SHAH ALAM: Lapisan kulit yang akan digunakan dalam prosedur graf kulit atau tampalan kulit untuk menutup luka lecur tahap empat dialami pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC Faisal Halim yang cedera disimbah asid dibawa masuk dari luar negara minggu ini.
Ketua Perubatan Sukan Selangor FC Dr Muhammad Hazwan Khair berkata ia sebahagian daripada prosedur untuk membantu dan mempercepatkan pemulihan kulit.
Beliau berkata prosedur pembedahan itu dijangka dilakukan minggu ini khusus untuk merawat lapisan kulit pemain berusia 26 tahun itu yang terjejas sementara dari aspek kecederaan yang dialami di bahagian otot pula akan dilakukan dalam sesi pemulihan berikutnya.
"Ia (lapisan kulit) memang perlu dibawa masuk dari luar untuk tujuan skin allograft, ia sebahagian daripada prosedur untuk membantu dan mempercepatkan proses pemulihan.
"Mengikut pakar bedah prosedur itu (dibuat) dalam minggu ini, akan ada (juga) prosedur lanjutan. Ia (lapisan kulit) memang perlu dibawa masuk," katanya ketika ditemui di sebuah hospital swasta di sini, hari ini.
Terdahulu, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Pengerusi Selangor FC, meluangkan masa kira-kira 30 minit untuk menziarahi Faisal yang masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pagi ini.
Faisal Halim dilaporkan berada dalam keadaan amat positif pagi ini selepas menjalani pembedahan kali kedua di sini, semalam.
Ahad lepas, arena bola sepak tempatan dikejutkan dengan insiden Faisal Halim cedera dipercayai disimbah asid dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya.
Beliau disahkan mengalami kelecuran tahap empat pada beberapa bahagian anggota badan selepas menjalani pembedahan pertama pada Ahad malam, selain pergerakan dan percakapannya turut terbatas.
Pemain yang memenangi gol terbaik pada Piala Asia 2023 di Qatar, Januari lepas itu dijangka tidak dapat beraksi selama minimum lima atau enam bulan, sekali gus terlepas dua perlawanan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 menentang Kyrgyzstan dan Taiwan bulan depan.
Insiden itu merupakan kejadian malang kedua menimpa pemain negara selepas pemain pinjaman Terengganu FC, Muhammad Akhyar Abdul Rashid, cedera pada kepala dan kaki selepas diserang dua penyamun di kawasan kediamannya di Kuala Terengganu, Khamis lepas.
Serangan terhadap pemain bola sepak negara memasuki episod baharu apabila cermin kereta pemain kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) Safiq Rahim dipecahkan oleh dua lelaki menaiki motosikal dengan menggunakan tukul besi di Johor Bahru, semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 08 2024
Prosedur itu sebahagian daripada prosedur untuk membantu dan mempercepatkan pemulihan kulit Faisal yang terjejas dalam insiden serangan asid. - Gambar fail
AWANI Pagi: Jelajah Assalammualaikum Negeri Sembilan 2025
Ikuti siaran luar AWANI Pagi Jelajah Assalammualaikum Negeri Sembilan 2025 secara langsung dari Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan bersama Ezura Shazween Kamal Bahrin, Penolong Naib Presiden Kanan Pemasaran Kandungan Astro, dan Sherry Al-Hadad, selebriti, Sabtu, jam 8:30 pagi di saluran Astro AWANI 501.
Indahnya lain macam bila kita imarahkan masjid beramai-ramai.
Indahnya lain macam bila kita imarahkan masjid beramai-ramai.
Pesawat kecil terhempas di Philadelphia, Amerika Syarikat
Media tempatan menyiarkan imej kebakaran besar dengan sekurang-kurangnya sebuah rumah dan beberapa kereta dilaporkan terbakar.
Bekas jurutera hasilkan potret daripada tanah liat
Farrah Wahida menginovasi produk berasaskan tanah liat menjadi potret hampir menyerupai gambar sebenar dalam bentuk kartun.
Chelsea tandatangan pemain tengah England dari Barcelona
Bekas pemain Manchester City itu akan kembali ke liga divisyen utama England berkenaan selepas dua setengah musim berkelana di Sepanyol.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [1 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Perkembangan banjir di Sabah dan Sarawak
- Kes tembak Tanjung Rhu: Anwar beri jaminan siasatan telus
- Perintah gaji minimum RM1,700 berkuat kuasa hari ini
#AWANIpagi #AWANInews
- Perkembangan banjir di Sabah dan Sarawak
- Kes tembak Tanjung Rhu: Anwar beri jaminan siasatan telus
- Perintah gaji minimum RM1,700 berkuat kuasa hari ini
#AWANIpagi #AWANInews
PAC jadual lima prosiding baharu sempena sidang Parlimen - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menjadualkan prosiding lima isu baharu sempena sidang Parlimen yang akan bermula minggu depan, kata Pengerusinya, Mas Ermieyati.
Perintah gaji minimum RM1,700 berkuat kuasa hari ini
Semua majikan wajib patuhi Perintah Gaji Minimum dan memastikan pekerja mereka menerima gaji pokok tidak kurang daripada RM1,700 sebulan.
JDT bakal uji PSG
Malah, Pemangku Sultan Johor itu juga tidak menolak kemungkinan perlawanan menentang PSG berlangsung pada 2025 atau 2026.
Perpaduan, nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan - Zaliha
Wilayah Persekutuan bukan sekadar tempat tinggal malah menjadi tempat bagi pelbagai lapisan masyarakat untuk membina impian dan mencipta kenangan bersama
.
.
Kadar gaji minimum RM 1,700 mulai 1 Februari 2025
Berkuat kuasa hari ini, kadar gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 sebulan kepada semua pekerja.
"Dia perlu kuat," kata jurulatih Selangor kepada Faisal Halim
Katsuhito Kinoshi menasihati Faisal harus menjadi lebih kuat daripada kebiasaannya bagi mendapatkan momentum terbaiknya kembali di atas padang.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Kes Faisal Halim: Selangor mungkin guna undang-undang jika tiada keputusan siasatan
Selangor tidak menolak kemungkinan menggunakan saluran undang-undang sekiranya tiada sebarang keputusan daripada siasatan kes serangan asid ke atas pemain Selangor FC, Faisal Halim.
Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
"Pasukan ini mempunyai kepakaran dan peralatan bantuan yang lebih baik bagi mengenal pasti dan menangkap suspek yang terlibat."
Polis tidak pernah henti siasat kes simbah asid Faisal Halim - KPN
Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim.
Selangor belum terima maklum balas perkembangan kes Faisal Halim
Kerajaan negeri belum menerima apa-apa maklum balas daripada pihak polis berhubung perkembangan siasatan kes membabitkan pemain Selangor FC Muhammad Faisal Halim.
ACL2: Faisal Halim gembira raih minit perlawanan paling lama sejak serangan asid
Faisal Halim berbesar hati selepas membuat debut ketika membantu Gergasi Merah meraih kemenangan pertama dalam kempen ACL2 2024/25, semalam.
ACL2: Selangor raih kemenangan pertama di pentas Asia selepas lapan tahun
Kemenangan tipis itu membolehkan skuad bimbingan Nidzam Jamil mengutip tiga mata pertama dalam saingan Kumpulan H ACL2 2024/25.
Faisal Halim jatuh cinta dengan hobi baru?
Dalam satu video yang tular di media sosial, Faisal sedang melakukan 'strike' selepas umpan terkena seekor ikan.
Faisal Halim terharu keprihatinan Hamidin, FAM
Faisal Halim meluahkan rasa terharu di atas kepekaan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjaga kebajikan pemain skuad kebangsaan.