KUALA LUMPUR:Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyifatkan gelombang ketiga COVID-19 di Malaysia sebagai lebih mencabar.
Jelasnya, ia berikutan penularan COVID-19 di beberapa kluster di Kedah dan Sabah disahkan mempunyai Mutasi D614G yang lebih mudah merebak dan mempunyai kebolehjangkitan yang tinggi.
Namun, Dr Noor Hisham berkata Kementerian Kesihatan (KKM) lebih bersedia menghadapi gelombang kali ini dan telah membuat persiapan lengkap lebih awal.
"Sememangnya gelombang ketiga ini lebih mencabar memandangkan COVID-19 yang menular di beberapa kluster di Kedah, Sabah telah disahkan oleh Makmal IMR mempunyai Mutasi D614G yang lebih mudah merebak dan mempunyai kebolehjangkitan yang tinggi," katanya dalam sidang media mengenai perkembangan semasa COVID-19 pada Jumaat.
BACA: COVID-19: Tiga kluster baharu dikenal pasti
BACA: COVID-19: 6 kematian, 354 kes baharu dilaporkan hari ini
BACA: Kes baharu COVID-19 masih tiga digit: Ini lima tumpuan sidang media KKM
Pada masa sama, katanya kebanyakan kes telah dikesan dalam penjara di Sabah dan kedah yang telah menyumbang jumlah besar kes dalam gelombang ketiga.
"Meskipun terdapat kes di luar penjara, ia tidak setinggi kes yang dikesan kluster-kluster berkaitan dengan iaitu Kluster Op Benteng Lahad Datu dan juga Op Tembok," tambahnya.
Bagaimanapun, kes dalam penjara masih terkawal kerana Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran dijalankan bagi memastikan ia tidak merebak ke komuniti.
Dari segi kesiapsiagaan, pada awal penularan kes COVID-19 di negara ini, Malaysia hanya mempunyai 23 makmal dengan keupayaan 1,000 ujian harian dijalankan.
Namun, kapasiti keupayaan itu berjaya ditingkatkan setakat ini.
"Hari ini kita ada 60 makmal dan keupayaan maksimum lebih 41,000 ujian harian. Setakat ini, kita menggunakan 51 peratus daripada kapasiti sedia ada," katanya lagi.
Dari segi fasiliti kesihatan dan perubatan, KKM juga dilihat lebih bersedia dan ada kapasiti.
"Kita boleh tambah pengalaman kita dengan untuk tambah pusat kuarantin dan risiko rendah dan tambahan katil di hospital dan ICU.
"Kita juga sudah lengkap dengan peralatan bantuan pernafasan untuk dihantar ke Sabah dan kapaiti PPE dan pemakaian atau kepenggunaan diguna pakai," ujarnya lagi.
Astro Awani
Fri Oct 09 2020
Dr Noor Hisham berkata Kementerian Kesihatan (KKM) lebih bersedia menghadapi gelombang kali ini dan telah membuat persiapan lengkap lebih awal. - Gambar fail
Purata gaji naik RM56 setahun, apa sudah jadi?
Ketua Pegawai Eksekutif THE FUTURE, Prof. Madya Dr. Mohd Yusof Saari mengulas laporan KRI yang mendedahkan gaji pekerja di Malaysia tidak tumbuh dengan signifikan dalam tempoh 10 tahun lalu.
Strok haba: APM tidak kurangkan sesi latihan
Bagaimanapun, sesi latihan akan disesuaikan mengikut keadaan cuaca bagi mengurangkan risiko.
AWANI Pagi: Selamatkah kita di dalam dunia kecerdasan buatan?
Bersempena sambutan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia pada 17 Mei bertemakan inovasi digital dan kemampanan pembangunan, AWANI Pagi bawakan topik menarik mengenai keselamatan di dalam dunia kecerdasan buatan.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Tiga daerah di Perak dilanda banjir kilat, 150 mangsa dipindah ke enam PPS
Setakat 8 pagi ini, empat PPS dibuka di daerah Taiping, sebuah di daerah Hilir Perak dan sebuah di daerah Kuala Kangsar.
AWANI Ringkas: Inflasi Malaysia 2023 catat peningkatan perlahan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua anggota polis maut diserang lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram
Seorang lagi lelaki yang dipercayai suspek juga meninggal dunia dalam kejadian sekitar pukul 2.54 pagi itu.
Pengasas Instagram kini sertai Anthropic sebagai ketua pegawai produk
Mike Krieger akan menjadi ketua pegawai produk di Anthropic yang akan memantau pembangunan projek, pengurusan dan kerja-kerja rekaan.
Penoreh getah menggeletar seluruh badan dimaklum jadi jutawan
Seorang penoreh getah terpilih menjadi jutawan Bank Simpanan Nasional (BSN) Sijil Simpanan Premium (SSP) bagi tahun ini.
Gen Z mahu aturan kerja fleksibel
Sim berkata, yang penting ialah kerja dapat dilakukan dengan berkesan dan cekap, bukannya dalam jangka masa atau persekitaran ditetapkan.
Kelantan Darul Naim FC, GTR Burger jalin kerjasama pintar
Menurut kelab itu, pihak pengurusan KDN FC diwakili presidennya, Rozi Muhamad manakala GTR Burger pula pengerusinya, Nordin Mat.
Jadikan ASEAN platform pembelian ubat secara pukal - Dr Noor Hisham
Usaha berterusan perlu dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan ASEAN sebagai platform pembelian ubat-ubatan dan peralatan kesihatan menerusi perolehan secara pukal.
Kejayaan IJN lakukan 2 pemindahan jantung bukti perlu tingkatkan penderma organ
IJN memaklumkan terdapat terdapat 22 pesakit di pusat rawatan tersebut sedang menunggu penderma yang sesuai untuk menerima pemindahan menyelamatkan nyawa.
Dr Noor Hisham dilantik pengerusi baharu IJN
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdulah dilantik sebagai Pengerusi Institut Jantung Negara (IJN) yang baharu, berkuat kuasa 1 Dis lepas.
Nama diperguna, Dr Noor Hisham saman premis minuman herba
Dr Noor Hisham berkata, beliau tidak mempunyai pilihan lain selain mengheret syarikat itu ke mahkamah.
Bekas KP Kesihatan Dr Noor Hisham dilantik Canselor UoC
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Canselor Universiti Cyberjaya (UoC) berkuat kuasa 1 Okt lepas.
Dr Noor Hisham kembali berkhidmat di hospital
Pada setiap hari Isnin, Dr Noor Hisham akan melakukan pembedahan, sementara pada hari Selasa pula memberikan konsultansi di klinik.
Dr Noor Hisham pengerusikan sesi libat urus dan perbincangan TAG UHC di Manila
Mesyuarat akan memfokuskan kepada perbincangan mengenai liputan kesihatan sejagat termasuk pembelajaran daripada impak COVID-19.
Dr Noor Hisham dilantik Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI.
Putri Ariani seorang superstar dan mungkin akan menang Grammy, kata Dr Noor Hisham
Bukan calang-calang bakat Putri Ariani dari Indonesia ini sehingga seluruh dunia mengaguminya.
Dr Muhammad Radzi Ketua Pengarah Kesihatan baharu
Dr Muhammad Radzi menggantikan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang bersara baru-baru ini.