JEMPOL: Ketua Kampung Orang Asli (Tok Batin) Kampung Panchor di sini, yang menjadi individu pertama di kawasan itu menerima suntikan vaksin COVID-19, menjadi contoh terbaik bagi meyakinkan masyarakat Orang Asli untuk bersama-sama menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bagi mengekang penularan wabak tersebut.
John Baharin Ayom, 55, berkata sudah menjadi tanggungjawab beliau sebagai ketua masyarakat di kampung itu untuk meyakinkan penduduk agar tidak percaya dengan dakwaan tidak berasas berkaitan vaksin.
"Saya berharap selepas kami menerima suntikan ini, ia dapat mengubah persepsi mereka tentang vaksin.
"Penduduk di kampung saya masih takut dengan vaksin," katanya kepada pemberita di Pusat Pemberian Vaksin Dewan Pejabat Daerah Jempol, Bandar Seri Jempol pada Rabu.
Beliau serta tiga lagi ahli keluarganya merupakan kumpulan Orang Asli pertama di daerah itu yang menerima suntikan vaksin dos pertama.
Katanya pendekatan petugas kesihatan serta pegawai-pegawai daerah ke kampung Orang Asli untuk membantu mendaftar serta memberi suntikan vaksin terus kepada penduduk adalah cara terbaik untuk menyegerakan pemberian vaksin itu.
Penyelaras COVID-19 Pusat Kesihatan Daerah Jempol Dr Ismul Adham Zaini pula berkata hanya 133 daripada 2,280 Orang Asli di daerah itu telah mendaftar untuk penerimaan vaksin.
Katanya bagi mempercepat proses vaksinasi itu, petugas kesihatan akan bergerak ke kampung terlibat untuk memberikan suntikan vaksin kepada penerima.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 09 2021

John Baharyn Ayom bergambar memegang plakad 'Saya Telah Divaksin' selepas menerima suntikan vaksin, di PPV Dewan Pejabat Daerah Jempol, 9 Jun, 2021. --fotoBERNAMA

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Tok Batin, Penghulu Orang Asli terima one-off RM1,000
Tanda penghargaan kerajaan atas jasa dan tenaga Tok Batin serta Penghulu dalam pembangunan dan adat warisan masyarakat Orang Asli.

COVID-19: Menyentuh hati, video petugas kesihatan pujuk dua beranak Orang Asli tular
Video yang dimuat naik ke akaun TikTok @thedressar1 pada Jumaat, sudah menerima lebih lebih 300,000 tontonan.

COVID-19: Tok Batin terima suntikan vaksin, contoh terbaik yakinkan masyarakat Orang Asli
Menjadi tanggungjawab beliau sebagai ketua masyarakat untuk meyakinkan penduduk agar tidak percaya dengan dakwaan tidak berasas berkaitan vaksin.

Tok Batin kumpulan pertama penerima vaksin di kalangan Orang Asli Perak
Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad berkata, mereka perlu menjadi contoh untuk meyakinkan anak-anak buah masing-masing.

3,511 ketua isi rumah masyarakat Orang Asli terima bekalan bakul makanan
Agihan bantuan itu antaranya diberikan kepada empat lokasi di Pahang iaitu Kampung Orang Asli (KOA) Sg Tementong, KOA Sg Garam, KOA Sg Mutan dan KOA Sg Sekin.

Orang Asli Kuala Koh bakal nikmati kemudahan elektrik tahun depan
Projek bernilai RM2 juta yang disumbangkan kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) itu akan mengambil masa sekurang-kurangnya enam bulan untuk disiapkan.

Tok Batin jadi Ikon Gigi Orang Asli
Kesemua iGGOA yang terpilih berkenaan merupakan Tok Batin daripada daerah Batang Padang, Muallim, Kampar, Kinta, Perak Tengah dan Hilir Perak.

Malaysia baharu perlu bebas politik ugutan, paksaan - Syed Saddiq
Malaysia baharu perlu bebas dari politk ugutan dan paksaan - Syed Saddiq

PH tidak setuju tindakan ugut Tok Batin - Dr Wan Azizah
PH tidak bersetuju dengan ugutan dibuat Anggota Dewan Negara, Senator Bob Manolan Mohamad yang menyentuh kedudukan Tok Batin di Cameron Highlands jika mereka tidak menyokong parti itu.

Manogaran enggan dikaitkan dengan isu ugut Tok Batin
Menurut Manogaran, dari parti DAP, beliau tidak menjangkakan kenyataan sedemikian akan dibuat oleh ahli politik PKR itu.