KUCHING:Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian memaklumkan kadar kebolehjangkitan bagi kes COVID-19 dari Kluster Greenhill sangat tinggi.
Jelasnya, mereka yang dijangkiti dalam kluster berkenaan setakat ini telah menunjukkan simptom pada hari ketiga dan kelima dan ini berbeza daripada kes-kes yang direkodkan sebelum ini.
Dr Sim yang juga pakar kardiologi turut memaklumkan keputusan ujian makmal mengesahkan jumlah virus yang dikesan dari kes kluster ini juga tinggi.
“Sekiranya jumlah virus yang direkodkan adalah tinggi, maka ia mudah berjangkit.
“Ramai dalam kalangan mereka yang terlibat dari kluster ini (Kluster Greenhill) telah menjalani ujian saringan di hospital dan klinik swasta jadi sekiranya anda disahkan negatif pada ujain pertama, itu tidak bermakna anda tidak berpotensi dijangkit kerana tempoh inkubasi virus ini adalah 14 hari,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa melakukan lawatan ke Kampung Haji Baki di sini.
Kampung berkenaan merupakan kawasan pertama di negeri itu yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 28 Oktober 2020 sehingga 11 November 2020.
Turut serta dalam lawatan itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
Dalam pada itu Dr Sim turut menyentuh mengenai polisi yang diamalkan Kerajaan Sarawak yang berbeza dengan Kerajaan Persekutuan.
Ini kerana menerusi JPBN Sarawak, kerajaan negeri menetapkan syarat untuk melakukan ujian saringan kedua pada hari ke-10 bagi mereka yang disahkan negatif pada ujian kali pertama.
Untuk rekod setakat Rabu21 kes positif telah dikesan daripada kluster ini termasuk kes indeks iaitu kes 798.
Astro Awani
Thu Oct 29 2020
Dr Sim (kiri) melawat Kamgpung Haji Baki, kawasan pertama di Sarawak yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 28 Oktober hingga 11 November 2020. FOTO: JPBN Sarawak
'Keganasan bola sepak': Modus operandi serangan digunakan serupa
Modus operandi yang digunakan dalam serangan terhadap tiga pemain bola sepak kebangsaan iaitu Faisal Halim, Akhyar Rashid dan Safiq Rahim adalah serupa.
Majlis Ulama Asia main peranan penting pupuk kesederhanaan - Ahmad Zahid
Majlis itu secara aktif menentang ideologi ekstremis, di samping memupuk perpaduan sosial melalui dialog dan kerjasama dalam kalangan pelbagai kumpulan.
Pokok tumbang: Perkhidmatan monorel kembali beroperasi
Kerja-kerja pembersihan dan baikpulih yang dijalankan dengan DBKL telah berjaya diselesaikan pada jam 5.55 pagi tadi.
JDT gesa PDRM segera siasat insiden serangan ke atas pemain
Pasukan JDT turut menzahirkan kerisauan berkaitan keselamatan pemain susulan serangan yang berlaku berhampiran pusat latihan kelab itu.
Imigresen Kelantan proses 15,000 pas sempadan setiap bulan
Permohonan itu dibuat di tiga Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sempadan Malaysia-Thailand iaitu di Rantau Panjang, Pengkalan Kubor dan Bukit Bunga.
Faisal dijangka lalui prosedur graf kulit minggu ini - Ketua Perubatan Sukan SFC
Dr Muhammad Hazwan Khair berkata ia sebahagian daripada prosedur untuk membantu dan mempercepatkan pemulihan kulit.
Pelantikan Pengerusi SPA diputuskan selepas mesyuarat Majlis Raja-Raja - Mohd Zuki
Jawatan itu kosong hampir 10 bulan selepas Tan Sri Zainal Rahim Seman menamatkan perkhidmatan beliau pada 24 Julai 2023.
Ahli perniagaan dipenjara empat tahun tipu pengurus undang-undang Jakel, babit kerugian RM400,000
Keputusan dibuat selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes Mohamed Noor Mohamed Amin, di akhir kes pembelaan.
AWANI Ringkas: Kos rawatan Faisal Halim ditanggung
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Serangan ke atas Safiq Rahim tiada kaitan insiden babit dua pemain kebangsaan - Polis Johor
Orang ramai diminta memberi ruang kepada polis untuk menjalankan siasatan termasuk meneliti kamera litar tertutup berdekatan lokasi kejadian.
COVID-19: Virus dari Kluster Greenhill mudah berjangkit - Dr Sim Kui Hian
Dr Sim memaklumkan mereka yang dijangkiti dalam Kluster Greenhill menunjukkan simptom pada hari ketiga dan kelima dan ini berbeza daripada kes-kes yang direkodkan sebelum ini.