi kejadian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721123609_lokasi.jpg)
Suspek bunuh Nur Farah Kartini dibawa ke lokasi kejadian
Suspek kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Selangor.
Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi
Penambahbaikan aspek perundangan akan diteliti kerajaan, termasuk mengadakan perbincangan dengan beberapa kementerian berkaitan dalam masa terdekat, bagi memperketatkan undang-undang berkaitan buli siber.
![Tiada unsur cubaan culik berlaku di Telok Panglima Garang - Polis Tiada unsur cubaan culik berlaku di Telok Panglima Garang - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41663512256_TBLOGOPOLISGENERIC.jpg)
Tiada unsur cubaan culik berlaku di Telok Panglima Garang - Polis
Siasatan awal polis mendapati tiada sebarang cubaan culik berlaku di sebuah stesen minyak di Telok Panglima Garang, Kuala Langat sebagaimana yang ditularkan dalam media sosial.
![Tiada cubaan culik murid sekolah di daerah Gombak - Polis Tiada cubaan culik murid sekolah di daerah Gombak - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61660379418_LogoPDRM.jpg)
Tiada cubaan culik murid sekolah di daerah Gombak - Polis
Hasil siasatan terperinci polis mendapati, tiada cubaan culik seperti yang dilaporkan berlaku di tiga sekolah rendah di daerah Gombak.
![Cubaan culik disah palsu, murid reka cerita kerana terpengaruh video tular - Polis Cubaan culik disah palsu, murid reka cerita kerana terpengaruh video tular - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81664274233_TBYUSRIHASSAN.jpg)
Cubaan culik disah palsu, murid reka cerita kerana terpengaruh video tular - Polis
Polis mengesahkan dakwaan kejadian cubaan culik seorang murid sekolah rendah berusia sembilan tahun di Taman Pinji Mewah, di sini, seperti yang tular di media sosial baru-baru ini, adalah palsu.
![Cubaan culik: Polis minta Lufya bawa anak ke balai untuk rakam keterangan Cubaan culik: Polis minta Lufya bawa anak ke balai untuk rakam keterangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61656413006_TBlufyaomar.jpg)
Cubaan culik: Polis minta Lufya bawa anak ke balai untuk rakam keterangan
Polis meminta penyanyi Lufya Omar, membawa anak perempuannya ke balai polis untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan cubaan menculik yang didakwa berlaku.
![Tiada laporan cubaan culik kanak-kanak seperti ditular - Polis Negeri Sembilan Tiada laporan cubaan culik kanak-kanak seperti ditular - Polis Negeri Sembilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/81645008875_culikkanakkanak.jpg)
Tiada laporan cubaan culik kanak-kanak seperti ditular - Polis Negeri Sembilan
Video memaparkan dua lelaki bermotosikal dan lengkap memakai topi keledar cuba menculik dua kanak-kanak yang sedang bermain di sebuah rumah yang dipercayai dijadikan taska.
![Tiada cubaan culik pelajar di Dungun - Polis Tiada cubaan culik pelajar di Dungun - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/41560991443_Kidnapped.jpg)
Tiada cubaan culik pelajar di Dungun - Polis
Menurut polis, wanita itu hanya menegur murid berkenaan dan tidak berlaku kejadian murid itu ditarik keluar dari kawasan sekolah.
![Bergurau tak kena tempat, dakwaan diculik van putih rupanya palsu Bergurau tak kena tempat, dakwaan diculik van putih rupanya palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/61564560741_TBCULIKANGURAUPOLIS.jpg)
Bergurau tak kena tempat, dakwaan diculik van putih rupanya palsu
Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata remaja tersebut membuat laporan awal pagi tadi, namun polis mengesan keterangannya mencurigakan dan didapati palsu.
![Tiada cubaan culik pelajar sekolah di Melaka - Polis Tiada cubaan culik pelajar sekolah di Melaka - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/61444376494_Kidnapped.jpg)
Tiada cubaan culik pelajar sekolah di Melaka - Polis
Polis ada menerima laporan berhubung cubaan culik berkenaan namun hasil siasatan serta soal siasat terhadap pembuat laporan dan individu yang didakwa cuba diculik mendapati kejadian itu tidak wujud.