Bagi memastikan orang kurang upaya (OKU) pendengaran tidak tercicir dalam mendapatkan maklumat penting mengenai wabak COVID-19, beberapa jurubahasa isyarat dan individu pekak mengambil inisiatif menghasilkan video pendek untuk komuniti itu.
Timbalan Presiden Persatuan Bahasa Isyarat Malaysia dan Pengajian Pekak, Amir Hamidi Abdul Manan berkata, video dalam bahasa isyarat itu adalah antara lain mengenai nasihat duduk di rumah serta langkah pencegahan bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
Beliau berkata, video dalam bahasa isyarat adalah medium penyampaian yang paling berkesan dan cepat kepada komuniti pekak berbanding mesej berformat teks.
"Majoriti orang pekak kurang menguasai bahasa lisan dan tulisan seperti bahasa Malaysia (BM) atau English (bahasa Inggeris) dengan baik, maka mereka menghadapi kesukaran untuk memahami mesej teks yang tinggi bahasanya.
"Jadi bahasa isyarat adalah bahasa pertama kepada mereka kemudian baru bahasa kedua seperti BM, English dan lain-lain. Mereka amat bergantung pada visual iaitu bahasa isyarat untuk memahami dengan cepat lagi jelas," katanya kepada Bernama.
Katanya, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lepas, penghasilan video bahasa isyarat dilakukan secara sukarela oleh jurubahasa isyarat dan individu pekak dari rumah yang kemudiannya ia dikongsi di platform media sosial seperti Facebook dan WhatsApp.
Amir Hamidi yang bekerja di Jabatan Kebajikan Masyarakat berkata selain itu, mesej info grafik yang mudah dibaca seperti statistik kes jangkitan dan gambar berkaitan wabak COVID-19 juga banyak membantu golongan pekak memahami maklumat yang disampaikan.
Mengenai khidmat jurubahasa isyarat di Radio Televisyen Malaysia dalam menyampaikan perkembangan sidang media harian COVID-19, beliau berkata langkah itu amat membantu orang pekak mengikuti maklumat terkini secara langsung.
"Ya, ia amat membantu, satu akses yang sama rata. Tanpanya, orang pekak terpaksa tercari-cari dan mendapatkan salinan teks ucapan daripada internet selepas sidang media tersebut.
"Oleh itu adanya jurubahasa isyarat dalam siaran langsung adalah keperluan asas yang paling dikehendaki dan paling membantu orang pekak," katanya.
Amir Hamidi turut mencadangkan supaya skrin jurubahasa isyarat seharusnya separuh atau satu perempat daripada halaman skrin televisyen mengikut standard antarabangsa.
Ini kerana, katanya skrin yang kecil boleh menyukarkan penglihatan orang pekak kepada pergerakan tangan jurubahasa yang menyebabkan mesej yang diterjemahkan tidak sampai kepada golongan itu.
Dalam pada itu, jurubahasa isyarat Radio Televisyen Malaysia, Tan Lee Bee yang berkongsi pengalamannya menterjemah berita berkaitan COVID-19, berkata beliau menggunakan bahasa isyarat yang mudah supaya semua peringkat orang pekak dapat memahami apa yang disampaikan.
Katanya sebagai contoh perkataan 'frontliners' atau petugas barisan hadapan diterjemahkan dalam bahasa isyarat kepada polis, doktor dan pekerja di hospital begitu juga perkataan 'memerangi' ditukar kepada isyarat 'memberhentikan' yang lebih senang difahami. - BERNAMA
Bernama
Tue Apr 14 2020
Amir Hamidi berkata video dalam bahasa isyarat adalah medium penyampaian yang paling berkesan dan cepat kepada komuniti pekak berbanding mesej berformat teks. Gambar fail/ Bernama.
Semalaman di atas gergasi samudera, USS Abraham Lincoln
Bukan mudah untuk menjejak kaki ke atas salah satu kapal pengangkut pesawat berkuasa nuklear, aset ketenteraan yang mungkin kerap kali dilihat hanya di dalam filem-filem perang.
Namun, pengalaman bermalam di atas kapal kelas Nimitz – USS Abraham Lincoln atau abe baru-baru ini, sememangnya menjadi memori yang tidak mungkin terhakis sampai bila-bila.
ikut laporan khas wartawan Firdaus Azil.
Namun, pengalaman bermalam di atas kapal kelas Nimitz – USS Abraham Lincoln atau abe baru-baru ini, sememangnya menjadi memori yang tidak mungkin terhakis sampai bila-bila.
ikut laporan khas wartawan Firdaus Azil.
12 penuntut UMT dibebaskan dengan jaminan polis
Seramai 12 penuntut Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kejadian pukul secara bergilir-gilir menggunakan objek tumpul di sebuah kolej kediaman, Ahad lalu dibebaskan dengan jaminan polis.
Kerjasama antara negara ASEAN tangani kekurangan bekalan
Malaysia dijangka tidak akan berdepan dengan isu kekurangan bekalan makanan walaupun menghadapi cabaran banjir. Menurut Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohammad Sabu, ia berdasarkan kajian Food and Agriculture Organization (FAO), dan Malaysia berada di kedudukan kedua di belakang Singapura, negara yang paling terjamin makanan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 21 Disember 2024.
Lelaki dilaporkan hilang ditemukan meninggal dunia dalam kereta
Safri Mohd Ali dijumpai orang awam di dalam kereta Perodua Viva sekitar 4 petang tadi dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Tumpuan Ahad – 22 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PM Itali nyata solidariti, tidak boleh sifatkan bukan kes terpencil
Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni, menyatakan solidariti kepada Jerman susulan insiden seorang pemandu yang merempuh kumpulan besar pengunjung di sebuah pasar Krismas di bandar Magdeburg, yang mengakibatkan sekurang-kurangnya empat orang maut.
Ribuan rakyat Korea Selatan desak Suk Yeol dihukum
Puluh ribu rakyat Korea Selatan berarak di tengah bandar Seoul pada Sabtu bagi mendesak Presiden Yoon Suk Yeol dihukum.
Ia kerana tindakan Suk Yeol yang mengisytihar undang-undang tentera bercanggah dengan perjuangan demokrasi abad ke-21.
Ia kerana tindakan Suk Yeol yang mengisytihar undang-undang tentera bercanggah dengan perjuangan demokrasi abad ke-21.
Malaysia akan teruskan kesinambungan dengan era Trump - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia telah memulakan libat urus awal dengan pasukan Trump untuk memastikan kesinambungan hubungan dua hala yang erat dengan AS, rakan dagang dan pelaburan utama negara.
Jerebu menebal, rakyat sengsara, apa tindakan kerajaan?
Bermengah, semput, mata pedih...semakin hari semakin teruk. Begitu rungut penduduk yang tinggal di bandar paling tercemar di dunia, New Delhi. Jerebu bukan semakin pulih, sebaliknya semakin merosot.
[KOLUMNIS] Bahasa basahan: 'Tapi' dalam dialek Johor bukan sebagai kata hubung
Seperti negeri lain di Malaysia, negeri Johor juga mempunyai dialek dan bahasa kolokial yang unik dan tersendiri.
Peruntukan RM50 juta mampu dukung matlamat DBP segarkan bahasa dan kesusasteraan
DBP berharap aktiviti bahasa dan kesusasteraan akan sentiasa segar serta menjadi wahana penting dalam mendidik masyarakat MADANI.
[KOLUMNIS] Bahasa kewartawanan: Tepat dan padat
Penggunaan bahasa yang baik dan benar sangat membantu penyampaian maklumat kepada khalayak masyarakat dan pembaca.
Dinamik bahasa dalam penggunaan ChatGPT
Kendatipun ChatGPT mampu menyelesaikan masalah bahasa secara dinamik dengan data raya yang mengagumkan, ia masih mempunyai kekurangan.
Leksikal ayam dalam simpulan bahasa merujuk perangai manusia
Sedar atau tidak, dalam diri manusia itu sendiri ada sifat 'binatang' yang memungkinkan perangai manusia itu disamakan dengan sifat binatang.
Subjek bahasa: Jangan pandang sebelah mata
Semua pelajar pada peringkat menengah bagi sekolah aliran nasional diberikan peluang untuk mempelajari bahasa yang bukan bahasa ibunda.
Murid digalak kuasai lebih daripada satu bahasa
Murid digalakkan menguasai lebih daripada satu bahasa sebagai persediaan untuk mereka berdepan dengan dunia yang penuh persaingan pada masa kini.
Undian KPN Semarak Uniti: Hampir 70 peratus kata boleh bertutur lebih daripada dua bahasa
68.6 peratus responden mengatakan ya kepada persoalan diajukan manakala 21.1 peratus menyatakan tidak.
Pelaburan dalam pendidikan bahasa beri pulangan dua kali ganda untuk ekonomi UK - Kajian
Peningkatan murid sekolah menengah yang mempelajari bahasa Arab, Mandarin, Perancis atau Sepanyol boleh meningkatkan ekonomi UK berbilion pound dalam tempoh 30 tahun.
Kongsi makanan menerusi 'TikTok' wujud harmoni kaum
Ceddy menggunakan bahasa yang mudah difahami dan sekali-sekala diselitkan dengan lawak jenaka di samping menjaga sensitiviti kaum.