KOTA BHARU: Rakyat di Kelantan diminta mengehadkan sebarang aktiviti luar berikutan cuaca panas yang sedang melanda negara ketika ini, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin.
Beliau berkata cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia yang boleh mengundang kesan terhadap kesihatan daripada tahap sederhana sehingga membawa maut akibat strok haba.
Katanya, semua lapisan masyarakat berisiko menjadi mangsa cuaca panas terutamanya mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar, kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah, penghidap penyakit sistem penafasan, penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan tiroid selain orang dewasa yang berumur 40 tahun ke atas.
"Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian tebal dan ketat yang boleh menghalang haba keluar daripada penyejatan dan pengeringan peluh sekali gus mengundang kepada sakit kepala, keletihan, lemah tumpuan, pening, lemah otot-otot atau kekejangan, selain mual dan muntah.
"Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma)," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Mengulas lanjut, Dr Zaini berkata antara cara untuk mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau ialah minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang dilakukan dan jangan tunggu sehingga berasa dahaga.
"Selain itu, masyarakat diminta berada di dalam rumah atau bangunan, selain kerap berehat, mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan termasuk pakai pakaian yang ringan, berwarna terang dan longgar.
"Elakkan minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi dan berada di dalam kereta yang tertutup serta bersenam pada cuaca panas," katanya.
Sebelum ini, tular di media sosial mengenai kematian dua kanak-kanak iaitu seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang meninggal dunia di Klinik Kesihatan Balai, Bachok dan seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun tujuh bulan dari Kampung Kota, di sini, meninggal dunia Selasa lepas yang dikaitkan akibat strok haba.
Menurut laman web rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), suhu di Kelantan hari ini hingga Khamis depan mencecah 34 darjah Celsius.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 28 2023

Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia yang boleh mengundang kesan terhadap kesihatan daripada tahap sederhana sehingga membawa maut akibat strok haba. -Gambar hiasan/Astro AWANI

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Wanita gugur tuntutan mahkamah terhadap Mike Tyson atas kesalahan rogol
Seorang wanita yang menuduh Mike Tyson merogolnya dalam limosin pada 1991 telah menggugurkan tuntutan mahkamah terhadapnya.
Pantau Belanjawan: Sejauh mana kesediaan Malaysia untuk peralihan kepada tenaga nuklear?
Sekurang-kurangnya lapan protokol atau konvensyen penting yang ditetapkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) perlu ditandatangani dan disahkan sebelum Malaysia dapat meneroka penggunaan tenaga nuklear untuk penjanaan elektrik. Apakah langkah yang telah diambil, dan apakah cabaran yang kekal dalam memenuhi piawaian nuklear antarabangsa? Kupasan lanjut bersama Felo Utama, Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM, Prof. Dr. Ahmad Fariz Mohamed.

Malaysia perkukuh rantaian bekalan semikonduktor bersama negara ASEAN - Liew
Malaysia tidak berhasrat untuk bersaing dengan negara jiran atau negara anggota ASEAN lain dalam usaha memperkukuh rantaian bekalan terutama dalam sektor semikonduktor di rantau ini.

Cuaca panas diramal tidak seteruk tahun lepas - Nik Nazmi
Pada masa ini, negara berada dalam fasa akhir Monsun Timur Laut yang dijangka berakhir pada pertengahan bulan ini.

Pastikan tubuh kekal terhidrat elak strok haba - Pakar
Masyarakat perlu memastikan tubuh kekal terhidrat bagi mengelakkan risiko dehidrasi dan strok haba.

PBT dicadang papar nombor kecemasan di bazar Ramadan - Dr Dzulkefly
PBT dan pengurusan bazar diingatkan supaya memastikan kemudahan kecemasan dapat diakses segera jika berlaku kejadian tidak diingini.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu, Cuaca Kering diadakan 5 Mac ini
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam akan mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu dan Cuaca Kering yang turut disertai Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan pada 5 Mac ini.

Cuaca panas, kering landa utara Semenanjung, Pahang dan Kelantan hingga Mei
Cuaca panas dan kering dijangka melanda kebanyakan tempat terutamanya di kawasan utara Semenanjung termasuk Perak serta Pahang dan Kelantan bermula bulan ini sehingga Mei.

China catat tahun paling panas pada 2024
Bacaan purata kebangsaan pada 2024 adalah 10.9 darjah Celsius, 1.01 darjah Celsius melebihi purata tahunan.

Cuaca panas Tahap 1 di tiga kawasan - MetMalaysia
Tiga kawasan itu ialah Kemaman, Terengganu, Maran, Pahang dan Limbang, Sarawak.

Cuaca panas di semenanjung tempias Taufan Trami
Fredolin berkata, Malaysia didominasi fasa kering Ayunan Madden-Julian yang menghalang perolakan dan mengurangkan pembentukan awan dan penurunan hujan.

Tujuh kawasan di Semenanjung alami cuaca panas sekurang-kurangnya tiga hari
Larut, Matang dan Kuala Kangsar (Perak), Gombak dan Petaling (Selangor), Wilayah Persekutuan Putrajaya serta Maran dan Temerloh di Pahang merupakan kawasan yang terlibat.