Universiti Teknologi Mara (UiTM) hari ini memutuskan untuk menangguhkan Istiadat Konvokesyen ke-92 yang dijadual berlangsung mulai 24 Mac hingga 16 April depan, di semua kampus seluruh negara.
Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Datuk Dr Mohd Azraai Kassim berkata, keputusan itu diambil setelah mengambil kira laporan penularan wabak COVID-19 yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam.
"Susulan pengisytiharan COVID-19 sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pengurusan eksekutif UiTM dalam satu mesyuarat khas hari ini memutuskan untuk menangguhkan istiadat konvokesyen berkuat kuasa serta merta sehingga ke suatu tarikh baharu yang akan dimaklumkan kelak.
"Pengurusan UiTM perlu mengambil tindakan pencegahan yang proaktif demi kesihatan serta keselamatan seluruh warga universiti dan masyarakat," katanya dalam satu kenyataan, di sini pada Khamis.
Pada masa sama, Mohd Azraai turut menzahirkan penghargaan atas sokongan dan kerjasama daripada semua pihak dalam isu penangguhan istiadat konvokesyen itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 12 2020
AZRAAI:Pengurusan UiTM perlu mengambil tindakan pencegahan yang proaktif demi kesihatan serta keselamatan seluruh warga universiti dan masyarakat. - Bernama
10 maut dalam kebakaran rumah jagaan warga emas
Jabatan Bomba masih lagi menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran
Akta PSMB benarkan HRD Corp buat pelaburan - Peguam
Akta PSMB 2001 adalah sistem perundangan yang mengawal selia dan mentadbir segala perancangan dan pelaksanaan operasi pentadbiran HRD Corp.
Sindiket pecah rumah terlibat 15 kes sekitar Subang Jaya tumpas
Sindiket pecah rumah yang disyaki menjadi dalang dalam 15 kes pecah rumah di sekitar daerah Subang Jaya, berjaya ditumpaskan polis, pada Sabtu lalu.
Dua kanak-kanak kritikal termakan makanan ringan ada racun tikus
Hasil pemeriksaan pegawai perubatan Hospital Kulim mendapati kedua-dua beradik itu kini berada dalam keadaan kritikal.
EURO 2024: Deschamps tak gusar prestasi hambar Mbappe
Pengendali Perancis Didier Deschamps tampil mempertahankan kapten dan pemain bintangnya, Kylian Mbappe selepas kritikan dilemparkan terhadap persembahan penyerang itu di Euro 2024.
Sindiket pecah rumah terlibat 15 kes sekitar Subang Jaya tumpas
Sindiket didalangi lima individu warga tempatan termasuk dua wanita ditahan reman selama empat hari sehingga Rabu ini.
10,000 sertai Community Safety Run PDRM
Program larian berskala besar itu bersempena sambutan Hari Polis ke-217 menjalinkan kerjasama PDRM bersama pelbagai pihak dan masyarakat
6 maut, 4 cedera, 26 lagi hilang runtuhan lombong emas
Hujan lebat sejak Sabtu mendorong pihak berkuasa tempatan, termasuk pasukan Basarnas dikerahkan segera ke kampung Tulabolo.
Jack Grealish dan teman wanita umum bakal timang cahaya mata
Pasangan itu masih belum mendedahkan tarikh kelahiran bayi berkenaan.
Isu rasis, Perancis gantung Jaminet
Siasatan dalaman sedang dijalankan untuk mendapatkan penjelasan tentang komen ini.
Pandemik yang dihadapi, hendaklah menginsafkan para pemimpin - Sultan Nazrin
Ibnu Khaldun memberikan peringatan bahawa lima fasa tersebut akan berulang; setiap tamadun dan setiap identiti politik akan menghadapinya.
COVID-19: UiTM tangguh Istiadat Konvokesyen Ke-92 di semua kampus seluruh negara
Pengurusan UiTM perlu ambil tindakan pencegahan yang proaktif demi kesihatan serta keselamatan seluruh warga universiti dan masyarakat.