JOHOR BAHRU: Polis Johor percaya serangan terhadap pemain pasukan bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) Safiq Rahim tidak mempunyai kaitan dengan insiden membabitkan dua pemain negara baru-baru ini.
Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata siasatan menyeluruh sedang dilakukan dan orang ramai diminta untuk tidak membuat spekulasi berhubung kejadian itu.
"Mangsa (Safiq) mendakwa tidak mendapat sebarang ugutan sebelum atau selepas kejadian.
"Malah ini merupakan satu insiden berasingan yang berlaku di Johor dan kita sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Program Community Policing Raya, di sini hari ini.
Beliau berkata orang ramai diminta memberi ruang kepada polis untuk menjalankan siasatan termasuk meneliti kamera litar tertutup berdekatan lokasi kejadian.
Kumar dalam pada itu berkata pihaknya memberi jaminan keselamatan terhadap pemain dan penyokong pada aksi perlawanan Piala Sumbangsih antara JDT dan Selangor FC di Stadium Sultan Ibrahim pada Jumaat ini.
Beliau berkata kawalan keselamatan juga akan dipertingkatkan dengan kekuatan 1,500 pegawai dan anggota.
Kereta pemain tengah pasukan JDT itu dipecah individu tidak dikenali dengan menggunakan tukul besi pada 10.05 malam tadi di Jalan Sri Gelam, di sini.
Kejadian berlaku ketika beliau memandu kereta Honda City dari Pusat Latihan JDT Sri Gelam menghala ke Pantai Lido dan kes disiasat dibawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Pada Ahad lepas, negara digemparkan dengan insiden pemain kebangsaan Faisal Halim disimbah asid di pusat membeli-belah di Kota Damansara, Selangor dan insiden berlaku selang beberapa hari selepas pemain kebangsaan Muhammad Akhyar Abdul Rashid cedera disamun di Kuala Terengganu, Khamis lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 08 2024
![Serangan ke atas Safiq Rahim tiada kaitan insiden babit dua pemain kebangsaan - Polis Johor Serangan ke atas Safiq Rahim tiada kaitan insiden babit dua pemain kebangsaan - Polis Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707791088_TBPDRMjpg.jpg)
M Kumar (foto) berkata siasatan menyeluruh sedang dilakukan dan orang ramai diminta untuk tidak membuat spekulasi berhubung kejadian itu. -Gambar fail/Bernama
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Serangan ke atas Safiq Rahim tiada kaitan insiden babit dua pemain kebangsaan - Polis Johor Serangan ke atas Safiq Rahim tiada kaitan insiden babit dua pemain kebangsaan - Polis Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707791088_TBPDRMjpg.jpg)
Serangan ke atas Safiq Rahim tiada kaitan insiden babit dua pemain kebangsaan - Polis Johor
Orang ramai diminta memberi ruang kepada polis untuk menjalankan siasatan termasuk meneliti kamera litar tertutup berdekatan lokasi kejadian.
![JDT tingkatkan tahap keselamatan pemain JDT tingkatkan tahap keselamatan pemain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715140772_JDTjpg.jpg)
JDT tingkatkan tahap keselamatan pemain
JDT menggesa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat insiden yang melanda pemain bola sepak negara iaitu Akhyar Rashid, Faisal Halim dan Safiq Rahim.
![Kereta Safiq Rahim diserang dua lelaki bermotosikal Kereta Safiq Rahim diserang dua lelaki bermotosikal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715099712_TBSAFIQRAHIM.jpg)
Kereta Safiq Rahim diserang dua lelaki bermotosikal
Selang dua hari selepas pemain Selangor FC Faisal Halim diserang, Safiq Rahim pula ditimpa malang apabila cermin keretanya dipecahkan menggunakan tukul besi.
![Pemain dahagakan kejayaan, ingin layak ke Piala Asia - Safiq Pemain dahagakan kejayaan, ingin layak ke Piala Asia - Safiq](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51654138226_HarimauMalaya.jpg)
Pemain dahagakan kejayaan, ingin layak ke Piala Asia - Safiq
Saingan kelayakan Piala Asia 2023 yang bermula minggu depan adalah peluang buat barisan pemain negara mencipta sejarah.
![Semua pemain miliki tugas khas dalam skuad kebangsaan - Safiq Semua pemain miliki tugas khas dalam skuad kebangsaan - Safiq](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41647427061_skuadkebangsaan.jpg)
Semua pemain miliki tugas khas dalam skuad kebangsaan - Safiq
Lima tahun tanpa kelibat pemain itu dalam skuad kebangsaan tidak banyak perubahan ketara terutama melibatkan barisan tengah skuad negara.
![Tiada tugas istimewa - Safiq Rahim Tiada tugas istimewa - Safiq Rahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-05/61558222368_safiq.jpg)
Tiada tugas istimewa - Safiq Rahim
Beliau disenaraikan supaya dapat menyumbangkan sesuatu kepada pasukan bagi menghadapi perlawanan akan datang di Singapura.
![FAM gantung Rezal Zambery, Safiq Rahim FAM gantung Rezal Zambery, Safiq Rahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/51640963470_TBMASHUPREZALZA.jpg)
FAM gantung Rezal Zambery, Safiq Rahim
Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM Datuk Dr Baljit Singh Sidhu berkata hukuman tersebut diputuskan jawatankuasa itu semalam dalam mesyuarat kali kelima bagi penggal 2021-2025 di Wisma FAM.
![Safiq Rahim kembali sertai JDT Safiq Rahim kembali sertai JDT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/41612949452_SafiqRahim.jpg)
Safiq Rahim kembali sertai JDT
Bekas kapten pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) Safiq Rahim bakal kembali menyarung jersi pasukan itu bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2021 yang dijangka bermula pada 5 Mac depan.
![Melaka nafi perpindahan Safiq ke pasukan lain Melaka nafi perpindahan Safiq ke pasukan lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/61558222368_safiq.jpg)
Melaka nafi perpindahan Safiq ke pasukan lain
Tiada sebarang rundingan atau perbincangan antara pihak persatuan dengan pasukan lain, yang dikatakan berminat menawarkan tempat, buat pemain tengah Melaka United itu.
![Safiq masih dahagakan kejayaan Safiq masih dahagakan kejayaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://stadiumastro-kentico.s3.amazonaws.com/stadiumastro/media/sa-images/2019/april/23/safiq-rahim.jpg?ext=.jpg)
Safiq masih dahagakan kejayaan
Safiq Rahim mengakui masih dahagakan kejayaan walaupun sudah mencipta pelbagai kejayaan dalam kancah bola sepak tempatan.