Seorang remaja berusia 13 tahun membuat laporan palsu mengaku dirinya nyaris diculik seorang lelaki bertopeng yang menaiki van putih di belakang Flat Hijau di Bandar Baru Kubang Kerian di sini semalam semata-mata mahu bergurau dengan rakannya.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata remaja tersebut membuat laporan awal pagi tadi, namun polis mengesan keterangannya mencurigakan dan didapati palsu.
“Remaja tersebut bercerita dengan menggambarkan kejadian (cubaan culik) seolah-olah benar-benar berlaku.
“Polis kemudian menjalankan siasatan namun mendapati perkara tersebut tidak berlaku serta tidak wujud kejadian seperti mana yang didakwa remaja itu,” katanya kepada pemberita, hari ini.
Semalam tular di laman sosial seorang remaja luka belakang kaki kanan mendakwa dirinya diseret seorang lelaki bertopeng bersenjatakan pisau dalam cubaan menculiknya di belakang Flat Hijau, Bandar Baru Kubang Kerian, di sini malam tadi.
Kejadian digambarkan berlaku pada 7.30 malam ketika dia menunggang basikal bersendirian dari rumah rakan untuk pulang ke rumahnya di lokasi berdekatan sebelum bajunya ditarik lelaki tidak dikenali.
Dakwanya, dia bagaimanapun berjaya melepaskan diri sebelum membuat laporan di Balai Polis Kubang Kerian mendakwa dirinya cuba diculik.
Abdul Rahim berkata, susulan itu, pelajar berkenaan sudah diambil keterangan dan mengaku bahawa dia hanya bergurau dengan rakan sekolah tanpa menyedari ia telah ditular.
“Kejadian itu tular di aplikasi WhatsApp sejak malam tadi yang membuatkan ibu bapa dan masyarakat risau dengan keselamatan anak-anak mereka.
“Laporan palsu yang dibuat boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara enam bulan atau denda hingga RM2,000 atau kedua-dua sekali,” katanya.
Beliau turut mengingatkan masyarakat supaya tidak menyebar berita palsu sebaliknya mendapatkan kepastian dahulu daripada polis tentang sesuatu sebelum ditularkan.
“Menyebarkan berita palsu menyebabkan individu itu berdepan dakwaan mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada bergantung kepada bentuk penyebaran.
“Saya menasihatkan masyarakat supaya tidak membuat laporan polis palsu sewenang-wenangnya kerana itu adalah satu kesalahan undang-undang serta menyusahkan pihak polis menyiasat perkara yang tidak benar selain meresahkan orang ramai,” katanya.
Sinar Harian
Wed Jul 31 2019

Dakwaan seorang remaja kononnya diculik lelaki dalam van putih rupanya palsu, kata Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud (gambar kecil) -Foto Sinar Harian
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

COVID-19: Lelaki dikompaun berbual tidak pakai pelitup muka
Lelaki itu ditahan pihak berkuasa semasa pemantauan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan di kawasan berkenaan.

Suspek tunjuk kemaluan ditahan
Suspek berusia 29 tahun ditahan dan pemeriksaan mendapati dia tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Polis kesan tiga lelaki bergaduh di kedai makan
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata video mengenai kejadian itu tular di media sosial pada Jumaat.

Wanita murung terjun jambatan berjaya diselamatkan
Tindakan pekerja kantin berusia 29 tahun itu disedari orang awam yang menggunakan laluan itu pada jam 1.50 pagi.

Lompat ke bawah lori sampah, pemuda maut digilis
Polis memaklumkan, berdasarkan siasatan awal, mangsa mempunyai rekod kesihatan di sebuah klinik psikiatri di Kota Bharu.

Lumba haram kereta mewah, 3 ditahan
Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata ketiga-tiga individu berusia dalam lingkungan 30-an itu ditahan sekitar jam 8 hingga 9 malam tadi.

Bergurau tak kena tempat, dakwaan diculik van putih rupanya palsu
Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata remaja tersebut membuat laporan awal pagi tadi, namun polis mengesan keterangannya mencurigakan dan didapati palsu.

Memandu di tapak jualan, wanita dakwa diserang di bazar Ramadan
Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, wanita berusia 40 tahun itu mengakui mengalami kerugian RM5,000 apabila cermin kereta dan kenderaan yang dipandunya pecah dan rosak.